Monday, December 19, 2016

Areej Progress... (Swimming)

Assalamualaikum... Lama bebenooo tak update blog... Entah apa yang di sibukkan sangat... weekend lepas pergi berkelah dengan Areej... Macam biasa memang tu je keja kalau free sebab sungai dan pantai tak berapa jauh dari rumah... 😃

Cuma kali ni Areej dah ada perkembangan... Dah boleh baling-baling je kat air, sebab dia pandai berenang dan kawal nafas dia bila air penuh dimuka (Guna SAFETY JAKET)... Dah tak risau nak tinggalkan kalau dia mandi kat tempat dalam atau cetek, cuma monitor dari jauh je... Masa mula-mula baru sedar kaki tergantung kat dalam air, gelabah jugak muka Areej... Tapi dibiarkan sebab ada jaket... Lepas tu slow2 ajar dia kepakkan kaki dan tangan untuk bergerak dalam air... Alhamdulillah pandai... Seronok pulak dia bila rasa diri tu dah pandai berenang... Saya memang tak boleh nak kejar Areej kat sungai, sebab saya TAK PANDAI berenang. Nanti dengan saya sekali tenggelam bila Areej dah berenang kat tempat dalam... 😌😌



Gembira bila tengok perkembangan anak membesar... Step by step kemahiran dia yang kita nampak... Umur Areej sekrang genab 3 tahun 2 bulan... bagi saya dah cukup baik untuk perkembangan budak umur 3tahun++... Sbb ada kanak-kanak sebaya Areej masih lagi takut air sebab kurang pendedahan dengan sungai dan pantai... Semua ibu bapa ada cara masing-masing buat pendedahan kat anak, cuma kami ni suka bawa Areej tengok alam, kolam ikan dan bersantai... Nak ke shopping mall tu jarang kot... Duitt tu duitttt... Kalau aktiviti macam ni agak bajet, tapi tetap seronok... 😄😄

Tu je update tentang Areej... Take Care People... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~