Friday, September 9, 2016

Info Basic HedgeHog (Ariana)

HedgeHog (HH)... Haiwan berduri halus dan comel... Hati-hati walaupun comel, duri tu tetap agak menyakitkan kalau tercucuk, lebih kurang macam duri kaktus... HH ada 1 ekor kecil yang tak kelihatan sebab ada kat celah-celah duri, belek-belek duri tu kalau nak cari ekor comel HH... 😉

JANGKA HAYAT HH lebih kurang 4-6 tahun bergantung kepada cara penjagaan. Belajar cara penjagaan yang betul untuk jangka hayat yang lama dan kalau beranak pinak boleh dijual sebab harga pasaran HH ni tinggi dan boleh mencecah RM250-300 seekor. 😉


SAIZ HH jangan disangka kecik ye, banyak yang beranggapan saiz HH sama seperti hamster, comel dan kecik, SILAP... HH boleh membesar sama seperti saiz Guinea Pig atau  tapak tangan dewasa. Berat 1kg untuk yang obesiti, dan 500-600g untuk yang sihat dan besar. Makin besar, makin tajam la duri tu, hati-hati ye... 😉

HH BERKOMUNIKASI melalui bunyi. Fahami bunyi yang HH keluarkan untuk fahami mood dan kehendak HH. Contoh : - Berdengung atau Wisel : Tanda kepuasan 😉, - Berdengus atau bersin : Tanda kurang, senang 😞, - Berdecit atau bersuit : Tanda takut 😭
HH peramah dan bersifat ingin tahu sangat tinggi, HH suka menghidu dan menjilat untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan pemilik nya... Lakukan interaksi hampir setiap hari atau bila terluang untuk mewujudkan bonding, supaya HH lebih mudah jinak dan selesa pada tuannya.

HH bukan Hamster, kalau hamster tak pandai tidur malam dan hyper di malam hari, tapi HH jenis tidur malam. tu pun kalau dia penat disiang hari dan cukup bermain, kalau siang dia sibuk tidur, malam HH berjaga dan bermain laa. Sama la macam manusia jugak... Hihi...

HH bukan Hamster, makanan hamster BUKAN untuk HH,... HH Omnivor (pemakan serangga, insectivores)... 
Makanan HH kombinasi daging (Lebih) dan sayur (Sikit)... Protein (~30%), Lemak (<10%), Fiber (~5%)
Cukupkan protein supaya HH sihat, kurangkan lemak dan jangan sesekali bagi SUSU dan ROTI, sebab HH alahan susu (lactose intolerant) dan boleh menyebabkan Diarrhea ... Kesian kalau HH sakit, jaga betul-betul ye..


HH NAK MAKAN APA?

1. MAKANAN HARIAN kucing atau anjing, perisa ayam atau daging terbaik (Jenama : Royal Canin, Burns, Hills, iams, premium diet). JANGAN bagi perisa ikan.
Rasional bagi jenama premium sebab khasiatnya jauh lebih baik, biasanya jenama murah mengandungi lebih bijirin dan kurang berkhasiat untuk HH yang perlukan protein yang tinggi dalam diet harian.

2. Sisa makanan harian, ayam atau daging. DICUCI, tiada bahan perisa melekat untuk mengelakkan masalah pada perut HH. DAN mesti dicincang sampai halus kerana HH mempunyai gigi yang kecil dan tak mampu mengunyah kepingan besar.

3. Tidak semua buah-buahan dan sayur selamat untuk HH. Sayur perlu direbus lembut terlebih dahulu sebelum diberikan kepada HH. Buah lebih mudah kerana teksturnya lembut daripada sayur. KENAPA? Kerana perut HH lambat menghadam fiber, untuk mengelakkan masalah dan penyakit kepada HH, berikan makanan lembut dan elakkan kekacang.

 MAKANAN HUJUNG MINGGU



TEMPAT TINGGAL HH ??

HH jenis suka bersembunyi, tak kira kandang besi, kayu, plastik atau apa saja, sediakan rumah untuk HH berehat, menyorok dan tidur. Kandang HH boleh disediakan sama seperti kandang hamster... Haaa, satu tu je yang sama cara diorang ni... Cuma bezanya kandang HH mesti lebih besar dan roda berlari HH pun agak besar sebab HH boleh membesar sebesar tapak tangan. Tak muat kalau sediakan roda kecik...  ☺

Selamat memelihara Hedge Hog kawan-kawan... =)

2 comments:

hafizul zulhafiz said...

Kalau bg mealworm tiap2 hari boleh ke

Nurhayati Morshidi said...

@hafizul... boleh tp x digalakkan... sbb mealworm blh buat dia gemuk & jadi cepat sakit...

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~