Thursday, September 1, 2016

Buatmu anak...



Assalamualaikum... Buat Areej... Mungkin sekarang Areej tak baca lagi, Areej masih kecik, baru 2 tahun 10 bulan. Tak reti lagi nak membaca apatah lagi nak faham... Hari ni, Areej demam dan muntah. Kesian ibu tengok Areej terbaring lemah tak bermaya.

Tadi, ibu jalan-jalan ke pasar untuk membeli bahan buat kek, ibu ternampak telur besar ni kat kedai mainan, terus teringat kat Areej. Kalau Areej sihat, mesti Areej pandang dan tunjuk, tapi Areej tak mintak beli. Sebab Areej tahu ibu tak akan beli apa yang Areej mintak. Bukan ibu tak nak beli, tapi ibu tak nak Areej jadi biasa terminta-minta... Biar Areej rasa susah nak dapat, nanti Areej boleh usaha beli sendiri..

Sekarang pun Areej dah mula faham, kalau ibu bagi RM1, Areej akan simpan sebab Areej tahu semua benda kena bayar guna duit. Sampai ke kaunter kedai, Areej akan bayar dengan duit RM1 tu, padahal tak cukup pun... Tak apa, nanti ibu tambah....yang penting Areej tahu semua benda yang Areej nak tu ada nilai perlu dibayar dan bukan terminta-minta...

Hari ni Areej sakit, Areej tak ikut ibu jalan-jalan... Ibu nampak telur ni, ibu beli untuk hadiahkan kat Areej.. Mesti Areej gembirakan?? Sebab ibu tahu Areej suka sangat dengan "Surprise Egg".

Semoga cepat sembuh sayang... Ibu sayang Areej..

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~