Wednesday, August 17, 2016

Pokemon Go gone wild??


Assalamualaikum... dan hai Pokemon Go player... =) Sejak bermulanya permainan Pokemon Go ni, macam-macam hal kita dah dengar kat berita dan internet... Kebanyakan nya dan boleh dikatakan 80-90% adalah negatif... Sampai nak diharamkan dan keluar fatwa pengharaman pulak... Sudahhh...

Saya ni bukan Ahli Sunnah dan bukan jugak Pro Pokemon.. Tapi saya ni lebih melihat kepada positif dari negatif... Yela, kalau nak hidup gembira, otak kena lebih positif, jantung pun lebih sihat... =)
Kalau sudut NEGATIF, tak perlu rasanya saya nak tulis, banyak dah korang baca rasanya kat Facebook, Berita, Blog dan Website... Satu CONTOH negatif, PokeStop diletakkan dikawasan Masjid, Surau, Gereja, Tokong dan Kuil... Kenapa jadi isu?? bukan mesti masuk atau mengganggu didalam tempat tersebut, cukup hanya lalu kat tepi jalan tu je... Masalahnya adalah mentaliti orang kita yang suka mengkaitkan isu sensitiviti kaum... Cuba fikir sudut positif, mana tau tengah diorang lalu untuk token Pokestop, tetiba Azan... InsyaAllah terbuka hati diorang nak singgah solat dulu... =)
TAPI, untuk isu keselamatan negara tu, saya tak nak komen lah... Hihihi~~~

POSITIFnya pulak, saya suka sebab ada perubahan ketara di bandar... =) Saya tak sentuh bandar dan negeri lain, sebab saya tak duduk kat sana. Saya menulis tentang Negeri dan Bandar saya sendiri je... KUCHING... Tapi kalau perubahan yang sama berlaku kat tempat korang, maksudnya baik la kan? =)

KUCHING... Boleh di katakan bandar mati sebelum ni... Kalau takde event di kawasan Waterfront atau Padang Merdeka, bandar kuching tersangatlah sunyi sepi... Ada penduduk, tapi mungkin duduk berperap di rumah atau entah dimana... (Mungkinlah kot) 



TAPI...Sejak dikenalkan dengan permainan baru ni, bandar betukar jadi meriah sangat-sangat kalau dihujung minggu... Kawasan yang asalnya sunyi sepi, jadi penuh dengan manusia sampai jalan raya pun sesak... Bukan stress jadinya, tapi seronok sebab suasana hidup semula.. ^_^
Yang remaja memanglah, kepala dok fokus pandang skrin handphone, tapi anak-anak yang datang bersama ibu bapa pun tumpang gembira sekali... Sampai jam 11 malam, pengunjung masih ramai sebab leka menangkap Pokemon. Areej pun seronok bermain belon buih sampai dah tak ingat penat dan tak peduli mata mengantuk...


Selain Waterfront, banyak lagi spot-spot lain yang tidak kurang meriahnya seperti Taman Sahabat... Harap-harap suasana begini akan kekal lama... Bila jalan-jalan kat tempat macam ni dengan anak-anak dan keluarga, teringat balik sewaktu saya kecik-kecik. Sebab Arwah Bapa dan Mak memang suka bawa kami adik beradik habiskan masa berhujung minggu kat taman-taman awam macam ni... Ni je cara untuk eratkan hubungan dan sebahagian daripada aktiviti bersama keluarga... =)


Assalamualaikum... Take Care People... =)


No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~