Wednesday, September 28, 2016

Grooming... Mandikan dan Bersihkan HedgeHog


Seperti haiwan peliharaan lain... HedgeHog (HH) pun perlu dibersihkan dan dimanjakan... =) Cuma bila jenis macam ni, kita tak pasti macam mana cara nak buat walaupun sebenarnya lebih kurang je..
HH jenis haiwan yang KURANG pandai merapi diri, jadi kita perlu bantu HH untuk dibersihkan merapi diri. Hati-hati ketika mandikan HH, sebab mandian yang berlebihan boleh menambah lagi masalah kulit kering HH... Masalah kulit kering yang teruk boleh mengakibatkan duri kecil HH luruh dan botak.



BILA NAK MANDIKAN HH?

1. Badan HH bau busuk

2. Kulit kering dan mula mengelupas yang jelas nampak di sekitar kaki HH
     **Seperti ular bersalin kulit


3. Kuku HH kotor, terdapat gumpalan hitam kat kuku dan tapak kaki.
**Jika kuku nampak terlalu panjang, potong dan trim mengunakan pemotong kuku kecil dengan berhati-hati. Kuku yang panjang dan bergolong kedalam akan menyimpan kotoran dan boleh mengakibatkan jangkitan pada kuku serta kaki HH.
**Proses memotong kuku paling senang dilakukan selepas mandi kerana kuku lembut selepas terkena air. Letak HH dalam apa keadaan yang paling tenang dan pegang hujung kakinya untuk memotong kuku. JANGAN potong sehingga HABIS, perhatikan isi pada hujung kuku HH, cukup trim hujung kuku sahaja.


MANDIAN HH?

Seperti haiwan peliharaan lain, mandikan HH dengan air suam untuk mengelakkan deman atau selsema. Memandangkan kulit HH sensitif dengan masalah kekeringan, jadi kita perlu gunakan jenis mandian yang lembut untuk kulit dan harus dibilas bersih. Jenis yang paling selamat dan mudah didapati adalah semua jenis mandian bayi.
Selain menggunakan mandian bayi, jika HH alamai masalah kulit kering yang teruk, gunakan mandian OAT tanpa sabun untuk melembutkan dan merawat kulit HH.
**Masukkan segenggam Oat kat dalam kain dan rendam dalam air sehingga air bertukar keruh keputihan.

HH suka berenang ketika mandi, jadi boleh sediakan air SUAM cetek di dalam besen atau sumbat lubang sinki supaya senang nak buang air tu selepas mandikan HH.
Biarkan HH berenang-renang seketika dan tenangkan diri, sambil gosok kaki HH perlahan-lahan untuk buang segala kulit mati kering kat sekitar kaki HH.
Bilas sampai bersih dan pastikan tak ada sisa sabun yang melekat pada HH, lap sampai kering... =)

SELEPAS mandi dan wangi tu, bersihkan lah kandang HH suapaya badan yang dah bersih tu tak terkena lagi kotoran di kandang... (^_^)

Haapy Pet Day People... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~