Monday, December 19, 2016

REVIEW AZAM 2016 (Success!!!)

ASSALAMUALAIKUM..... Excited sebab tengah fikir pasal apa target 2017... Nak perbaiki kehidupan secara perlahan-lahan... Biar lambat, yang penting ada peningkatan dari semasa ke semasa... BUKAN MENDATAR dari awal sampai akhir tak ada perubahan... HIDUP JANGAN SEPERTI LALANG, IKUT JE KEMANA ANGIN TOLAK, tak ada pendirian dan tak ada hala tuju...
Alhamdulillah... Target 2016 berjalan dengan jayanya dan MELEPASI target azam... Syukur sangat-sangat... Terharu untuk diri sendiri sebab dapat capai apa yang diinginkan... Apa yang saya buat 2016 ni lebih kepada KELUARGA, sebab memang itu yg saya target dari awal... Target saya... "IT'S ALL ABOUT FAMILY".... So, family 1st and front line...

-------------------- REVIEW SEMULA AZAM 2016 -------------------
** BIRU azam bermula JANUARI 2016... 
** HIJAU pencapaian hingga DISEMBER 2016..

1. Holiday
- WAJIB pergi bercuti bersama keluarga walaupun dekat dan hanya dalam Malaysia sahaja... =)
FEBRUARI - Holiday ke Sabah bawa Mak dan Mertua (Parent Trip)
OGOS - Holiday Cameron Highland (Birthday Addin ke 29)
NOVEMBER - Holiday ke Sabah bawa Kakak

2. Saving Rm300++ Sebulan!!
- Untuk bulanan, walaupun dah takde wang jualan, duit dari gaji InsyaAllah nak simpan jugak. kalau tak pun, poket money yang suami bagi boleh disimpan... =)
- Plan awal nak STOP BAKING, tapi tak boleh sebab bila tak ada apa dibuat saya jadi bosan dan sakit-sakit badan dan menggemuk... Jadi BACK TO BUSINESS, tapi slow down dan tak buat teruk macam dulu. Memandangkan dah bisnes balik, saving pun memang banyak boleh disimpan untuk perancangan lain.

3. Nak jadi isteri yang baik dan taat kat suami... Nak kurangkan panas baran... Nak jadi ibu yang baik...
- Kalau dulu saya panas baran disebabkan faktor penat dengan baking... InsyaAllah lepas ni tanggungjawab saya 100% dengan komitmen kerja dan keluarga sahaja... Saya nak jadi isteri dan ibu yang baik... Saya nak jalankan tanggungjawab saya dengan rumah tangga...
- Saya dah baking semula selepas 3 bulan berehat, tempoh 3 bulan bercuti tu memberi saya peluang untuk berfikir dan RESET semula bisnes dari awal.. Bila kita terlalu serabut, berikan otak kita tempoh BERCUTI untuk berfikir semula strategi yang betul dan lebih teratur untuk kehidupan. Bila semua perkara dah dirancang dengan baik, saya boleh kawal emosi dan SAYA DAPAT KURANGKAN sifat marah... Alhamdulillah... =)

-Sebelum ni saya TAK PERNAH MASAK, lepas ni saya nak masak selalu untuk keluarga... Kalau dulu saya akan MUNTAH bila cuci berak Areej, InsyaAllah lepas ni tak lagi sebab saya nak buat semua... Ye muntah sebab JARANG cuci berak Areej, umur Areej dah 2 tahun lebih, boleh dikira baru berapa kali je saya buat... Syukur Allah bagi suami yang sangat penyabar...
- MASAK saya masih gagal... Sampai sekarang dalam 2016 tak sampai 10 kali saya memasak...
- BERAK Areej... Saya dah buat sendiri... Yeayyy!!! Areej pun dah semakin terurus, InsyaAllah 2017 masuk tadika (3 tahun 2 bulan)

4. Nak KURANGkan Areej masuk hospital.
- Sepanjang 2015, 4 kali Areej dimasukkan ke hospital... Salah satu faktor anak sakit adalah kurang kasih sayang dan kurang perhatian... Kesian Areej... Lepas ni, InsyaAllah Areej akan lebih terjaga... 

Januari 2015 - Hospital KPJ (Penyakit : >>Klik HFMD<<)
Mac 2015 - Hospital Umum Sarawak (Penyakit : >>Klik Lung Infection<<)
April 2015 - Hospital NORMAH (Penyakit : >>Klik Rota Virus<<)
November 2015 - Hospital NORMAH (Penyakit : >>Klik Pneumonia<<)

-2016... NO WARDED!!! Alhamdulillah... Nampak perubahan kesihatan anak bila cukup perhatian dari ibu bapa... Areej jarang sakit, cuma demam-demam biasa je... Syukur sangat-sangat... Sebab 2015 memang mimpi ngeri bila sampai 4 kali setahun masuk hospital dengan penyakit teruk... 😩😩

------------PENCAPAIAN DILUAR TARGET--------------

1. Membeli perabot rumah pada Hari Raya lepas (Bulan Jun)... Set sofa, Aircond ruang tamu dan TV flat screen... Seperti yang saya pernah bagitau, kami ni bukan dari keluarga kaya... Kerusi pun dah buruk, TV masih lagi guna TV kotak tu, Aircond apatah lagi dari kecik kami semua nak rasa... Sekarang saya ada rezeki lebih, saya ubah sikit-sikit rumah orang tua tempat saya tinggal sekarang... Alhamdulillah semua merasa selesa... 😊😊

2. Renovation rumah tak ada dalam perancangan... baru terfikir akhir tahun ni... Renovation tu untuk buat Master Room (Bilik kami) dan Bilik tidur Areej... Alhamdulillah baru hari ini bermula... Syukur... 😊 Semoga berjalan lancar dan tak ada masalah...


Alhamdulillah.... 2016 adalah suka duka kehidupan... semoga 2017 lebih banyak kegembiraan,,, AMin...

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~