Wednesday, November 2, 2016

Selera makan anak dari 0 > 10 kali ganda!!!

Assalamualaikum... Hari ni nak share pasal selera makan Areej yang naik 10 kali ganda dari biasa... Luar biasa, sebab sebelum ni Areej susah gila nak makan... Kalau nampak dia nak makan nasik seminggu sekali pun dah cukup bagussss sangat... Areej ni jenis kuat menyusu je, jadi kalau tak makan pun tak apa kata orang... Tapi saya tetap risau Areej tak dapat zat yang cukup dari susu..

Sebelum ni dah try supplement macam-macam jenis dan ubat cacing, tapi macam tu jugak takda perubahan dengan selera Areej...

Nak dijadikan cerita, minggu lepas Areej kena ruam teruk. Bermula dari bahagian pampers, lepas 2 hari melarat ke seluruh badan. Areej ni jenis eczema yang teruk dan kulit memang agak sensitif. Dari masalah kulit tu melarat infection sampai jadi cirit birit... Masalah Areej memang dah faham sangat sebab dah terbiasa. Cuma ada 2 ubat yang WAJIB ada dalam simpanan harian... HEXBIO dan PHYSIOGEL untuk ruam Areej... Masa tu, dua-dua sekali dah habis stok, terpaksa pecut ke farmasi dan beli dua benda tu.
Sampai kat farmasi, terfikir pulak nak tanya pasal ubat selera makan. Saya bagi tau kat farmasi, nak multivitamin paling bagus untuk tambah selera makan budak 3 tahun. Diorang suggest Bio+ Junior Multivitamin, RM40 untuk 60 biji... Mahal jugak, tapi tawakal je harap-harap ada perubahan dengan selera Areej.


Masuk je kereta saya terus bagi 4 biji ikut apa yang tulis kat botol... Hari pertama belum nampak perubahan. Keesokan hari dan hari-hari seterusnya baru nampak... Sekali areej nak menyusu sampai 2 botol (10oz+10oz), selang masa lepas tu dia makan nasi, makan mee, makan buah, mintak itu, mintak ini.. Selera dia memang membuak-buak, tapi saya pantau sebab risau kalau terlalu kenyang nanti Areej muntah... Bagi selang masa untuk perut berehat barulah bagi lagi makanan lain kalau dia mintak. Alhamdulillah, seronok bila tengok Areej jadi kuat makan, sebab sebelum ni saya risau Areej nampak kurus dari budak-budak lain. Cuma 2 hari saya bagi Areej makan 4 biji... Sekarang dia makan 1-2 biji je, nanti perlahan-lahan boleh hentikan vitamin tu kalau dia sendiri dah nak makan... =) Sekarang ni tujuan saya bagi untuk bukak selera makan dia je, bukan untuk bergantung sepenuhnya pada vitamin tu.


Lupa pulak nak bagitau... Hexbio ni memang bagus dan wajib ada dalam simpanan peti sejuk. Untuk merawat masalah perut kanak-kanak atau kita sendiri sebelum melarat jadi teruk. Saya tahu ni pun waktu Areej Admit jangkitan Rota Virus, sepanjang dihospital memang doktor bagi Hexbio untuk hentikan muntah dan cirit-birit Areej... Alhamdulillah sampai sekarang saya pastikan stok ni tak putus... Bukannya apa, nama pun budak-budak, kita tak tahu apa yang dia sentuh dan masukkan dalam mulut, kita tak dapat nak pantau dia 24jam mcm CCTV. Lagipun hexbio senang nak bagi, campur je dlm susu atau air minuman dia, cepat je perut tu sembuh... =)
InsyaAllah, kita sebagai ibu Ayah ni usaha yang terbaik je untuk anak-anak. Semoga mereka membesar dengan sihat sempurna... InsyaAllah...


No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~