Wednesday, January 27, 2016

Gembirakan Mereka Selagi Boleh

Assalamualaikum... Sekarang dah nak masuk Febuari... Hati semakin excited dan tak sabar... =) KENAPA? Sebab HOLIDAY FAMILY... Kali ni lain sikit... Sebab pergi bersama emak-emak dan bapa.. 1 bapa je, bapa mertua sebab bapa saya dah takde... Sedih... Al-Fatihah... =(

EXCITED macamlah jauhhh sangat nak pergi tu kan? takde jauh pun... Bawa parent ke Kota Kinabalu, Sabah je... POINT penting, cuma untuk gembirakan orang tua.... Kalau nak bawa jauh-jauh tak mampu rasanya... Saya bukan orang kaya yeeeee.... Lagipun saya sekarang ni dah tak buat apa-apa bisnes dan almost 80% bergantung kepada suami... =)

Cuma nak cerita sikit... Selagi orang tua kita masih hidup, gembirakanlah hati mereka... Bawalah mereka melancong dan jalan-jalan KALAU mampu... Tak payah jauh-jauh, ikut kemampuan sendiri je... INGAT YE... MELANCONG DAN JALAN-JALAN... BUKAN IKUT KITA UNTUK JAGA ANAK KITA a.k.a BABY SITTER... Kalau baby sitter, baik tak payah bawa. Tak seronok pun diorang walaupun dibawa sampai ke kutub utara... =/

Saya sendiri pun baru sekarang ada kesedaran ni... Itu pun selepas BAPA PERGI hampir 7 Bulan lepas (29 Jun 2015)... =/ Sepanjang hayat bapa, tak sempat saya nak bawa bapa malancong atau jalan ke mana-mana dengan DUIT SAYA, walaupun pada masa tu saya agak senang dan stabil dengan Jualan Kek... Kalau dari abang-abang tak payah cakap lah, puas jugak bapa terbang sana-sini... TAPI YANG SAYA NAK CAKAP, DUIT HASIL TITIK PELUH SENDIRI... Jasa kita kat orang tua, dengan hasil titik peluh kita, apabila kita berjaya dengan hasil titik peluh diorang... 

Selagi kita tak buat kesilapan, kita tak akan sedar kat mana yang perlu kita perbetulkan... Tapi seelok-eloknya, elaklah dari buat kesilapan tu supaya tak menyesal kemudian hari. Sekarang ni saya sendiri yang merasa, bila terbang nak kemana-mana, saya akan teringat yang saya tak sempat nak bawa bapa sekali... Dah tak sempat sampai bila-bila sebab bapa dah tiada. Yang ada sekarang cuma MAK, saya tak akan abaikan peluang yang ada... Jangan sampai mak tak ada nanti baru saya nak terkenang balik tak sempat buat itu, tak sempat buat ini... Sekarang pun mak selalu tak sihat, kaki dah selalu sakit... Sekarang masih mampulah nak berjalan. Nanti? Macam mana pulak?? Semoga Allah bagi kesihatan yang baik berpanjangan untuk Mak... Amin..

Boleh selami tak perassan ni? Kita enjoy terbang holiday sana-sini, tapi orang tua ditinggal je kat rumah. Kita lupakan diorang waktu-waktu kita berseronok, lupa dengan apa yang pernah diorang buat sebelum ni untuk kita... Biasanya, alasan mudah kita akan bagi adalah bajet... Duit kita cuma cukup-cukup untuk diri dan anak-anak je.. Tapi, kalau sempat kumpul wang berbulan-bulan untuk sendiri, kenapa tak sempat selitkan sedikit untuk parent? Jawapan cuma 1 : NAK atau TIDAK...

Kalau nak bawa parent setiap kali holiday, memang saya mengaku tak akan mampu buat selalu... TAPI...Sekurang-kurangnya biarlah pernah BUAT SEKALI dari langsung takde apa-apa... Sekurang-kurangnya, bila kita enjoy, biarlah bagi orang tua merasa jugak walaupun hanya sekali... Jalan-jalan sendiri dan bawa orang tua tak sama... HAKIKATnya, jalan-jalan bawa orang tua memang akan besar sedikit belanjanya sebab.... Mereka...
1. kena makan ikut waktu risau gastrik, $$
2. kena makan betul-betul tak boleh mee cup sampai 4 hari, $$
3. kalau teringin tengok sesuatu kena tunaikan, takut kesian kempunan, $$
4. kalau lokasi jauh kena sewa kereta supaya selesa. $$

BERBEZA kalau kita pergi sendiri-sendiri (yang terlampau bajet)...
1. kalau lapar boleh makan mee cup 4 hari atau street food, (ツ)
2. kalau teringin nak beli boleh tahan ikut bajet, (ツ)
3. kalau nak makan mahal boleh sekat ikut bajet, (ツ)
4. kalau nak jalan-jalan boleh berjalan kaki jauh/ bas/ tren untuk bajet. (ツ)
Alamakkk!!! Ada tersilap kira kt TOTAL... hihi... nantilah betulkan... =P
Berganda-ganda lari bajet tu kalau melalui Itinerary yang saya dah buat... Saya buat bajet family sendiri dan bajet bersama parent... Paling jauh part kereta sewa, shopping dan makan... Hihihi~~~ KALAU ASAL USUL dari keluarga berada memanglah tak buat kira-kira macam ni. Tapi untuk golongan MARHAEN macam saya ni, kira-kira tu wajib... ^_^

Tapi...sekarang apa yang penting, saya nak Mak saya dan Mertua merasa DUIT TITIK PELUH anak diorang ni... Kalau tak dapat selalu atau lain kali, sekurang-kurangnya kali ni kami sempat supaya tak ada penyesalan dikemudian hari... Sebagaimana saya kesalkan tak sempat bawa bapa jalan-jalan.... Berbulan jugak kumpul bajet ni, berjaya jugak akhirnya... Hihi~~~ =)

Itinerary dengan orang tua ni lain sikit... Buat ikut minat diorang... Takde nak snokerling benda alah tu semua sebab diorang takut laut... Agak klasik disitu.... hihi... ^_^

JADUAL NI TAK TEPAT... MASA & BAJET CUMA ANGGARAN MELALUI APA YANG SAYA BACA KAT BLOG JE... =)


Senyummmm dan tunggu hari tu je nanti...

Semoga dipermudahkan... Amin... =)

Monday, January 18, 2016

Jiwaku Tenang... Anakku?



Alhamdulillah... Kehidupan kini lebih tenang... Syukur kalau itu yang suami rasakan... Tak ada yang lebih menenangkan selain memiliki keluarga bahagia... 

Tapi... Areej yang sedikit terabai sepanjang membesar agak Degil dan Suka melawan... Kena sabar membentuk semula sikap Areej... Areej memberontak kerana kurang mendapat perhatian dari kami sebelum ni... Saya yang sibuk 24 jam langsung tak ada masa untuk Areej, hanya mengharapkan suami menjaga setiap kali dirumah... Penjagaan ibu dan ayah tak sama, kena seimbang kedua-duanya... SEBAB? Biasanya ayah keras sikit dan ibu ni lembut... Kalau nak perkembangan anak seimbang, keras dan lembut kena ada serentak barulah balance... =)

Sekarang ni saya belajar nak terapkan didikan Rasulullah kat Areej... InsyaAllah ini cara sebaik-baiknya... 


Mendidik anak adalah perkara paling susah nak dibuat... Semua Ibu Bapa mahukan anak yang soleh dan bijak pandai... Kalau betul caranya, lahirlah seorang anak yang soleh/solehah yang mampu mendoakan kesejahteraan kita di akhirat. Tapi kalau tersilap, kitalah yang akan menanggungnya kelak... Diharapkan kami mampu membentuk Areej dan adik-adiknya kelak... Sebelum nak ubah anak, kena ubah diri sendiri dahulu..

InsyaAllah... =)



Tuesday, January 12, 2016

berNIQAB...


Umrah 2015
.
...Rasa hati.....
.


Ingin berubah menjadi yang lebih baik... Bukan sahaja menutup aurat dengan sempurna, tetapi kuatnya rasa hati ini ingin berniqab... Ketenangan dan kedamaian hati yang dirasai ketika beniqab sangat berlainan... Kelainan yang hanya dirasai bila kita benar-benar menyelaminya... 

Tapi pelbagai persoalan yang timbul bila kita nak memulakan sesuatu yang baik, tetapi agak bercanggah dari persekitaran sebenar kita... Malaysia... Bukan kebiasaan orang kita menggunakan niqab. Apatah lagi untuk berkerja, yang sememangnya tidak digalakkan a.k.a tidak boleh untuk ke pejabat... HALANGAN...

Bila halangan itu timbul... terbuka hati hendak meluahkan kepada seseorang, berkongsi dan bertanya pendapat... Bagaimana? Do and Don't? Nak dikongsikan niat dengan rakan biasa, sememangnya jawapan negatif yang akan diterima... Jadi, carilah dan mintalah pendapat dari orang yang menggunakan niqab itu sendiri...

Alhamdulillah... Allah buka jalan bila hambanya ada niat yang baik... Selepas beberapa orang dijadikan tempat bertanya, masih tiada jalan penyelesaian... Teringat pula kepada isteri kawan sekolah, yang baru sahaja mula berniqab beberapa tahun...


Apa pun yang kita buat... Semuanya bergantung kepada niat... Islam itu mudah dan Indah, tidak juga menyusahkan hambanya... Kita ada pilihan nk buat kerana wajib ataupun sunat... Kita tidak diwajibkan berniqab, tetapi boleh dibuat untuk tujuan kebaikan... Saya nak buat, sebab nak memelihara diri... Memelihara dari pelbagai faktor... Mungkin ada yang berpendapat, cukuplah dengan bertudung dan menjaga aurat lain dengan sempurna, kenapa perlu berniqab? KENAPA? Jawapan itu hanya ada pada saya... KENAPA? Mungkin saya boleh kongsikan selepas saya mulakan nanti... Sekarang belum lagi, kalau saya nak terangkan pun seolah-olah omong kosong dan tak berlandas... Akan saya perjelaskan perbezaannya SELEPAS saya menggunakan nanti... InsyaAllah... 
Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk memulakan sesuatu yang baik...

Tentang masalah tidak boleh menggunakan ketika berkerja, saya dah bertanya dan minta pelbagai pendapat... Untuk mula berniqab memang tidak mudah... Memang susah... Memang berat... dan Memang banyak halangan... TAPI.. Kuatkan hati, tetapkan iman... Kekalkan kalau niat kita tu baik... Saya ambil keputusan, kalau saya mula berniqab nanti, saya akan menggunakan niqab kecuali waktu berkerja... Maksudnya, niqab tu akan ditanggalkan sewaktu di parking kereta pejabat dan dipasang semula ketika pulang diparking itu juga... Kalau ada yang nak komen... "LEBIH BAIK TAK PERLU KALAU MACAM TU"... Mungkin betul, saya tak boleh nak jawab apa kalau ada yang pertikaikan dengan jawapan tu... TAPI...tu je pilihan yang saya ada kalau betul saya nak buat... Ada pilihan lain tak? boleh bagi pendapat? InsyaAllah akan dipertimbangkan... Saya nak mula dari bawah...mula dari asas... Tolonglah support dan jangan condemn... 

Jangan Engkau Tanya Tentang Jalan Hidupku...
Di jalan Ini Terdapat Banyak Rahsia Kehidupan...
Ini Adalah Dunia Cita-Cita...
Aku Telah Menjual Hidup Ini Kepada Allah...
Kemudian Aku Berlalu Bersama Para Pemburu PETUNJUK....

Saya perlukan sokongan dari orang terdekat... SUAMI... Siapa lagi kalau bukan suami dan ahli keluarga sendiri...


Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~