Wednesday, August 24, 2016

Suamiku 29 tahun di Cameron

Assalamualaikum... 20 Ogos 2016, genab 29 tahun dah umur suami tersayang... Eldrine Addin Bin Ajus... =) Umur je 29, tapi perangai & muka masih macam budak-budak lagi... hihi.. =)


Cameron Highland, untuk kali yang ke-2... Pergi 2014 tanpa Areej, kali ni pergi bersama Areej dan adik-adik saya... Alhamdulillah... Walaupun dekat-dekat je, tapi seronok, yang penting masa berkualiti bersama keluarga... Kalau dulu datang dengan Bas, kali ni datang dengan kereta sendiri pulak... Lagi seronok dan bebas bergerak... =) 

CERITA CAMERON 2014 boleh klik kat sini >>> Cameron Highland 2014

Nama pun dah kali ke2, jadi dah agak familiar dan dah pernah pergi hampir semua tempat. Bezanya dulu tinggal kat Hotel De'La Fern (Tanah Rata), tapi kali ni tinggal kat Country Lodge Resort (Brinchang) pulak. Takde lah jauh pun jarak 2 pekan tu, dalam 5km je jaraknya. Tapi kedua-dua lokasi tu ada kaitan sebab ada keistimewaan tertentu... =)
  • Kawasan Brinchang lebih tinggi dan dekat dengan banyak pasar malam dan lebih meriah dari Tanah Rata. 
  • Tanah Rata pulak sesuai untuk jalan-jalan dan makan-makan, sebab Tanah Rata ada lebih bayak kedai makan dan Tourist Kaunter untuk apa-apa maklumat kalau nak buat aktiviti atau lawatan sekitar Cameron.

Jadi, Kesimpulannya, pergilah kat kedua-dua pekan tersebut dan lebih mudah bergerak kalau datang dengan transport sendiri... =)

LAVENDER FARM
BIG TREE STRAWBERRY FARM
Tujuan pergi cuma ada 2... Nak ke Big Tree Strawberry Farm dan Lavender Farm... Dua lokasi tu seperti gambar kat atas... Kat Cameron ada berpuluh ladang Strawberry, Tapi Big Tree Strawberry Farm ni memang recomended... Bukan setakat jalan-jalan je kat dalam, tapi cafe dia ada pelbagai menu berasaskan Strawberry... SEDAPPPPPP...saya dah cuba semua... Hihihi~~~

  • Pancake Strawberry & Ice cream
  • Waffle Strawberry & Ice Cream
  • Strawberry Sundae
  • Strawberry float
  • Stawberry Cheese Cake
  • Strawberry salad DAN macam macam lagi...

Lokasi nak makan, takde nak recommend sangat sebab semuanya sama je. nak makan ikut citarasa sendiri sama ada nak makan pasar malam, kedai mamak, western atau gerai melayu... Semua nya ada (Tanah Rata lebih banyak pilihan gerai)... =)
Moment, segala moment bersama keluarga tu adalah yang paling seronok... Tak de perkara lain yang menyeronokkan selain habiskan masa bersama keluarga... Semoga Hari Lahir tahun ni memberi memori baru buat Addin...

Cantik secantik bunga diladang lavender... =)
Lepas ni nak kemana pulak ye... Dalam otak cuma fikir 1 je... Saya nak ke Kota Kinabalu lagi sekali, sebab ke KK bulan Febuari lepas tak puas jalan-jalan... Semoga dimurahkan rezeki dan panjang umur untuk holiday penghujung 2016... Amin... =)


Ni gambar saya dan adik-adik, Ezi dan Mulia pun ikut sama ke Cameron... Lagi ramai lagi meriah dan seronok... Gambar ni cantik sebab penuh dengan filter camera,... OPpppssss... hihihihi~~~~ =P

Take Care People... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~