Wednesday, February 10, 2016

Pneumonia Paru-paru Kiri


14 November 2015, Areej dimasukkan di ward sebab muntah yang tak berhenti-henti... Langsung tak boleh nak masuk apa dalam perut, semuanya akan keluar balik sampai perut kosong... Muntah yang tak berhenti TAK BOLEH dimain-main, dehydrated boleh menyerang dan mengakibatkan kerosakan buah pinggang pada kanak-kanak. Banyak ibu bapa yang tak ambil endah pasal muntah ni. Bila muntah tak berhenti, saya mintak dengan doktor Hospital Normah supaya Areej dimasukkan ke ward dan cucuk bagi air masuk... Biarlah Areej menangis bila tangannya sakit dicucuk jarum, asalkan bukan saya menangis kerana menyesal. Suspect awal adalah "Rota Virus", sebab beberapa bulan lepas Areej pernah masuk ward sebab "Rota Virus". Areej ni jenis cepat masukkan benda kat dalam mulut, ni yang bahaya sikit dengan Areej... Pantang berpaling muka beberapa saat, dah ada benda dalam mulut dia...

Selain dimasukkan Air, Areej juga di Neb sebab paru-paru dia berbunyi, mungkin diserang Asma sebab Areej memang ada asma dari kecik... Sample najis dan air kencing Areej pun diambil sekali untuk mengenal pasti apa penyakit Areej yang sebenar. Yang pasti Areej BUKAN Rota Virus sebab tak ada tanda-tanda kuman berbahaya kat najis Areej.

Hari ke-3 kat ward barulah Areej buat X-ray kat paru-paru. Setakat ni, Areej tak tunjukkan perubahan. Muntah dah berhenti, TAPI Areej semakin lemah, tak bermaya dan tak boleh nak bangun... Suhu panas naik turun 38-40°c... 24jam, Areej hanya tidur... Ibu mana tak luruh hati bila tengok keadaan anak seolah-olah dah tak bernyawa... Di pangku kat atas riba pun dia tak menunjukkan apa-apa reaksi... Lemah longlai tak bergerak... Ya Allah... Sedih hanya Allah yang tahu... Ditambah pula saya yang terpaksa pergi kerja sebab dah kehabisan cuti dan Areej dijaga oleh ayahnya...


16 November 2015... Pagi... Areej seperti dah tak bernyawa... Masa tu nak tunggu Doktor, doktor pun macam dah tak boleh nak harap.. Saya sendiri terpaksa google dan tanya kat kawan-kawan apa sebenarnya masalah Areej.. Jawapan yang saya dapat, Areej CONFIRM ada Pneumonia... Saya sendiri dah cuba nak jadi doktor... Semua saya buat berpandukan google... Apa yang penting sekarang ni, saya nak tahu paras oksigen Areej. Saya desak nurse untuk monitor oxigen Areej, dan bagi result X-ray paru-paru Areej, saya nak tengok keadaan paru-paru Areej. Jawapan nurse, dia kena tunggu doktor datang 'round ward' tengah hari nanti... Kalau lah saya ada kuasa masa tu, rasa macam nak bom je Hospital masa tu jugak... Darah tengah panas, otak pun tak waras... Mungkin masa tu, nurse pun dah menyampah nak layan saya..

Pagi tu jugak, saya buat keputusan nak pindahkan Areej ke Hospital Kerajaan. Saya dah tak boleh nak tunggu lagi... Otak masa tu cuma fikir nyawa anak.. Melalui purata pendapat, Hospital Swasta ni memang ada tabiat sendiri, tapi TAK SEMUA macam tu. Semua urusan seolah-olah dilambatkan supaya pesakit warded lebih lama dan bil melambung tinggi... Bila hati dah tak tenteram, semua perkara negatif akan keluar... TAPI...saya tak boleh nak pindahkan Areej sesuka hati sebab Areej ditanggung 100% oleh insurans dan nak pindah-memindah tu kena ikut proses yang betul. Tak boleh nak lari sesuka hati mak bapak korang. Silap-silap bil semua bayar sendiri... Saya mengaku saya bukan orang kaya, nak bayar keseluruhan bil memang tak mampu (RM8800 lebih semuanya). Apa yang perlu dibuat masa tu cuma kena bersabar sikit dan PUSH doktor supaya cepat...

Petang, bila doktor datang. Doktor pun muka cuak sebab tengok saya dan Addin marah macam hantu. Masa tu baru dia bertindak untuk next step, tukar ubat Areej dan bagi result x-ray... Dah nyawa-nyawa ikan barulah doktor sahkan Areej Pneumonia, kat bahagian paru-paru kiri.. Kesan Pneumonia boleh menyebabkan oksigen kurang dalam darah dan banyak lagi kesan lain yang boleh membawa maut kalau lambat. Alhamdulillah setakat ni oksigen Areej masih tahap selamat... Pihak Fisioterapi dipanggil untuk berjumpa Areej, dia buat "tepuk percussion" fokus kat paru-paru kiri.. Bila ditepuk, bunyi macam berkilo-kilo lendir keluar dari paru-paru Areej melalui batuk dan hidung... Dan Areej kembali cergas selepas beberapa jam...


16 November 2015... Malam... Bila tengok Areej bertenaga, happynya tak dapat nak bayangkan... Areej duduk dan mintak keropok potato... (^_^) Happynya Allahhuakbar... Ni makanan pertama yang Areej jamah selepas 4 hari terbaring tak boleh menyusu dan tak boleh makan... Syukur sangat-sangat... 19 November 2015 barulah Areej betul-betul sihat, paru-paru dah tak de bunyi. Tapi Doktor bagi Amaran, Areej sangat fragile risau jangkitan tu datang balik... PALING merisaukan, 19/11 Areej keluar hospital, 25/11 saya dan suami berangkat pergi Umrah. Apa yang boleh dibuat, cuma doakan kesihatan Areej bila ditanah suci nanti, Areej dijaga oleh adik saya sepanjang kami pergi...


Bila dah terkena kat Areej, barulah terasa menyesal. Sebab tak bagi Vaksin Pneumococal kat Areej untuk mencegah penyakit pneumonia dan penyakit-penyakit seangkatan dengan nya. Pneumonia jangan dimain-main, sebab dah banyak kes pneumonia mencabut nyawa anak-anak... Semoga Apa yang saya konsi ni bermanfaat untuk peringatan kita bersama...


No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~