Monday, April 4, 2016

Kopi VS. Fat Burner



HYDROXYCUT... Kaki gym memang kenal apa ni... Benda ni memang ada kat rumah, sebab last year memang kaki Gym... Jadi bila dah desperately nak kurus, ternampak stok lama yang masih belum expired, dan PLAN nak makan supaya cepat kurus macam dulu-dulu..

TAPI... Bila dah berkeluarga, sebelum saya makan apa-apa supplement memang akan fikir banyak kali dan kaji dulu... SEBAB???


****
TAKUT MANDUL!!!
TAKUT CEPAT MATI!!!
****

Bila dah ada keluarga baru sedar benda-benda macam tu. Kalau zaman masih bujang, saya telan semua jenis slimming product asalkan boleh cantik... Sekarang NO NO NO NO NO.... Selidik dulu negatifnya... Huhu~~~

Jadi...Saya google pasal HYDROXYCUT ni dan apa-apa brand FAT BURNER... JADI??? Hasilnya... KOPI is the best solution... Natural dan selamat... =) 


FAHAMKAN apa FAT BURNER dan kaitannya dengan KOPI....

Apa tu Fat Burner?
Kebanyakkan Pembakar Lemak @ Fat Burner seperti Lipo6, Hydroxycut, API Polythermex, Jusmate 5 dan lain-lain adalah jenis ThermogenikApa tu? Thermogenik adalah proses peningkatan metabolism badan. KEBANYAKAN suplement fat burner menggunakan kandungan seperti Caffeine, Guarana, MaHuang, Ginseng, Tongkat Ali, Chromium Picolinate, Kola dan lain-lain untuk mengingkatkan metabolism.


Fat Burner @ Pembakar lemak tu umpama minum KOPI PEKAT yang meningkatkan denyutan jantung tapi kandungan “Kopi” dalam Fat Burner jauh lebih tinggi.
Fat Burner bukanlah membakar lemak, tapi mengingkatkan pembakaran kalori seharian anda (tingkatkan metabolism). Sebagai contoh theori:
  • Tanpa Fat Burner: Penggunaan kalori badan anda 2,000kcal sehari.
  • Dengan Fat Burner: Penggunaan kalori badan anda mungkin 2,100kcal sehari.
  • Teori: Jadi dengan defisit kalori yang lebih tinggi, maka (secara teori), anda boleh kurangkan berat badan dengan lebih cepat dengan penggunaan Fat Burner.

Sesuai tak untuk semua?

Macam minum kopi juga. Mengambil thermogenik fat burner tidak sesuai dan tidak selesa digunakan untuk semua. Kalau anda tidak tahan minum kopi, maka kebarangkalian besar anda juga tidak selesa dengan kandungan seperti mahuang, guarana, caffeine dan lain-lain.

Apakah kesan sampingan Fat Burner tu?

Kesan sampingan Fat Burner sebenarnya adalah tanda bahawa produk itu berkesan. Kenapa pulak? Sebab untuk membakar kalori berlebihan tu memanglah denyutan jantung itu akan naik. Dan peningkatan denyutan jantung itu memang disampingi dengan side effects seperti berikut:
  1. Resah
  2. Anxiety
  3. Nervousness
  4. Insomnia
  5. Cepat Marah
  6. Stress
  7. Tidak Tenang
Kalau anda tidak merasainya, maka kandungan Fat Burner itu tidak berkesan untuk anda. Dan kalau anda biasa minum kopi, mungkin kandungan Fat Burner tu pun tidak memberikan kesan yang ketara kepada anda.

Jadi selamat tak Fat Burner?

Baiklah, sekarang sudah memahami kaedah penggunaan Fat Burner (yang bukanlah membakar lemak tapi meningkatkan metabolism badan).
  • Jangan gunakan: Elak penggunaan Fat Burner sekiranya anda tidak pandai menjaga diet keseluruhan, tidak bersenam, mempunyai hipertension, masalah jantung atau penyakit kardiovaskular yang lain.
  • Boleh cuba: Sekiranya anda sudah pandai mengawal diet, aktif bersenam dan tidak mempunyai apa-apa masalah jantung atau penyakit kardiovaskular.
UNTUK INFO... HYDROXYCUT dah di banned penggunaan dan penjualannya... JADI... untuk keselamatan... MINUM KOPI PEKAT OK!!! =)

INFO banned produk ni boleh baca kat sini 
>>>>KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA<<<

Selamat berdiet secara sihat... =)

1 comment:

Tengku Sofia said...

Nasib baik sis check dulu. Jangan telan sembarangan ubat ubatan atau supplemen tau. Kena berjaga-jaga.

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~