Wednesday, December 28, 2016

Azam 2017 (Segalanya!!!!)

Assalamualaikum... Ni entry kedua tentang AZAM... Pasal azam memang saya serius buat sebab itulah target hidup saya yang saya nak capai dan impikan... Memandangkan >>> Azam 2016 <<< saya dah berjaya buat semua... 2017 ni merangkumi semua perkara... Keluarga dan keinginan saya... Semoga saya dapat capai apa yang saya nak... InsyaAllah...

2017 adalah untuk SEGALANYA dalam kehidupan... Tak ada specifik... 

1. NO HOLIDAY... Tak tau kenapa, tapi macam ada target lain yang akan memerlukan duit yang banyak... Jadi 2017 kena menyimpan... Travel pun ke KL je untuk kenduri adik Disember 2017 nanti atau jenguk mak yang tinggal kat KL... Holiday memang TAK ADA dalam list... 

2. Nak SET TUPPERWARE corak frozen untuk hari raya 2017, kami adik beradik plan nak hidang Kek Raya dan Biskut guna set tupperware ni... Seronoknyaaaa!!!!


3. Saya nak MEMASAK... Payahnya nak laksanakan azam satu ni... Dari tahun ke tahun tak jugak terlaksana... hehe...

4. Nak KEHIDUPAN LEBIH TERATUR dari segala aspek... Banyak perkara yang terkait bila sebut "kehidupan", lagipun 2017 Areej dah mula sekolah, tadika Little Caliph (3tahun 2 bulan)... Kalau nak disiplinkan anak, ibu bapa kena atur dulu...

5. Nak jadi ISTERI YANG BAIK... Low voice please!!! Sbb saya ada masalah HIGH PITCH... Saya ni jenis nada yang agak tinggi bila bercakap... Bukan biadap, tapi memang sefamily suara besar... Kena ubah sebab suami pernah tegur saya "agak kasar"... =P

6. Saya nak MENGANDUNG... Kesian Areej takde teman bermain dan sunyi... Semoga Allah perkenankan hajat saya yang besar ni...

7. Atleast nak 1 handbag COACH atau MK, 1 kasut SKECHERS, 1 cincin EMAS

8. Nak KURUS lebih kurang 70kg (Kalau tak mengandung), Kalau mengandung buat lepas bersalin.


9. Nak FITBIT BLAZE, sekarang baru nak mula cuma ada Fitbit One.

10. Nak classic PREMIUM BEAUTY Corset. Dari 2016 lagi rasa nk beli, tapi harga agak mahal, tangguh dulu. 2017 ni mesti beli


11. Ada lagiiii... Saya tengah fikir dan update dari semasa ke semasa sebelum tamat 2016...


Assalamualaikum,... Take Care People...
Semoga 2017 yang akan datang lebih baik dan bermakna buat kita... AMin... =)

Monday, December 19, 2016

REVIEW AZAM 2016 (Success!!!)

ASSALAMUALAIKUM..... Excited sebab tengah fikir pasal apa target 2017... Nak perbaiki kehidupan secara perlahan-lahan... Biar lambat, yang penting ada peningkatan dari semasa ke semasa... BUKAN MENDATAR dari awal sampai akhir tak ada perubahan... HIDUP JANGAN SEPERTI LALANG, IKUT JE KEMANA ANGIN TOLAK, tak ada pendirian dan tak ada hala tuju...
Alhamdulillah... Target 2016 berjalan dengan jayanya dan MELEPASI target azam... Syukur sangat-sangat... Terharu untuk diri sendiri sebab dapat capai apa yang diinginkan... Apa yang saya buat 2016 ni lebih kepada KELUARGA, sebab memang itu yg saya target dari awal... Target saya... "IT'S ALL ABOUT FAMILY".... So, family 1st and front line...

-------------------- REVIEW SEMULA AZAM 2016 -------------------
** BIRU azam bermula JANUARI 2016... 
** HIJAU pencapaian hingga DISEMBER 2016..

1. Holiday
- WAJIB pergi bercuti bersama keluarga walaupun dekat dan hanya dalam Malaysia sahaja... =)
FEBRUARI - Holiday ke Sabah bawa Mak dan Mertua (Parent Trip)
OGOS - Holiday Cameron Highland (Birthday Addin ke 29)
NOVEMBER - Holiday ke Sabah bawa Kakak

2. Saving Rm300++ Sebulan!!
- Untuk bulanan, walaupun dah takde wang jualan, duit dari gaji InsyaAllah nak simpan jugak. kalau tak pun, poket money yang suami bagi boleh disimpan... =)
- Plan awal nak STOP BAKING, tapi tak boleh sebab bila tak ada apa dibuat saya jadi bosan dan sakit-sakit badan dan menggemuk... Jadi BACK TO BUSINESS, tapi slow down dan tak buat teruk macam dulu. Memandangkan dah bisnes balik, saving pun memang banyak boleh disimpan untuk perancangan lain.

3. Nak jadi isteri yang baik dan taat kat suami... Nak kurangkan panas baran... Nak jadi ibu yang baik...
- Kalau dulu saya panas baran disebabkan faktor penat dengan baking... InsyaAllah lepas ni tanggungjawab saya 100% dengan komitmen kerja dan keluarga sahaja... Saya nak jadi isteri dan ibu yang baik... Saya nak jalankan tanggungjawab saya dengan rumah tangga...
- Saya dah baking semula selepas 3 bulan berehat, tempoh 3 bulan bercuti tu memberi saya peluang untuk berfikir dan RESET semula bisnes dari awal.. Bila kita terlalu serabut, berikan otak kita tempoh BERCUTI untuk berfikir semula strategi yang betul dan lebih teratur untuk kehidupan. Bila semua perkara dah dirancang dengan baik, saya boleh kawal emosi dan SAYA DAPAT KURANGKAN sifat marah... Alhamdulillah... =)

-Sebelum ni saya TAK PERNAH MASAK, lepas ni saya nak masak selalu untuk keluarga... Kalau dulu saya akan MUNTAH bila cuci berak Areej, InsyaAllah lepas ni tak lagi sebab saya nak buat semua... Ye muntah sebab JARANG cuci berak Areej, umur Areej dah 2 tahun lebih, boleh dikira baru berapa kali je saya buat... Syukur Allah bagi suami yang sangat penyabar...
- MASAK saya masih gagal... Sampai sekarang dalam 2016 tak sampai 10 kali saya memasak...
- BERAK Areej... Saya dah buat sendiri... Yeayyy!!! Areej pun dah semakin terurus, InsyaAllah 2017 masuk tadika (3 tahun 2 bulan)

4. Nak KURANGkan Areej masuk hospital.
- Sepanjang 2015, 4 kali Areej dimasukkan ke hospital... Salah satu faktor anak sakit adalah kurang kasih sayang dan kurang perhatian... Kesian Areej... Lepas ni, InsyaAllah Areej akan lebih terjaga... 

Januari 2015 - Hospital KPJ (Penyakit : >>Klik HFMD<<)
Mac 2015 - Hospital Umum Sarawak (Penyakit : >>Klik Lung Infection<<)
April 2015 - Hospital NORMAH (Penyakit : >>Klik Rota Virus<<)
November 2015 - Hospital NORMAH (Penyakit : >>Klik Pneumonia<<)

-2016... NO WARDED!!! Alhamdulillah... Nampak perubahan kesihatan anak bila cukup perhatian dari ibu bapa... Areej jarang sakit, cuma demam-demam biasa je... Syukur sangat-sangat... Sebab 2015 memang mimpi ngeri bila sampai 4 kali setahun masuk hospital dengan penyakit teruk... πŸ˜©πŸ˜©

------------PENCAPAIAN DILUAR TARGET--------------

1. Membeli perabot rumah pada Hari Raya lepas (Bulan Jun)... Set sofa, Aircond ruang tamu dan TV flat screen... Seperti yang saya pernah bagitau, kami ni bukan dari keluarga kaya... Kerusi pun dah buruk, TV masih lagi guna TV kotak tu, Aircond apatah lagi dari kecik kami semua nak rasa... Sekarang saya ada rezeki lebih, saya ubah sikit-sikit rumah orang tua tempat saya tinggal sekarang... Alhamdulillah semua merasa selesa... πŸ˜ŠπŸ˜Š

2. Renovation rumah tak ada dalam perancangan... baru terfikir akhir tahun ni... Renovation tu untuk buat Master Room (Bilik kami) dan Bilik tidur Areej... Alhamdulillah baru hari ini bermula... Syukur... πŸ˜Š Semoga berjalan lancar dan tak ada masalah...


Alhamdulillah.... 2016 adalah suka duka kehidupan... semoga 2017 lebih banyak kegembiraan,,, AMin...

Areej Progress... (Swimming)

Assalamualaikum... Lama bebenooo tak update blog... Entah apa yang di sibukkan sangat... weekend lepas pergi berkelah dengan Areej... Macam biasa memang tu je keja kalau free sebab sungai dan pantai tak berapa jauh dari rumah... πŸ˜ƒ

Cuma kali ni Areej dah ada perkembangan... Dah boleh baling-baling je kat air, sebab dia pandai berenang dan kawal nafas dia bila air penuh dimuka (Guna SAFETY JAKET)... Dah tak risau nak tinggalkan kalau dia mandi kat tempat dalam atau cetek, cuma monitor dari jauh je... Masa mula-mula baru sedar kaki tergantung kat dalam air, gelabah jugak muka Areej... Tapi dibiarkan sebab ada jaket... Lepas tu slow2 ajar dia kepakkan kaki dan tangan untuk bergerak dalam air... Alhamdulillah pandai... Seronok pulak dia bila rasa diri tu dah pandai berenang... Saya memang tak boleh nak kejar Areej kat sungai, sebab saya TAK PANDAI berenang. Nanti dengan saya sekali tenggelam bila Areej dah berenang kat tempat dalam... 😌😌



Gembira bila tengok perkembangan anak membesar... Step by step kemahiran dia yang kita nampak... Umur Areej sekrang genab 3 tahun 2 bulan... bagi saya dah cukup baik untuk perkembangan budak umur 3tahun++... Sbb ada kanak-kanak sebaya Areej masih lagi takut air sebab kurang pendedahan dengan sungai dan pantai... Semua ibu bapa ada cara masing-masing buat pendedahan kat anak, cuma kami ni suka bawa Areej tengok alam, kolam ikan dan bersantai... Nak ke shopping mall tu jarang kot... Duitt tu duitttt... Kalau aktiviti macam ni agak bajet, tapi tetap seronok... πŸ˜„πŸ˜„

Tu je update tentang Areej... Take Care People... =)

Monday, November 14, 2016

Wisdom Teeth Nightmare

Assalamualaikum... Ni LATE entry, sebab baru ada masa nak update... πŸ˜„ Bedah dan saya macam dah serasi je kan... Sikit-sikit sakit dah kena potong... Kalau nk kira ni dah kali ke tiga...

1. Beranak, 21.10.2013
2. Cholecystitis, 13.12.2013
3. Wisdom tooth, 26.10.2016

Sampai saya sendiri dah naik fobia bila dengar hal potong-potong... Sakit owwww... Bukan nya sedap...
Ni pasal gigi seketul pun dah kena potong lagi... Nasib kecik je...tp stress jugak nak jaga sakit gusi dan muka lebam seminggu... Ni gambar sebelum dan selepas cabut gigi... yang selepas tu, muka dah mula senget sebab ubat bius... hihi...


Wisdom teeth (Gigi Bongsu) ni kira gigi terakhir yang tumbuh sepanjang hayat kita... Tapi tak semua orang ada gigi tu. hanya insan terpilih je dapat... Hehehehhe....
Dia akan tumbuh kat hujung skali rahang/gusi... Kalau jenis yang ada rahang panjang, tak ada masalah. Tapi kalau rahang pendek atau gigi geraham lain dah cukup besar memenuhi ruang dan sempit untuk gigi bongsu membesar, ni yang akan mendatangkan masalah bila gigi bongsu tak boleh nak keluar dengan sempurna (Impacted tooth).

Gigi korang yang mana satu?
Jarang nak dengar gigi bongsu ni membawa kebaikan. Biasanya memang akan bermasalah sebab gigi tu akan tumbuh menyenget, gigi tak keluar sepenuhnya, dan gusi separuh yang menutup gigi tak keluar tu akan menjadi tempat pembiakan bakteria. Akhirnya jadilah makanan tersangkut, gigi membusuk, mulut berbau dan SAKIT GIGI!!! Arhhhgggg...


Penyelesaian cuma satu je... CABUT dan buang... Kalau dia tumbuh normal, mudah je nak cabut... TAPI kalau yang tumbuh melintang, huihhhh... Segala pisau masuk dalam mulut untuk belah gusi tu sampai ke belakang sebab nak keluarkan... Masa doktor belah segala dalam mulut tu memang la tak sakit... yang sakitnya SELEPAS... Sampai seminggu saya kembang sebelah muka, sampai nak keluar rumah pun payah sebab pelik muka kembang dan tak boleh nak guna tudung pun. Gusi belah cabut tu kalau terkena impact sisi tudung sedap woiii... rasa macam makan penampar... πŸ˜„
TAPI, tak semua orang akan mengalami kembang, kawan saya cabut tak kembang pun. Saya ni je yang kembang sampai seminggu... πŸ˜’ Doktor kata takde infection, sihat je dan makan painkiller on time.. πŸ˜„


Baruuu nak reda kembang seminggu, kena datang balik hospital sebab nak buka jahitan lepas cabut tu... Dari sakit dah hilang, terus sakit balik bila doktor cabut benang dari isi...πŸ˜’ Sebenarnya, sakit atau tidak tu semua bergantung dengan isi sendiri... Sama ada isi kita cepat baik ke tak... Saya ni jenis isi lambat sembuh, jadi sakit dan proses sembuh tu memang makan masa sikit...

Lepas belah dan buang gigi tu, kena jaga betul-betul, jangan sampai membusuk dan bernanah. Saya tak boleh nak kumur dengan air ubat yang hospital bagi sebab terlalu pedas dan pahit... Saya buat air garam PEKAT dengan air panas je untuk kumur dan kemam kat belah gigi tu, nisbah (1garam:1air)... Air garam membantu jugak untuk cepatkan proses kecut dan kering... Setiap kali lepas makan dan minum saya akan kumur.. Jadi saya buatkan sebotol mineral kecik GARAM PEKAT untuk kumur bila-bila masa. Tak perlulah nak bancuh tiap kali... πŸ˜„

Sekarang Alhamdulillah dah masuk 4 minggu... Nampak macam dah baik sepenuhnya, cuma saya masih tak makan guna gigi belah dicabut, sebab masih terasa lagi gusi tu lembik. Risau pulak nanti sakit balik... Tunggu 1-2 bulan dulu nak bagi gusi kat dalam betul-betul sembuh, baru guna untuk makan. Memang betul kat luar kita tengok dah sembuh, tapi bahagian dalam yang kita tak nampak kan, baik kita jaga... πŸ˜„

Take Care people... =)
**Gambar google ye, tak nak la bagi gambar gigi saya. kantoi pulak nanti nampak buruk... πŸ˜πŸ˜πŸ˜

Wednesday, November 2, 2016

Selera makan anak dari 0 > 10 kali ganda!!!

Assalamualaikum... Hari ni nak share pasal selera makan Areej yang naik 10 kali ganda dari biasa... Luar biasa, sebab sebelum ni Areej susah gila nak makan... Kalau nampak dia nak makan nasik seminggu sekali pun dah cukup bagussss sangat... Areej ni jenis kuat menyusu je, jadi kalau tak makan pun tak apa kata orang... Tapi saya tetap risau Areej tak dapat zat yang cukup dari susu..

Sebelum ni dah try supplement macam-macam jenis dan ubat cacing, tapi macam tu jugak takda perubahan dengan selera Areej...

Nak dijadikan cerita, minggu lepas Areej kena ruam teruk. Bermula dari bahagian pampers, lepas 2 hari melarat ke seluruh badan. Areej ni jenis eczema yang teruk dan kulit memang agak sensitif. Dari masalah kulit tu melarat infection sampai jadi cirit birit... Masalah Areej memang dah faham sangat sebab dah terbiasa. Cuma ada 2 ubat yang WAJIB ada dalam simpanan harian... HEXBIO dan PHYSIOGEL untuk ruam Areej... Masa tu, dua-dua sekali dah habis stok, terpaksa pecut ke farmasi dan beli dua benda tu.
Sampai kat farmasi, terfikir pulak nak tanya pasal ubat selera makan. Saya bagi tau kat farmasi, nak multivitamin paling bagus untuk tambah selera makan budak 3 tahun. Diorang suggest Bio+ Junior Multivitamin, RM40 untuk 60 biji... Mahal jugak, tapi tawakal je harap-harap ada perubahan dengan selera Areej.


Masuk je kereta saya terus bagi 4 biji ikut apa yang tulis kat botol... Hari pertama belum nampak perubahan. Keesokan hari dan hari-hari seterusnya baru nampak... Sekali areej nak menyusu sampai 2 botol (10oz+10oz), selang masa lepas tu dia makan nasi, makan mee, makan buah, mintak itu, mintak ini.. Selera dia memang membuak-buak, tapi saya pantau sebab risau kalau terlalu kenyang nanti Areej muntah... Bagi selang masa untuk perut berehat barulah bagi lagi makanan lain kalau dia mintak. Alhamdulillah, seronok bila tengok Areej jadi kuat makan, sebab sebelum ni saya risau Areej nampak kurus dari budak-budak lain. Cuma 2 hari saya bagi Areej makan 4 biji... Sekarang dia makan 1-2 biji je, nanti perlahan-lahan boleh hentikan vitamin tu kalau dia sendiri dah nak makan... =) Sekarang ni tujuan saya bagi untuk bukak selera makan dia je, bukan untuk bergantung sepenuhnya pada vitamin tu.


Lupa pulak nak bagitau... Hexbio ni memang bagus dan wajib ada dalam simpanan peti sejuk. Untuk merawat masalah perut kanak-kanak atau kita sendiri sebelum melarat jadi teruk. Saya tahu ni pun waktu Areej Admit jangkitan Rota Virus, sepanjang dihospital memang doktor bagi Hexbio untuk hentikan muntah dan cirit-birit Areej... Alhamdulillah sampai sekarang saya pastikan stok ni tak putus... Bukannya apa, nama pun budak-budak, kita tak tahu apa yang dia sentuh dan masukkan dalam mulut, kita tak dapat nak pantau dia 24jam mcm CCTV. Lagipun hexbio senang nak bagi, campur je dlm susu atau air minuman dia, cepat je perut tu sembuh... =)
InsyaAllah, kita sebagai ibu Ayah ni usaha yang terbaik je untuk anak-anak. Semoga mereka membesar dengan sihat sempurna... InsyaAllah...


Monday, October 24, 2016

Areej 3rd Birthday party

Assalamualaikum... 15 Oktober 2016 lepas celebrate Birthday Areej yang ke 3 tahun... Actual date pada 21 Oktober 2016, tapi dipercepatkan kebetulan adik bersama tunangnya balik kuching dan rumah agak meriah. Kalau adik dah pulang putrajaya nanti, rumah akan sunyi... Kesian pulak Areej celebrate birthday sorang-sorang...

Surprise Egg Cake
Berry & White Chocolate Frosting Butter Cake
Comel kannnnn kek Areej yang ada Surprise Egg tu... Areej minat gila kat surprise egg, sebab tu saya buat kek comel tu untuk dia... Alhamdulillah Areej seronok & excited sangatttt... 1st time jugak lah Areej betul-betul ada kek birthday, sebab sebelum ni saya asyik tak sempat je nak buat kek untuk Areej... Kesian anak tu... =(
Last year, 2015, adik yang buatkan kek untuk Areej... Walaupun simple, tapi tetap nampak comel... =)

Areej's Little Aquarium
Semua kek Areej comel-comel belaka kan... Hihi...
Semoga ELDRINE AREEJ BIN ELDRINE ADDIN membesar menjadi anak yang soleh, sempurna dunia dan akhirat... Amin...
Beberapa gambar sekitar majlis hari lahir Areej... Lauk pauk tu Mak dan Adik saya yang masak ye... Saya ni tak pandai masak, minta maaf ye semua... Yang penting sedappppppppp..... =)






Lukman pun Birthday boy jugak pada 4/10/2016, tunang adik (Nureziyati)
Alhamdulillah, majlis sederhana je tapi seronokkkkk sangat dan syukur dapat gembirakan hati Areej... =)

Wednesday, September 28, 2016

Grooming... Mandikan dan Bersihkan HedgeHog


Seperti haiwan peliharaan lain... HedgeHog (HH) pun perlu dibersihkan dan dimanjakan... =) Cuma bila jenis macam ni, kita tak pasti macam mana cara nak buat walaupun sebenarnya lebih kurang je..
HH jenis haiwan yang KURANG pandai merapi diri, jadi kita perlu bantu HH untuk dibersihkan merapi diri. Hati-hati ketika mandikan HH, sebab mandian yang berlebihan boleh menambah lagi masalah kulit kering HH... Masalah kulit kering yang teruk boleh mengakibatkan duri kecil HH luruh dan botak.



BILA NAK MANDIKAN HH?

1. Badan HH bau busuk

2. Kulit kering dan mula mengelupas yang jelas nampak di sekitar kaki HH
     **Seperti ular bersalin kulit


3. Kuku HH kotor, terdapat gumpalan hitam kat kuku dan tapak kaki.
**Jika kuku nampak terlalu panjang, potong dan trim mengunakan pemotong kuku kecil dengan berhati-hati. Kuku yang panjang dan bergolong kedalam akan menyimpan kotoran dan boleh mengakibatkan jangkitan pada kuku serta kaki HH.
**Proses memotong kuku paling senang dilakukan selepas mandi kerana kuku lembut selepas terkena air. Letak HH dalam apa keadaan yang paling tenang dan pegang hujung kakinya untuk memotong kuku. JANGAN potong sehingga HABIS, perhatikan isi pada hujung kuku HH, cukup trim hujung kuku sahaja.


MANDIAN HH?

Seperti haiwan peliharaan lain, mandikan HH dengan air suam untuk mengelakkan deman atau selsema. Memandangkan kulit HH sensitif dengan masalah kekeringan, jadi kita perlu gunakan jenis mandian yang lembut untuk kulit dan harus dibilas bersih. Jenis yang paling selamat dan mudah didapati adalah semua jenis mandian bayi.
Selain menggunakan mandian bayi, jika HH alamai masalah kulit kering yang teruk, gunakan mandian OAT tanpa sabun untuk melembutkan dan merawat kulit HH.
**Masukkan segenggam Oat kat dalam kain dan rendam dalam air sehingga air bertukar keruh keputihan.

HH suka berenang ketika mandi, jadi boleh sediakan air SUAM cetek di dalam besen atau sumbat lubang sinki supaya senang nak buang air tu selepas mandikan HH.
Biarkan HH berenang-renang seketika dan tenangkan diri, sambil gosok kaki HH perlahan-lahan untuk buang segala kulit mati kering kat sekitar kaki HH.
Bilas sampai bersih dan pastikan tak ada sisa sabun yang melekat pada HH, lap sampai kering... =)

SELEPAS mandi dan wangi tu, bersihkan lah kandang HH suapaya badan yang dah bersih tu tak terkena lagi kotoran di kandang... (^_^)

Haapy Pet Day People... =)

Thursday, September 22, 2016

Gamble Holiday November

Assalamualaikum... Tadi baru lepas booking tiket AA, booking hotel dan booking sewa kereta untuk ke Kota Kinabalu, Sabah... Okay BOOKING!!!! Duit tu ada ke tak?? Tak tau lagi... Tapi entah... saya ni jenis hidup suka gamble. Kalau kita tak cabar diri, kita tak akan mampu dan kita tak akan capai apa yang kita nak dalam hidup ni... =)


Mungkin sebab tu Allah baru bagi saya seorang zuriat, supaya saya boleh buat apa yang saya nak buat sekarang ni... Kalau anak dah banyak, rasanya mungkin KURANG MAMPU kot sebab komitmen akan bertambah... Jadi peluang yang ada, digunakan sebaik-baiknya... Saya bukan merancang kandungan, tapi Allah belum merancang untuk bagi yang kedua... =)

Settle tiket tadi untuk Saya, Addin, Areej dan kakak (Marlini)... Untuk 4 orang tu RM620... RM69/way tu dah kira murah la.. Kalau nak tunggu tiket RM10 bila lagi... Melainkan rajin sangat nak skodeng website AA... huhu...

Hotel mcm biasa, tinggal Hotel KK untuk aktiviti di KK dan Hotel di Kundasang untuk aktiviti di Kundasang... Total Hotel 4 hari yang dah siap booking tadi dalam RM400..
**Hutang, bayar masa check in nanti. Jadi sempat lagi nak kumpul duit hotel..

Kereta sewa, WAJIB kalau nak senang bergerak dan enjoy jalan-jalan... Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin (Half day)... Total ada dalam 4 hari kalau dia bagi diskaun half day tu...
RM120*4 hari, jadi perlukan RM480 untuk bayar kereta sewa... Kereta tak booking lagi, sebab duit dah guna untuk beli tiket AA kejab tadi... Tunggu ye, saya dan Addin kumpul duit dulu... Hihi...

SEKARANG perlukan RM880 untuk bayaran WAJIB... Hotel dan kereta... Belum duit untuk joli lagi... Kalau belanja bajet, ATLEAST RM2000 dan tak boleh kurang... Chaiyok-chaiyok...
**Duit saving adalah sikit-sikit. Tapi tak boleh kacau sebab tu untuk emergency... Yang holiday saja-saja dan mengada-ngada ni kena kumpul sendiri...
Saya dan Addin sama-sama ada bisnes kecik-kecik... InsyaAllah sumber tu untuk kami sama-sama kumpul duit untuk holiday hujung tahun bersama family... InsyaAllah... KAMI BOLEH!!!!

Doakan segala urusan mengumpul duit belanja Oktober dan November ni berjalan lancar ye... Amin...
.

Friday, September 9, 2016

Info Basic HedgeHog (Ariana)

HedgeHog (HH)... Haiwan berduri halus dan comel... Hati-hati walaupun comel, duri tu tetap agak menyakitkan kalau tercucuk, lebih kurang macam duri kaktus... HH ada 1 ekor kecil yang tak kelihatan sebab ada kat celah-celah duri, belek-belek duri tu kalau nak cari ekor comel HH... πŸ˜‰

JANGKA HAYAT HH lebih kurang 4-6 tahun bergantung kepada cara penjagaan. Belajar cara penjagaan yang betul untuk jangka hayat yang lama dan kalau beranak pinak boleh dijual sebab harga pasaran HH ni tinggi dan boleh mencecah RM250-300 seekor. πŸ˜‰


SAIZ HH jangan disangka kecik ye, banyak yang beranggapan saiz HH sama seperti hamster, comel dan kecik, SILAP... HH boleh membesar sama seperti saiz Guinea Pig atau  tapak tangan dewasa. Berat 1kg untuk yang obesiti, dan 500-600g untuk yang sihat dan besar. Makin besar, makin tajam la duri tu, hati-hati ye... πŸ˜‰

HH BERKOMUNIKASI melalui bunyi. Fahami bunyi yang HH keluarkan untuk fahami mood dan kehendak HH. Contoh : - Berdengung atau Wisel : Tanda kepuasan πŸ˜‰, - Berdengus atau bersin : Tanda kurang, senang πŸ˜ž, - Berdecit atau bersuit : Tanda takut πŸ˜­
HH peramah dan bersifat ingin tahu sangat tinggi, HH suka menghidu dan menjilat untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan pemilik nya... Lakukan interaksi hampir setiap hari atau bila terluang untuk mewujudkan bonding, supaya HH lebih mudah jinak dan selesa pada tuannya.

HH bukan Hamster, kalau hamster tak pandai tidur malam dan hyper di malam hari, tapi HH jenis tidur malam. tu pun kalau dia penat disiang hari dan cukup bermain, kalau siang dia sibuk tidur, malam HH berjaga dan bermain laa. Sama la macam manusia jugak... Hihi...

HH bukan Hamster, makanan hamster BUKAN untuk HH,... HH Omnivor (pemakan serangga, insectivores)... 
Makanan HH kombinasi daging (Lebih) dan sayur (Sikit)... Protein (~30%), Lemak (<10%), Fiber (~5%)
Cukupkan protein supaya HH sihat, kurangkan lemak dan jangan sesekali bagi SUSU dan ROTI, sebab HH alahan susu (lactose intolerant) dan boleh menyebabkan Diarrhea ... Kesian kalau HH sakit, jaga betul-betul ye..


HH NAK MAKAN APA?

1. MAKANAN HARIAN kucing atau anjing, perisa ayam atau daging terbaik (Jenama : Royal Canin, Burns, Hills, iams, premium diet). JANGAN bagi perisa ikan.
Rasional bagi jenama premium sebab khasiatnya jauh lebih baik, biasanya jenama murah mengandungi lebih bijirin dan kurang berkhasiat untuk HH yang perlukan protein yang tinggi dalam diet harian.

2. Sisa makanan harian, ayam atau daging. DICUCI, tiada bahan perisa melekat untuk mengelakkan masalah pada perut HH. DAN mesti dicincang sampai halus kerana HH mempunyai gigi yang kecil dan tak mampu mengunyah kepingan besar.

3. Tidak semua buah-buahan dan sayur selamat untuk HH. Sayur perlu direbus lembut terlebih dahulu sebelum diberikan kepada HH. Buah lebih mudah kerana teksturnya lembut daripada sayur. KENAPA? Kerana perut HH lambat menghadam fiber, untuk mengelakkan masalah dan penyakit kepada HH, berikan makanan lembut dan elakkan kekacang.

 MAKANAN HUJUNG MINGGU



TEMPAT TINGGAL HH ??

HH jenis suka bersembunyi, tak kira kandang besi, kayu, plastik atau apa saja, sediakan rumah untuk HH berehat, menyorok dan tidur. Kandang HH boleh disediakan sama seperti kandang hamster... Haaa, satu tu je yang sama cara diorang ni... Cuma bezanya kandang HH mesti lebih besar dan roda berlari HH pun agak besar sebab HH boleh membesar sebesar tapak tangan. Tak muat kalau sediakan roda kecik...  ☺

Selamat memelihara Hedge Hog kawan-kawan... =)

Tuesday, September 6, 2016

Safiey Illias... Semoga ada peluang KEDUA




Assalamualaikum... pagi ni post pertama yang melintas ruang Fb saya adalah cerita tentang Safiey Illias yang dh GIVE UP... Mula-mula fikir cuma viral sebab cerita kat FB dan media social ni tak boleh nak harap sangat. Terus saya bukak akaun FB Safiey sendiri, ya Allah... Memang betul... Sebelum ni Uqasha, sekarang Safiey pulang... Dah jadi trend artis ke? Semoga jangan... Sedih bila dapat tahu berita ni... Saya bangga dengan Safiey sebelum ni sebab dia kuat untuk berhijrah, tapi sekarang... Dia tewas...

πŸ’Siapa dia... Jangan sesekali kita keji... Kita sendiri masih belum cukup mulia untuk mengeji perbuatan orang lain...

πŸ’Bersama-sama kita doakan supaya Allah bagi Hidayah lagi sekali kat Safiey... Doakan semoga hatinya kuat dengan godaan dunia...

πŸ’Proses nak berubah bukan senang... SUSAH sangat... Kita yang nak berhijrah untuk bertudung dan berpakaian dengan sempurna pun payah, apatah lagi hijrahnya seorang pondan... 

πŸ’Bukan senang nak bertarung dengan jiwa sendiri. Keinginan dan kebiasaan yang sekian lama kita turuti, tiba-tiba perlu dibuang dan diubah... SUSAH... Cuma jiwa kental je yang mampu buat semua ni secara mengejut... >>Hadapi Iman Naik dan Turun<<

πŸ’Ditambah lagi dengan tomahan dan pujuk rayu sekeliling supaya kita JANGAN jadi baik... Inilah lumrah Dunia, yang baik dikeji, yang buruk disanjungi... 

πŸ’Mungkin peluang pertama, Safiey tewas... Tewas dengan ujian pertama dari Allah... Siapa tahu ada peluang kedua untuk Safiey dan Safiey lebih kuat... InsyaAllah... Hidayah itu milik Allah, Allah pilih siapa Dia nak bagi... Kita yang melihat, doakan untuk kebaikan...

πŸ’Sama-sama kita doakan supaya hatinya, Allah SWT balikkan kepada hidayah... Syurga itu mahal untuk di duduki oleh hambanya. Setiap kebaikan yang kita buat sememangnya ada ujian dan dugaan. Tetapi yang dapat menghalang adalah iman yang kita usahakan, adalah semata-mata untuk Allah SWT. Setiap yang kita usahakan dalam hati, semuanya atas pengetahuan Allah SWT. Ada perkara yang kita buat, kita tak boleh menyalahkan keadaan.. Tetapi kita mesti belajar menyalahkan diri sendiri atas setiap langkah yang berlaku di sekeliling kita..
"Kita buat jahat bukan kerana kita berkawan dengan orang jahat...Tapi kita buat jahat kerana kita sendiri yang berkeinginan untuk menjadi jahat"
Apapun, jangan sesekali mempermainkan Hukum Allah SWT, kerana berat untuk kita tanggung di akhirat kelak... (Norhasniza Bte Sah Sheila, Sept 2016)

Yang baik dijadikan iktibar, yang buruk dijadikan sempadan... Wallahualam...

Thursday, September 1, 2016

Buatmu anak...



Assalamualaikum... Buat Areej... Mungkin sekarang Areej tak baca lagi, Areej masih kecik, baru 2 tahun 10 bulan. Tak reti lagi nak membaca apatah lagi nak faham... Hari ni, Areej demam dan muntah. Kesian ibu tengok Areej terbaring lemah tak bermaya.

Tadi, ibu jalan-jalan ke pasar untuk membeli bahan buat kek, ibu ternampak telur besar ni kat kedai mainan, terus teringat kat Areej. Kalau Areej sihat, mesti Areej pandang dan tunjuk, tapi Areej tak mintak beli. Sebab Areej tahu ibu tak akan beli apa yang Areej mintak. Bukan ibu tak nak beli, tapi ibu tak nak Areej jadi biasa terminta-minta... Biar Areej rasa susah nak dapat, nanti Areej boleh usaha beli sendiri..

Sekarang pun Areej dah mula faham, kalau ibu bagi RM1, Areej akan simpan sebab Areej tahu semua benda kena bayar guna duit. Sampai ke kaunter kedai, Areej akan bayar dengan duit RM1 tu, padahal tak cukup pun... Tak apa, nanti ibu tambah....yang penting Areej tahu semua benda yang Areej nak tu ada nilai perlu dibayar dan bukan terminta-minta...

Hari ni Areej sakit, Areej tak ikut ibu jalan-jalan... Ibu nampak telur ni, ibu beli untuk hadiahkan kat Areej.. Mesti Areej gembirakan?? Sebab ibu tahu Areej suka sangat dengan "Surprise Egg".

Semoga cepat sembuh sayang... Ibu sayang Areej..

Tuesday, August 30, 2016

Ketika Iman Naik dan Turun

Dipetik dari " Surat Da'i Wan Kepada Uqasha, Isnin. 29.8.2016. Jam 10 malam ".... Terima Kasih Ustaz... 

Bila terbaca isi kata-kata dari Da'i wan membuat hati rasa terkuit, tersedar, terbangun dari leka yang hampir hanyut... Setiap bait tulisan nya membuatkan otak berfungsi untuk berfikir tentang LEKA DIRI... Hanyut dengan IMAN yang naik dan turunnya silih berganti...

INI UJIAN KITA...

1. Kecaman Manusia
2. Fitnah Manusia
3. Cakap Belakang Manusia
4. Dengki & Cemburu Manusia

HADAPI UJIAN INI DENGAN BIJAK...

1. SUASANA untuk terus Istiqamah. Jangan buang kawan lama, tapi tambah kawan baru untuk ubah suasana sekeliling dan suasana HATI... Kenali mereka dari golongan muslimin dan muslimah, berkawanlah dengan mereka... Kalau tak pernah kenal, CUBA... Tanya dan bercakap dengan mereka untuk membuka minda dan menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran yang lebih baik...
Walaupun SEDIKIT, siapa kawan dan apa jenis orang sekeliling, akan memberi impak pada JIWA kita

2. TEGAS dengan pendirian diri. Ini adalah peperangan JIWA dan NAFSU, Kalah perang pasti akan tewas. KUAT diri dengan pilihan yang dibuat untuk terus menutup aurat, perlahan-lahan sehingga SEMPURNA.

3. SABAR dengan segala dugaan dunia a.k.a UJIAN Allah... Cemuhan, Fitnah, Pandangan negatif dan Kecaman yang sentiasa datang tanpa diundang. Allah nak tengok kesungguhan dan kekuatan kita hadapi Ujian...

....bila dah ada SUASANA, kemudian kita TEGAS dengan pilihan, kita pasti akan mampu SABAR dengan sendirinya...
Pokok pangkal, carilah kekuatan untuk meneguhkan hati... BAIKI DIRI dan BAIKI SUASANA, InsyaAllah kita mampu melakukannya...

Terima Kasih Ustaz Da'i Wan... Semoga terus menulis untuk membangkitkan minda yang hampir tertidur... InsyaAllah...

Monday, August 29, 2016

KENAPA saya menulis???



1. Seluruh kehidupan saya adalah kenangan πŸ’ž

2. Saya nak ingat setiap memori dalam hidup saya sampai tua πŸ‘ͺ

3. Kita akan tua, siapa kita hanya kita yang tahu dan merasa πŸŽΌ

4. Anak-anak dan cucu-cucu akan tahu sejarah kehidupan saya dari muda sampai tua πŸ‘ͺ

5. Memori kita sikit, kalau nak ingat setiap perkara yang berlaku dalam hidup adalah mustahil. ❌

6. Blog/Web ibarat Diari alam maya πŸ“–

7. Saya ceritakan semua perkara dalam blog, sama ada berguna atau hiburan semata-mata πŸ«

8. Saya suka menulis, tapi tak suka bercakap. Jari adalah medium komunikasi saya πŸ‘„

9. Kawan lebih mudah mengenali perwatakan saya melalui apa saya tulis, sebab saya jarang bercakap... πŸ‘…


Gembira 🌹, Sedih 😩, Sihat πŸ’ͺ, Sakit ♿, Susah πŸ’Έ dan Senang πŸ’°... Semua itu kenangan... Pengalaman hidup yang mematangkan kita, tanpa pengalaman dan kenangan, hidup tak bermakna... πŸŒΉπŸŒΉπŸŒΉπŸŒΉ

Lain orang lain caranya... take care people... =)

Suicide Squad Review


SUICIDE SQUAD...!!! 2 jam 10minit... Review... Macam biasa, budak kecik umur 2 tahun 10 bulan ni memang ikut kalau tengok wayang... Salah satu hobi dan minat dia... πŸ˜„


1st... Saya sendiri tertanya-tanya, cerita apa tu... Tak fames langsung bunyi tajuk nya... Rupanya dh ada komik, rajin pulak saya search google... 😡 Saya sorang tak tau ke memang banyak yang x tau? Kalau nak faham lebih, kena baca komik katanya... Malas la nak baca, tengok je movie... πŸ˜


Cerita ni best.... 4🌟🌟🌟🌟/5 
Watak gila dalam crita ni ada 6 orang, 7 termasuk Joker... Tapi Joker tak kira sebab tu menyampuk je, sama macam Batman dan The Flash... Watak menyemak tp lucu jugak la... Hihi...

1. Elite hitman Deadshot
2. Former psychiatrist Harley Quinn
4. Opportunistic thief Captain Boomerang
5. Humanoid crocodilian Killer Croc,
6. Specialized assassin Slipknot

Nak kat Hero, takde hero pun... Takde keistimewaan sangat kuasa diorang ni... Kalau lawan pun memang gerenti kalah... Cerita ni best sebab semangat pasukan diorang dan masing-masing ada kisah hidup yang tersendiri dan menarik... Kalau nak tau lebih, tengok lah sendiri ye...

Take Care People... =)

Friday, August 26, 2016

Luaran itu Hati

Assalamualaikum... Pernah tak korang kutuk kawan-kawan kat FB, IG, Twitter atau kat mana-mana media sosial??? PERNAH kan!!!! TIPU kalau kata TAK!!!

Biasanya akan terjadi kat golongan yang nak berubah tapi timbul tenggelam... YUP!!! Timbul tenggelam... Kadang-kadang terasa diri sendiri macam tu jugak... Payah nak kawal nafsu dan keinginan hati... SUSAH sangat... Salut dengan golongan yang betul-betul berubah down to earth... Maksud saya NO SELFIE & NO OVER FASHION...

Perasan tak? Ni bukan nak kutuk ye... Pandangan masing-masing dan mungkin pandangan orang lain jugak... Perasan tak?? Golongan berpurdah zaman sekarang suka selfie tunjuk mata guna lense colorful, celak dan eyebrow cantik terbentuk... Perasan tak?? Tak semua, tapi ada segolongan yang macam tu... HAAAAA!!!! Jenis ni la yang saya kata berubah timbul tenggelam... Berubah yang tak ready betul-betul nak berubah...


πŸ‘€ Siapa aku... Jangan kau Hina πŸ’¬
πŸ‘€ Siapa dia... Jangan kau Hina πŸ’¬
Mula 1 πŸ‘  langkah, lebih baik dari  duduk diam tanpa Mula πŸƒ


Gambar contoh
Benda tu lah yang saya rasa kat diri sendiri... Payahhhhhh betul-betul nak tutup aurat... SEBAB KEINGINAN PADA FESYEN MASIH KUAT... Minat tu tak pernah pudar... Bukanlah fesyen pelik-pelik, tapi rasa nak bergaya tu masih ada... Kalau nak jadi MUSLAMAH 100% memang payah nak bergaya... kan kan kan??? =) Ada je fesyen untuk muslimah, tapi tak secantik fesyen biasa... =)

1 NM... Pelbagai rupa...
Saya boleh datang dalam pelbagai imej... Kadang-kadang saya sendiri tak kenal personaliti diri... Semua tu datang ikut keinginan hati dan mood... Tapi Alhamdulillah, walau apa pun gaya yang saya nak guna, saya akan CUBA titik beratkan AURAT... Yang penting tutup punggung & dada, sebab Addin paling tak suka kalau baju saya ketat bahagian tubuh... Tak susah nak BUNGKUS aurat, tapi SUSAH nak TUTUP aurat... 

Proses mengenali & penyesuaian... Proses mengenali perwatakan baru dan menyesuaikan diri dengan perwatakan baru... Kalau hati tak kuat, akan tersasar dari laluan... Kalau kuat dan Istiqamah, InsyaAllah akan sampai ke penghujung hingga habis... 

Adalah normal untuk mengalami gangguan setiap kali perubahan... Benda command, perubahan emosi setiap kali datang bulan... Perkara yang jadi tiap bulan pun masih payah nak kawal emosi diri... Apatah lagi perubahan yang pertama kali berlaku dalam hidup?? SEMPURNAKAN diri...

Addin selalu tanya kat saya bila tengok perempuan yang tak jaga aurat... Perempuan tu tak sayang suami ke? Sebab sanggup biarkan suami dia masuk neraka gara-gara tak tutup aurat... Payah jugak saya nak jawab... Diam dan berfikir je lah... Addin ni muslim convert, jadi paham je lah... Bila dia nak belajar, dia akan banyak membaca... jadi pemahaman dia memang lurus dan bersih... Kita yang azali lahir Islam ni yang sepatutnya lebih faham dari diorang...


Semoga saya sendiri dan kawan-kawan yang lain ISTIQAMAH untuk menjaga aurat... SUSAH tapi mesti CUBA dan BELAJAR.... Kalau tak mula, sampai bila-bila pun tak buat... Dari susah dan payah tu, akan timbul kebiasaan dan menjadi mudah... InsyaAllah.... Semoga dipermudahkan segalanya...

Take care People... =)

Thursday, August 25, 2016

Roti TISU fav Areej

Assalamualaikum... For the first time saya makan roti tisu... Macam pelik kan? yerr memang 1st time. Sebab nama pun roti tisu, bunyi nya macam tak sedap langsung. Tapi bila bawa Areej pergi makan, mesti order makanan yang Fun, Menarik dan Sedap... Nak atau tak, kita try menu yang nampak pelik bunyi nya... ROTI TISU...


Areej ni, dia tak memilih makan... Tapi benda tu mesti sedap dan bukan sayur... Mesti sedap tu maksudnya SEDAP dan MENARIK... Pening jugak nak pilih menu Areej, sebab kena fikir dulu, kalau order sesuka hati dan tak menarik mata, dia tak nak makan... huahuahua... Saja je budak ni kan??? Nak main je lebih sebenarnya... =D
(Pening bila kedai tu tak jual MI KOLOK, fav Areej mi kolok je... ^_^ )

Roti canai biasa, Areej tak makan.. Tapi Roti tisu Areej suka dan makan sampai habis... Sebab kenapa? Lepas ni bagitau... Nak explain dulu......
Ni first time saya rasa roti tisu, tak pasti pulak memang macam ni ke tekstur dan rasa dia kat semua kedai?? Tekstur yang Areej makan tu, roti dia nipis macam tisu, rangup macam keropok, ada sapuan butter dan gula tabur... Sedapppppp.... rasa macam roti tiger gula pun ada... Hihi... Memang macam tu ke rasanya?

Roti tisu yang Areej makan tu waktu di Cameron... Kat semenanjung memang banyak roti tisu... TAPI kat kuching tak banyak kedai yang jual... Yeke tak banyak?? atau saya yang tak perasan dan tak pernah cari?? Tapi betul, rasanya memang jarang tengok menu roti tisu kat kedai.. Rasa pun entah sama ke tak... nanti saya nak try makan Roti Tisu Kuching pulak, Harap-harap sedap...

Take Care People.. =)

Wednesday, August 24, 2016

Suamiku 29 tahun di Cameron

Assalamualaikum... 20 Ogos 2016, genab 29 tahun dah umur suami tersayang... Eldrine Addin Bin Ajus... =) Umur je 29, tapi perangai & muka masih macam budak-budak lagi... hihi.. =)


Cameron Highland, untuk kali yang ke-2... Pergi 2014 tanpa Areej, kali ni pergi bersama Areej dan adik-adik saya... Alhamdulillah... Walaupun dekat-dekat je, tapi seronok, yang penting masa berkualiti bersama keluarga... Kalau dulu datang dengan Bas, kali ni datang dengan kereta sendiri pulak... Lagi seronok dan bebas bergerak... =) 

CERITA CAMERON 2014 boleh klik kat sini >>> Cameron Highland 2014

Nama pun dah kali ke2, jadi dah agak familiar dan dah pernah pergi hampir semua tempat. Bezanya dulu tinggal kat Hotel De'La Fern (Tanah Rata), tapi kali ni tinggal kat Country Lodge Resort (Brinchang) pulak. Takde lah jauh pun jarak 2 pekan tu, dalam 5km je jaraknya. Tapi kedua-dua lokasi tu ada kaitan sebab ada keistimewaan tertentu... =)
  • Kawasan Brinchang lebih tinggi dan dekat dengan banyak pasar malam dan lebih meriah dari Tanah Rata. 
  • Tanah Rata pulak sesuai untuk jalan-jalan dan makan-makan, sebab Tanah Rata ada lebih bayak kedai makan dan Tourist Kaunter untuk apa-apa maklumat kalau nak buat aktiviti atau lawatan sekitar Cameron.

Jadi, Kesimpulannya, pergilah kat kedua-dua pekan tersebut dan lebih mudah bergerak kalau datang dengan transport sendiri... =)

LAVENDER FARM
BIG TREE STRAWBERRY FARM
Tujuan pergi cuma ada 2... Nak ke Big Tree Strawberry Farm dan Lavender Farm... Dua lokasi tu seperti gambar kat atas... Kat Cameron ada berpuluh ladang Strawberry, Tapi Big Tree Strawberry Farm ni memang recomended... Bukan setakat jalan-jalan je kat dalam, tapi cafe dia ada pelbagai menu berasaskan Strawberry... SEDAPPPPPP...saya dah cuba semua... Hihihi~~~

  • Pancake Strawberry & Ice cream
  • Waffle Strawberry & Ice Cream
  • Strawberry Sundae
  • Strawberry float
  • Stawberry Cheese Cake
  • Strawberry salad DAN macam macam lagi...

Lokasi nak makan, takde nak recommend sangat sebab semuanya sama je. nak makan ikut citarasa sendiri sama ada nak makan pasar malam, kedai mamak, western atau gerai melayu... Semua nya ada (Tanah Rata lebih banyak pilihan gerai)... =)
Moment, segala moment bersama keluarga tu adalah yang paling seronok... Tak de perkara lain yang menyeronokkan selain habiskan masa bersama keluarga... Semoga Hari Lahir tahun ni memberi memori baru buat Addin...

Cantik secantik bunga diladang lavender... =)
Lepas ni nak kemana pulak ye... Dalam otak cuma fikir 1 je... Saya nak ke Kota Kinabalu lagi sekali, sebab ke KK bulan Febuari lepas tak puas jalan-jalan... Semoga dimurahkan rezeki dan panjang umur untuk holiday penghujung 2016... Amin... =)


Ni gambar saya dan adik-adik, Ezi dan Mulia pun ikut sama ke Cameron... Lagi ramai lagi meriah dan seronok... Gambar ni cantik sebab penuh dengan filter camera,... OPpppssss... hihihihi~~~~ =P

Take Care People... =)

Wednesday, August 17, 2016

Pokemon Go gone wild??


Assalamualaikum... dan hai Pokemon Go player... =) Sejak bermulanya permainan Pokemon Go ni, macam-macam hal kita dah dengar kat berita dan internet... Kebanyakan nya dan boleh dikatakan 80-90% adalah negatif... Sampai nak diharamkan dan keluar fatwa pengharaman pulak... Sudahhh...

Saya ni bukan Ahli Sunnah dan bukan jugak Pro Pokemon.. Tapi saya ni lebih melihat kepada positif dari negatif... Yela, kalau nak hidup gembira, otak kena lebih positif, jantung pun lebih sihat... =)
Kalau sudut NEGATIF, tak perlu rasanya saya nak tulis, banyak dah korang baca rasanya kat Facebook, Berita, Blog dan Website... Satu CONTOH negatif, PokeStop diletakkan dikawasan Masjid, Surau, Gereja, Tokong dan Kuil... Kenapa jadi isu?? bukan mesti masuk atau mengganggu didalam tempat tersebut, cukup hanya lalu kat tepi jalan tu je... Masalahnya adalah mentaliti orang kita yang suka mengkaitkan isu sensitiviti kaum... Cuba fikir sudut positif, mana tau tengah diorang lalu untuk token Pokestop, tetiba Azan... InsyaAllah terbuka hati diorang nak singgah solat dulu... =)
TAPI, untuk isu keselamatan negara tu, saya tak nak komen lah... Hihihi~~~

POSITIFnya pulak, saya suka sebab ada perubahan ketara di bandar... =) Saya tak sentuh bandar dan negeri lain, sebab saya tak duduk kat sana. Saya menulis tentang Negeri dan Bandar saya sendiri je... KUCHING... Tapi kalau perubahan yang sama berlaku kat tempat korang, maksudnya baik la kan? =)

KUCHING... Boleh di katakan bandar mati sebelum ni... Kalau takde event di kawasan Waterfront atau Padang Merdeka, bandar kuching tersangatlah sunyi sepi... Ada penduduk, tapi mungkin duduk berperap di rumah atau entah dimana... (Mungkinlah kot) 



TAPI...Sejak dikenalkan dengan permainan baru ni, bandar betukar jadi meriah sangat-sangat kalau dihujung minggu... Kawasan yang asalnya sunyi sepi, jadi penuh dengan manusia sampai jalan raya pun sesak... Bukan stress jadinya, tapi seronok sebab suasana hidup semula.. ^_^
Yang remaja memanglah, kepala dok fokus pandang skrin handphone, tapi anak-anak yang datang bersama ibu bapa pun tumpang gembira sekali... Sampai jam 11 malam, pengunjung masih ramai sebab leka menangkap Pokemon. Areej pun seronok bermain belon buih sampai dah tak ingat penat dan tak peduli mata mengantuk...


Selain Waterfront, banyak lagi spot-spot lain yang tidak kurang meriahnya seperti Taman Sahabat... Harap-harap suasana begini akan kekal lama... Bila jalan-jalan kat tempat macam ni dengan anak-anak dan keluarga, teringat balik sewaktu saya kecik-kecik. Sebab Arwah Bapa dan Mak memang suka bawa kami adik beradik habiskan masa berhujung minggu kat taman-taman awam macam ni... Ni je cara untuk eratkan hubungan dan sebahagian daripada aktiviti bersama keluarga... =)


Assalamualaikum... Take Care People... =)


Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~