Monday, November 14, 2016

Wisdom Teeth Nightmare

Assalamualaikum... Ni LATE entry, sebab baru ada masa nak update... 😄 Bedah dan saya macam dah serasi je kan... Sikit-sikit sakit dah kena potong... Kalau nk kira ni dah kali ke tiga...

1. Beranak, 21.10.2013
2. Cholecystitis, 13.12.2013
3. Wisdom tooth, 26.10.2016

Sampai saya sendiri dah naik fobia bila dengar hal potong-potong... Sakit owwww... Bukan nya sedap...
Ni pasal gigi seketul pun dah kena potong lagi... Nasib kecik je...tp stress jugak nak jaga sakit gusi dan muka lebam seminggu... Ni gambar sebelum dan selepas cabut gigi... yang selepas tu, muka dah mula senget sebab ubat bius... hihi...


Wisdom teeth (Gigi Bongsu) ni kira gigi terakhir yang tumbuh sepanjang hayat kita... Tapi tak semua orang ada gigi tu. hanya insan terpilih je dapat... Hehehehhe....
Dia akan tumbuh kat hujung skali rahang/gusi... Kalau jenis yang ada rahang panjang, tak ada masalah. Tapi kalau rahang pendek atau gigi geraham lain dah cukup besar memenuhi ruang dan sempit untuk gigi bongsu membesar, ni yang akan mendatangkan masalah bila gigi bongsu tak boleh nak keluar dengan sempurna (Impacted tooth).

Gigi korang yang mana satu?
Jarang nak dengar gigi bongsu ni membawa kebaikan. Biasanya memang akan bermasalah sebab gigi tu akan tumbuh menyenget, gigi tak keluar sepenuhnya, dan gusi separuh yang menutup gigi tak keluar tu akan menjadi tempat pembiakan bakteria. Akhirnya jadilah makanan tersangkut, gigi membusuk, mulut berbau dan SAKIT GIGI!!! Arhhhgggg...


Penyelesaian cuma satu je... CABUT dan buang... Kalau dia tumbuh normal, mudah je nak cabut... TAPI kalau yang tumbuh melintang, huihhhh... Segala pisau masuk dalam mulut untuk belah gusi tu sampai ke belakang sebab nak keluarkan... Masa doktor belah segala dalam mulut tu memang la tak sakit... yang sakitnya SELEPAS... Sampai seminggu saya kembang sebelah muka, sampai nak keluar rumah pun payah sebab pelik muka kembang dan tak boleh nak guna tudung pun. Gusi belah cabut tu kalau terkena impact sisi tudung sedap woiii... rasa macam makan penampar... 😄
TAPI, tak semua orang akan mengalami kembang, kawan saya cabut tak kembang pun. Saya ni je yang kembang sampai seminggu... 😒 Doktor kata takde infection, sihat je dan makan painkiller on time.. 😄


Baruuu nak reda kembang seminggu, kena datang balik hospital sebab nak buka jahitan lepas cabut tu... Dari sakit dah hilang, terus sakit balik bila doktor cabut benang dari isi...😒 Sebenarnya, sakit atau tidak tu semua bergantung dengan isi sendiri... Sama ada isi kita cepat baik ke tak... Saya ni jenis isi lambat sembuh, jadi sakit dan proses sembuh tu memang makan masa sikit...

Lepas belah dan buang gigi tu, kena jaga betul-betul, jangan sampai membusuk dan bernanah. Saya tak boleh nak kumur dengan air ubat yang hospital bagi sebab terlalu pedas dan pahit... Saya buat air garam PEKAT dengan air panas je untuk kumur dan kemam kat belah gigi tu, nisbah (1garam:1air)... Air garam membantu jugak untuk cepatkan proses kecut dan kering... Setiap kali lepas makan dan minum saya akan kumur.. Jadi saya buatkan sebotol mineral kecik GARAM PEKAT untuk kumur bila-bila masa. Tak perlulah nak bancuh tiap kali... 😄

Sekarang Alhamdulillah dah masuk 4 minggu... Nampak macam dah baik sepenuhnya, cuma saya masih tak makan guna gigi belah dicabut, sebab masih terasa lagi gusi tu lembik. Risau pulak nanti sakit balik... Tunggu 1-2 bulan dulu nak bagi gusi kat dalam betul-betul sembuh, baru guna untuk makan. Memang betul kat luar kita tengok dah sembuh, tapi bahagian dalam yang kita tak nampak kan, baik kita jaga... 😄

Take Care people... =)
**Gambar google ye, tak nak la bagi gambar gigi saya. kantoi pulak nanti nampak buruk... 😝😝😝

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~