Wednesday, March 2, 2016

Sabah Day 2... "The Parent Trip"

Sambungan dari ENTRY --->>> Sabah Day 1 <<<

Hari ke-2 kat KK, mak paling awal bangun untuk siapkan bekal... BEKAL??? Ni lah cara mak saya, mak boleh hidup dengan bekal walau kat mana pun dia pergi... Sebab mak pentingkan berjimat cermat dan nak anak-anak dia kenyang sentiasa... Sebab tu kami ni gemuk-gemuk... hihi... kasih sayang mak tiada tandingannya... =)


Jadual aktiviti untuk hari ni adalah seperti kat bawah... Macam yang saya cakap... Kita hanya merancang, tapi Allah yang mengatur segalanya.. yang bertanda MERAH tu terpaksa dibatalkan disebabkan sedikit masalah.


Jam 7 pagi kami dah berangkat untuk ke Kundasang. Anggaran masa KK - Kundasang dalam 2jam 30 minit... Untuk perjalanan ke Kundansang, BANYAK AKTIVITI yang boleh dibuat. Seperti yang saya SENARAIKAN kat itinerary atas tu..

Perhentian pertama... Rumah Terbalik... Jarak dalam 34KM dari hotel... Singgah lerr kejab walaupun tempat tu macam dah biasa kan? Boleh jugak ambil gambar untuk kenang-kenangan kat Sabah... =) Sediakan bayaran masuk RM10 Seorang...OK...


Singgah dalam kejab kat rumah terbalik, teruskan perjalanan menuju ke Desa Dairy Farm 65 KM dari rumah terbalik. Perjalanan hampir 1jam 30minit sebab perjalanan kereta mendaki bukit tak boleh nak laju. Sepanjang jalan menuju ke Ladang, permandangan sangattttt cantik dan mengkagumkan... Udara sejuk segar dari kawasan gunung tu buatkan kita tak perlu lagi guna aircond. Tutup je aircond tu, guna udara segar dari gunung... =) Nampak tak puncak gunung tu? JELAS sepanjang perjalanan... Kami berada kat kawasan ni dalam jam 9.30 pagi, belum ada kabus lagi, boleh nampak puncak dengan jelas... Mula jam 11 pagi, kabus dan awan dah melitupi gunung... Kalau nak ambil gambar, jangan berhentikan kenderaan sesuka hati kat lereng bukit. Nanti ada satu kawasan yang diorang sediakan untuk kereta berhenti dan kawasan tu tepat berlatar belakangkan seluruh gunung ni... Cantik je point dia... =)


HAMPIR sampai ke simpang kundasang... lebih kurang 7km je lagi... KERETA KAMI ROSAK, Belting stereng putus tepat kat depan Kinabalu Park (KP)... Syukur Allah permudahkan... Kami bukan rosak ditengah jalan, tapi di kawasan yang selamat dan ramai pengunjung...


Kereta rosak letak pokok untuk tanda... hihi
Elok je dia parking kat tengah-tengah jalan... Hihi... KP bukan dalam Itinerary perjalanan, tapi memang dah tak boleh nak jalan lagi, sebab stereng terus jem dan tak boleh pusing... Memandangkan kami ni keluarga yang COOL... kereta rosak dengan jarak hampir 2jam dari hotel pun kami boleh relaks, call owner kereta dan buat jungle trekking sikit kat KP sementara menunggu kereta lain... Hehe... Chill Lahhh!!! kita nak seronok-seronok, buat apa stresskan otak... (^_^)

Jungle Trekking kat KP
KP ni rasanya starting point untuk panjat ke puncak Gunung Kinabalu. Sebab kami tengok ramai pendaki-pendaki bersedia dan berkumpul kat sini... Seronok jugak kat sini, nafas kami sampai berasap sebab cuaca memang sejuk. Nasib baik saya dah ready guna Baju Tebal Muslimah... (^_^) walaupun lapar, kami tak risau sebab mak saya dah buat bekal siap-siap incase ada kecemasan... DAN betul-betul terjadi kecemasan bila kereta rosak... Licin bekal yang mak sediakan sebab lapar dan sejuk... =)

Hampir 2jam di KP, selesai jungle trekking dan makan-makan, kami dijemput oleh teksi untuk meneruskan perjalanan ke Ladang... Kami di cas RM200 untuk naik ke ladang dan balik semula ke hotel... Syukur...sebab dapat meneruskan perjalanan yang tertunda... RM200 tu tak risau, sebab bila balik nanti owner kereta sewa akan bayar balik gantu rugi... (^_^) dan DISEBABKAN kerosakkan keretalah, kami membatalkan perjalanan yang bertanda MERAH dalam itinerary tu... Faham ye.. =)


Akhirnya... berkat sabar... Kami sampai jugak kat Desa Dairy Farm, Kundasang.... Excited saya tak payah cakap... Saya excited sebab tengok Areej gembira sangat dengan sapi-sapi kat situ... New Zealand versi Malaysia...


Dah sampai kat ladang, jangan lepaskan kesempatan untuk minum susu segar dan makan ice cream dari susu segar dari ladang... Sedap... =)
Sapi memang dah biasa kita tengok, tapi yang luar biasa adalah melihat kegembiraan yang terpancar di wajah anak bila kita bawa mereka buat apa yang mereka suka... Ye...Areej... Areej sangat sukakan haiwan... Areej boleh bermain tak ingat dunia kalau dengan haiwan... =)

Selesai kat Ladang, kami patah balik ke hotel... Dalam perjalanan ke hotel, pemandu teksi singgahkan kami kat beberapa pasar di pekan-pekan sepanjang perjalanan. Dapat tengok jambatan tamparuli yang selalu kita dengar dalam lagu... Ada sejarahnya jambatan ni... Pasal selipar terjatuh... hihi... Nahh...KLIK sana kalau nak dengar macam mana lagu >>>JAMBATAN TAMPARULI<<<


Apa yang berlaku hari ni memang dugaan... Apa yang penting positifkan diri kita supaya tenang menghadapi dugaan... Chill dan Relaks... =) InsyaAllah peristiwa hari ni mengajar kami erti sabar, saling membantu sesama keluarga dan menghargai masa bersama... Alhamdulillah...

Sampai kat hotel, kami hubungi owner kereta sewa, dan mereka berikan kami kenderaan baru. SAGA FLX seperti yang kami tempah pada awalnya... =) Hari ni penat, tapi seronokkkkk... (^_^)


No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~