Wednesday, December 28, 2016

Azam 2017 (Segalanya!!!!)

Assalamualaikum... Ni entry kedua tentang AZAM... Pasal azam memang saya serius buat sebab itulah target hidup saya yang saya nak capai dan impikan... Memandangkan >>> Azam 2016 <<< saya dah berjaya buat semua... 2017 ni merangkumi semua perkara... Keluarga dan keinginan saya... Semoga saya dapat capai apa yang saya nak... InsyaAllah...

2017 adalah untuk SEGALANYA dalam kehidupan... Tak ada specifik... 

1. NO HOLIDAY... Tak tau kenapa, tapi macam ada target lain yang akan memerlukan duit yang banyak... Jadi 2017 kena menyimpan... Travel pun ke KL je untuk kenduri adik Disember 2017 nanti atau jenguk mak yang tinggal kat KL... Holiday memang TAK ADA dalam list... 

2. Nak SET TUPPERWARE corak frozen untuk hari raya 2017, kami adik beradik plan nak hidang Kek Raya dan Biskut guna set tupperware ni... Seronoknyaaaa!!!!


3. Saya nak MEMASAK... Payahnya nak laksanakan azam satu ni... Dari tahun ke tahun tak jugak terlaksana... hehe...

4. Nak KEHIDUPAN LEBIH TERATUR dari segala aspek... Banyak perkara yang terkait bila sebut "kehidupan", lagipun 2017 Areej dah mula sekolah, tadika Little Caliph (3tahun 2 bulan)... Kalau nak disiplinkan anak, ibu bapa kena atur dulu...

5. Nak jadi ISTERI YANG BAIK... Low voice please!!! Sbb saya ada masalah HIGH PITCH... Saya ni jenis nada yang agak tinggi bila bercakap... Bukan biadap, tapi memang sefamily suara besar... Kena ubah sebab suami pernah tegur saya "agak kasar"... =P

6. Saya nak MENGANDUNG... Kesian Areej takde teman bermain dan sunyi... Semoga Allah perkenankan hajat saya yang besar ni...

7. Atleast nak 1 handbag COACH atau MK, 1 kasut SKECHERS, 1 cincin EMAS

8. Nak KURUS lebih kurang 70kg (Kalau tak mengandung), Kalau mengandung buat lepas bersalin.


9. Nak FITBIT BLAZE, sekarang baru nak mula cuma ada Fitbit One.

10. Nak classic PREMIUM BEAUTY Corset. Dari 2016 lagi rasa nk beli, tapi harga agak mahal, tangguh dulu. 2017 ni mesti beli


11. Ada lagiiii... Saya tengah fikir dan update dari semasa ke semasa sebelum tamat 2016...


Assalamualaikum,... Take Care People...
Semoga 2017 yang akan datang lebih baik dan bermakna buat kita... AMin... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~