Thursday, August 25, 2016

Roti TISU fav Areej

Assalamualaikum... For the first time saya makan roti tisu... Macam pelik kan? yerr memang 1st time. Sebab nama pun roti tisu, bunyi nya macam tak sedap langsung. Tapi bila bawa Areej pergi makan, mesti order makanan yang Fun, Menarik dan Sedap... Nak atau tak, kita try menu yang nampak pelik bunyi nya... ROTI TISU...


Areej ni, dia tak memilih makan... Tapi benda tu mesti sedap dan bukan sayur... Mesti sedap tu maksudnya SEDAP dan MENARIK... Pening jugak nak pilih menu Areej, sebab kena fikir dulu, kalau order sesuka hati dan tak menarik mata, dia tak nak makan... huahuahua... Saja je budak ni kan??? Nak main je lebih sebenarnya... =D
(Pening bila kedai tu tak jual MI KOLOK, fav Areej mi kolok je... ^_^ )

Roti canai biasa, Areej tak makan.. Tapi Roti tisu Areej suka dan makan sampai habis... Sebab kenapa? Lepas ni bagitau... Nak explain dulu......
Ni first time saya rasa roti tisu, tak pasti pulak memang macam ni ke tekstur dan rasa dia kat semua kedai?? Tekstur yang Areej makan tu, roti dia nipis macam tisu, rangup macam keropok, ada sapuan butter dan gula tabur... Sedapppppp.... rasa macam roti tiger gula pun ada... Hihi... Memang macam tu ke rasanya?

Roti tisu yang Areej makan tu waktu di Cameron... Kat semenanjung memang banyak roti tisu... TAPI kat kuching tak banyak kedai yang jual... Yeke tak banyak?? atau saya yang tak perasan dan tak pernah cari?? Tapi betul, rasanya memang jarang tengok menu roti tisu kat kedai.. Rasa pun entah sama ke tak... nanti saya nak try makan Roti Tisu Kuching pulak, Harap-harap sedap...

Take Care People.. =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~