Monday, February 22, 2016

Hijrah dengan rasa Malu

Pagi-pagi ni terbaca, terpandang, terfikir, termenung, tersentap, terrr dan segala terrrr... Jadi saya google untuk pencerahan dalam hati dan cerahkan apa yang gelab dan terrr terrr tu... Kalau kita pandang sekeliling, ada banyak perkara yang boleh buat kita berfikir. Dari buka mata pagi sampai tutup mata tidur malam, kita tak akan berhenti berfikir kalau kita merenung sekeliling...

BENAR kata orang dari terpaksa tu, akan timbul keikhlasan... Belajar dari bawah dan macam-macam lagi... Tapi ada perkara yang boleh dipandang ringan dan ada yang tidak...

Saya cuba untuk malu... Tapi GAGAL untuk malu... Saya masih TAK MALU... Saya nak belajar erti malu... payahnya untuk malu... Definisi MALU??? Banyak... Jawapan terpulang kepada kita... Yang saya post ni bukan untuk sesiapa, tapi untuk peringatan kepada diri sendiri... Untuk sentap hati sendiri biar saya sedar... Untuk jadi MALU susah, SEBAB dalam 0.00001% tetap ada RIAK dalam hati... BOHONG kalau kata tak ada...

Ni entry yang saya copy dari Facebook https://www.facebook.com/thembymhlongo?fref=nf . Agak sentap jugak hati saya lepas membacanya... Timbul rasa sedar diri dan MALU kat perangai sendiri... Saya post balik untuk renungan kita bersama... Muhasabah diri dan berfikir bersama-sama...


Ada seorang lelaki tanyakan pendapat  tentang calon isteri yang baik. Disenaraikan apa yang patut. Kemudian dia berkata:

"Saya kalau boleh nak yang pakai purdah."

Ya, perkataan macam ni memang biasa saya dengar. Tapi ada satu benda yang mamat ni tak faham dan saya pun tanya,

"Tuan nak isteri yang BERPURDAH atau isteri yang PEMALU?"

"Maksud ustaz macam mana?" Jawabnya.

"Wanita yang pakai purdah, tak semestinya wanita tu pemalu, tapi wanita yang pemalu, mesti dia pakai purdah." Saya jawab ringkas.

"Erk.... macam mana saya nak tahu pemalu ke tak calon yang saya pilih?" Dia tanya lagi.

"Zaman sekarang ni, RAMAI wanita tutup badan dengan kain, tutup muka dengan kain pun dah semakin ramai, tapi yang sikit ni ialah wanita yang ada sifat MALU seperti Sayyidatina Fatimah Az-Zahra Radiyyallahu'anha yang TIDAK MAHU LANGSUNG DILIHAT LELAKI DAN TIDAK MAHU MELIHAT LELAKI.

Cuba tengok keadaan sekeliling, yang berpurdah pun masih kenakan pakaian terang macam pink, biru muda, fuhh nampak comel tu kan...? Ada jugak yang berpurdah hitam semua, tapi baik punya dia shoot gambar lepas tu upload dalam fb bagi tengok free kat lelaki ajnabi. Model yang tayang body pun at least dapat bayaran, diorang ni yang bajet solehah pulak bagi tengok free? MANA MARUAH DIORANG?

Perempuan hodoh sekalipun, kalau diorang berpurdah, nampak mata saja, memang jadi seksi.... Awak tengok rasa bernafsu tak?" Petir dari saya.

"Err... malu nak ngaku, tapi sejujurnya memang nampak comel sangat dan rasa 'geram' timbul dalam hati." Jawab lelaki tu.

"Jadi apa gunanya mereka berpurdah? Baik bogel je... tengok yang berpurdah pun rasa 'geram', tengok yang berbogel pun rasa 'geram'. Sebab itu di dalam mazhab Syafie, pendapat yang paling rajih dan muktamad tentang purdah ialah hukumnya wajib (rujuk kitab fathul muin, iqna' dan lain-lain). Manakala pendapat yang daif pula mengatakan wajib hanya jika timbul fitnah, dan fatwa daif inilah yang digunakan secara meluas di Malaysia pada zaman ni. Bahkan sebahagian ulama Syafi'eyyah berpendapat, kalau nak pakai purdah tu, pakai full tutup, bukannya bukak-bukak separuh (niqab separuh) nampak dahi macam di Malaysia (di Malaysia indonesia je wujud niqab separuh pelik tu), bahkan mereka suruh tutup mata dan tinggal satu mata sahaja UNTUK MELIHAT JALAN BUKANNYA UNTUK DILIHAT MATANYA.

Tapi sebenarnya, purdah, jubah, baju, dan semua semua tu sebenarnya TAK PERLU PAKAI PUN kalau perempuan tu PEMALU DAN TAK KELUAR RUMAH. Sebab hukum tutup aurat tu hanya disyariatkan bila wanita bertemu lelaki ajnabi. Kalau duduk diam dalam rumah seperti isteri-isteri dan anak Rasulullah, perlu ke mereka tutup aurat?

Jadi tanda "solehah" seseorang wanita tu bukan terletak pada purdah atau tidaknya dia, tetapi terletak pada SIFAT MALU dia. Jangan tertipu dengan munafik-munafik di fb." Saya jawab.

"Erm.. Baru saya sedar.. rupanya ramai perempuan yang menutup aurat, bahkan memakai purdah tapi TAK ADA SIFAT MALU." Jawab dia,semakin faham.

"Ya, sebab itulah saya cakap, kalau nak cari bini, bukan cari yang berpurdah, tapi cari yang pemalu. Sebab kalau dia pemalu, dia confirm akan pakai purdah dan malu nak keluar rumah. Wanita pemalu juga tak akan melihat lelaki dan tak akan menggedik dengan lelaki.

Tapi kalau dia tak malu, walau pun dia pakai purdah sejuta lapis, dia tetap suka berselfie dan tayang body dan diri pada lelaki ajnabi dalam fb dan hu ha hu ha dengan lelaki bukan mahram. Macam tu ke perempuan yang tuan nak pilih untuk jadi ibu kepada anak-anak tuan?" Jawapan penggulungan dari saya.

"Alhamdulillah ustaz, saya dah faham... doakan saya dapat jumpa permata macam yang ustad syorkan..." Jawapan akhirnya.

Note: Ajarkan anak dan isteri kalian sifat MALU kerana itulah satu-satunya mahkota wanita terindah yang diajar Rasulullah SAW tetapi dihapuskan oleh wanita zaman ini.


Jahil: Tidak mengetahui.

Bodoh: Tak boleh berfikir.


Selfie tu tak salah, selfie lah sampai lebam. Yang salah ialah TAYANG BODY DEKAT LELAKI AJNABI (walaupun badan dan muka ditutupi kain, mata laki ada xray, dia tau saiz korang sekali pandang).

Perhatian: Kalau anda terasa, anda perlu bertaubat dan ubah, bukannya meroyan di ruangan komen kerana ia akan menjatuhkan maruah anda sendiri.

PEACE NO WAR... Assalamualaikum..

Wednesday, February 10, 2016

Pneumonia Paru-paru Kiri


14 November 2015, Areej dimasukkan di ward sebab muntah yang tak berhenti-henti... Langsung tak boleh nak masuk apa dalam perut, semuanya akan keluar balik sampai perut kosong... Muntah yang tak berhenti TAK BOLEH dimain-main, dehydrated boleh menyerang dan mengakibatkan kerosakan buah pinggang pada kanak-kanak. Banyak ibu bapa yang tak ambil endah pasal muntah ni. Bila muntah tak berhenti, saya mintak dengan doktor Hospital Normah supaya Areej dimasukkan ke ward dan cucuk bagi air masuk... Biarlah Areej menangis bila tangannya sakit dicucuk jarum, asalkan bukan saya menangis kerana menyesal. Suspect awal adalah "Rota Virus", sebab beberapa bulan lepas Areej pernah masuk ward sebab "Rota Virus". Areej ni jenis cepat masukkan benda kat dalam mulut, ni yang bahaya sikit dengan Areej... Pantang berpaling muka beberapa saat, dah ada benda dalam mulut dia...

Selain dimasukkan Air, Areej juga di Neb sebab paru-paru dia berbunyi, mungkin diserang Asma sebab Areej memang ada asma dari kecik... Sample najis dan air kencing Areej pun diambil sekali untuk mengenal pasti apa penyakit Areej yang sebenar. Yang pasti Areej BUKAN Rota Virus sebab tak ada tanda-tanda kuman berbahaya kat najis Areej.

Hari ke-3 kat ward barulah Areej buat X-ray kat paru-paru. Setakat ni, Areej tak tunjukkan perubahan. Muntah dah berhenti, TAPI Areej semakin lemah, tak bermaya dan tak boleh nak bangun... Suhu panas naik turun 38-40°c... 24jam, Areej hanya tidur... Ibu mana tak luruh hati bila tengok keadaan anak seolah-olah dah tak bernyawa... Di pangku kat atas riba pun dia tak menunjukkan apa-apa reaksi... Lemah longlai tak bergerak... Ya Allah... Sedih hanya Allah yang tahu... Ditambah pula saya yang terpaksa pergi kerja sebab dah kehabisan cuti dan Areej dijaga oleh ayahnya...


16 November 2015... Pagi... Areej seperti dah tak bernyawa... Masa tu nak tunggu Doktor, doktor pun macam dah tak boleh nak harap.. Saya sendiri terpaksa google dan tanya kat kawan-kawan apa sebenarnya masalah Areej.. Jawapan yang saya dapat, Areej CONFIRM ada Pneumonia... Saya sendiri dah cuba nak jadi doktor... Semua saya buat berpandukan google... Apa yang penting sekarang ni, saya nak tahu paras oksigen Areej. Saya desak nurse untuk monitor oxigen Areej, dan bagi result X-ray paru-paru Areej, saya nak tengok keadaan paru-paru Areej. Jawapan nurse, dia kena tunggu doktor datang 'round ward' tengah hari nanti... Kalau lah saya ada kuasa masa tu, rasa macam nak bom je Hospital masa tu jugak... Darah tengah panas, otak pun tak waras... Mungkin masa tu, nurse pun dah menyampah nak layan saya..

Pagi tu jugak, saya buat keputusan nak pindahkan Areej ke Hospital Kerajaan. Saya dah tak boleh nak tunggu lagi... Otak masa tu cuma fikir nyawa anak.. Melalui purata pendapat, Hospital Swasta ni memang ada tabiat sendiri, tapi TAK SEMUA macam tu. Semua urusan seolah-olah dilambatkan supaya pesakit warded lebih lama dan bil melambung tinggi... Bila hati dah tak tenteram, semua perkara negatif akan keluar... TAPI...saya tak boleh nak pindahkan Areej sesuka hati sebab Areej ditanggung 100% oleh insurans dan nak pindah-memindah tu kena ikut proses yang betul. Tak boleh nak lari sesuka hati mak bapak korang. Silap-silap bil semua bayar sendiri... Saya mengaku saya bukan orang kaya, nak bayar keseluruhan bil memang tak mampu (RM8800 lebih semuanya). Apa yang perlu dibuat masa tu cuma kena bersabar sikit dan PUSH doktor supaya cepat...

Petang, bila doktor datang. Doktor pun muka cuak sebab tengok saya dan Addin marah macam hantu. Masa tu baru dia bertindak untuk next step, tukar ubat Areej dan bagi result x-ray... Dah nyawa-nyawa ikan barulah doktor sahkan Areej Pneumonia, kat bahagian paru-paru kiri.. Kesan Pneumonia boleh menyebabkan oksigen kurang dalam darah dan banyak lagi kesan lain yang boleh membawa maut kalau lambat. Alhamdulillah setakat ni oksigen Areej masih tahap selamat... Pihak Fisioterapi dipanggil untuk berjumpa Areej, dia buat "tepuk percussion" fokus kat paru-paru kiri.. Bila ditepuk, bunyi macam berkilo-kilo lendir keluar dari paru-paru Areej melalui batuk dan hidung... Dan Areej kembali cergas selepas beberapa jam...


16 November 2015... Malam... Bila tengok Areej bertenaga, happynya tak dapat nak bayangkan... Areej duduk dan mintak keropok potato... (^_^) Happynya Allahhuakbar... Ni makanan pertama yang Areej jamah selepas 4 hari terbaring tak boleh menyusu dan tak boleh makan... Syukur sangat-sangat... 19 November 2015 barulah Areej betul-betul sihat, paru-paru dah tak de bunyi. Tapi Doktor bagi Amaran, Areej sangat fragile risau jangkitan tu datang balik... PALING merisaukan, 19/11 Areej keluar hospital, 25/11 saya dan suami berangkat pergi Umrah. Apa yang boleh dibuat, cuma doakan kesihatan Areej bila ditanah suci nanti, Areej dijaga oleh adik saya sepanjang kami pergi...


Bila dah terkena kat Areej, barulah terasa menyesal. Sebab tak bagi Vaksin Pneumococal kat Areej untuk mencegah penyakit pneumonia dan penyakit-penyakit seangkatan dengan nya. Pneumonia jangan dimain-main, sebab dah banyak kes pneumonia mencabut nyawa anak-anak... Semoga Apa yang saya konsi ni bermanfaat untuk peringatan kita bersama...


Banjir besar Kuching

Kali terakhir Kuching dilanda Banjir besar dan teruk kalau tak silap pada tahun 2009. Rumah nenek yang tak pernah banjir, dimasuki air pada masa tu. Teruk jugak kami mencuci rumah yang penuh dengan lumpur dan air kumbahan dari tandas yang masuk kedalam rumah... Pada masa tu, paras air sungai sehingga mencecah lebih dari 10m...

Kali ini, 2016 bacaan tertinggi sehingga 9 Februari adalah setakat 8.8m... harap-harap janganlah meningkat lagi. Risau kejadian yang tidak diingini berlaku. Kawasan rumah saya memang tak pernah banjir. Kampung Semariang batu...walaupun rumah saya terletak di kawasan tepi sungai. Alhamdulillah kami berada ditempat tinggi dan belum pernah mengalami banjir. Sepanjang 3 hari banjir ni, belum ada lagi berita kemalangan ataupun lemas saya tengok kat TV. Semoga semua kita berjaga-jaga dan pantau pergerakan anak-anak... Bermandi-manda di air banjir jangan sesekali. Sebab kita tak nampak apa haiwan dan binatang berbahaya yang ada kat dalam air tu... Lipan, ular, kala jengking... Aduhhh... Boleh membawa maut kalau terkena budak-budak... Berhati-hati lah semua ye..

Sekolah Areej pun tutup jugak, sebab air sungai di kawasan belakang rumah tu dah naik. Nursery Areej kat Kampung No.5, ni gambar sekitar kawasan sekolah Areej... Kalau tak familiar kat kawasan ni, gerun jugak nak merayau. Silap-silap salah pijak terus terjunam masuk sungai. Jalan raya dan Sungai sarawak kat hujung selepas pagar hijau tu dah sama paras... -_-



Paling ditakutkan penduduk sekarang adalah buaya... Buaya membiak dengan banyak sekarang ni kat kawasan sungai-sungai, dan dah banyak dijumpai merayau oleh orang awam.  Tak ada banjir pun dah banyak kes buaya menyerang penduduk. Apatah lagi dalam keadaan banjir sekarang, semua buaya dah mula naik ke darat mengikut arus sungai yang meningkat naik. menakutkan... Kalau tak silap, kes digigit buaya dah berlaku kat Kampung Tupong...


Apapun, Semua kena berhati-hati supaya tak ada perkara yang tak diingini berlaku... Take Care People...

Thursday, February 4, 2016

Anak Anugerah Dari Allah

Kalau kita ingin mempunyai anak yang soleh dan membawa rezeki kepada keluarga, bermulalah dari diri sendiri terlebih dahulu... 
Jadilah ibu bapa yang soleh dan solehah yang boleh dijadikan contoh dan teladan untuk anak-anak yang bersih jiwanya... 
Tempoh kecil anak tersangatlah singkat, jadikanlah waktu yang singkat itu sebagai memori terindah untuk nya...

 

  1. Jangan MENIPU atau mengacah-acah perkara tak benar... 
  2. Jangan MENGUGUT apabila mengarah...
  3. Jangan MEMPERSENDAKAN... 
  4. Jangan BERKASAR... 
  5. Jangan MENINGGIKAN suara apabila menegur... 
  6. BERTOLAK ANSUR dengan anak... 
  7. BERPADA-PADA pada kemahuan... 
  8. AJAR bukan marah...
  9. ALIH perhatian apabila meronta, jangan dibiar atau diturut sahaja...
  10. CIUM dan PELUK anak selalu untuk berkasih sayang dan MELEMBUT hati...
  11. SALAM apabila buat salah...
  12. Ajar meMINTA MAAF untuk kesalahan...
  13. Biarkan untuk proses BELAJAR (expose sekeliling dan monitor), jangan semua DILARANG...
_____________________

Senarai saya tulis ni melalui apa yang saya baca... Setakat ni saya dah mempraktikkan apa yang saya tulis... Areej lebih mendengar kata saya dan lebih berlembut.. Tapi akan jadi luar kawalan apabila terlebih bermain... =) Bertentangan apabila bersama ayahnya...perangai Areej akan bertukar dan agak melawan... Mungkin cara anak dipengaruhi oleh cara oleh yang bersamanya... =) Tapi.... MUSTAHIL untuk kita 24jam mengawal emosi... Kadang-kadang tu, terlepas jugak suara saya meninggi dan tercubit Areej bila terlupa dan terlampau geram... Hihi... Tapi bila teringat, saya akan cuba berbaik semula dengan Areej... 

Apa pun, semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya... Semua ibu bapa mahukan anak yang boleh mendoakan kesejahteraan diakhirat... Semoga kita semua mampu mendidikan anak-anak kearah kebaikan... InsyaAllah... =)


Wednesday, February 3, 2016

Celaru Baju Raya 2016

Ni adalah perkara setiap tahun yang saya buat... Fikir design baju raya... LEPAS TU... entah hantar atau tidak kat kakak tukang jahit... 2014 saya hantar kat Jenny, di Hopoh... Mahallllllll....dan tak berbaloi...

2015 bukan main lagi lukis bagai, tapi saya tak hantar sebab tak jumpa tukang jahit yang pandai jahit baju saya... Padahal 2014 dapat je hantar kan? Memang siap, tapi hampehhhhhh... Langsung tak suka nak pakai sebab tak selesa dan kainnya bergantung sampai atas buku lali... Sapa suruh tinggi sangat? Padan muka... =)

2016... Alhamdulillah... Jumpa jugak tukang jahit baru. Saya kenal dia sebab dia adalah customer yang selalu beli kek dari saya sebelum ni... =) Harga?? Jauh murah dari kedai... Tapi harapan saya, hasilnya cantik dan menawan...

Lukisan hari ni? Jangan komen sebab saya BUKAN fesyen designer... Saya pun tiru dari IG dan design lain dari google... Cuma lukis semula supaya mudah untuk rujukan tukang jahit nanti... =)

Saya lukis semua ni dari pagi... sampai la ke petang... Makin petang, makin buruk rupanya... kihkihkih... =P






Ok bye... Assalamualaikum... =)

Tuesday, February 2, 2016

Happy 24th Birthday Adik

27 Januari 2016 lepas... Adik bongsu dah 24 tahun... Bongsu tuuu... Macam tak percaya sekarang semua dah besar... Ingatkan masih kecik sebab mak masih layan kami semua macam budak kecik.. Walaupun saya yang dah beranak ni pun mak masih layan macam budak-budak... ^_^


Nak buat kek simple macam kat bawah ni pun payah... Sebab bahan deko semua dah masuk stor... hihi... Macam ni boleh laaa...yang penting kek sedap... (^_^)


Sekarang ni kakak dah takde buat bisnes lagi... Jadi takde side income untuk sponser macam-macam.. Sekadar buat kek birthday je untuk si bongsu sorang ni (MULIA)... Adik sorang lagi (EZI) sempat saya buat surprise untuk dia tahun lepas.. Yela, income masih banyak masa tu... Harap adik-adik faham lah... =) Apa pun, yang penting happy bila bersama family...

Ni gambar surprise untuk Ezi tahun lepas yang saya takde update kat blog... Sebab tahun 2015 memang pack dan sibuk memanjang... (^_^) Masa tu, Ezi memang dah kerja kat PutraJaya, jadi nak buat dirumah memang tak lah. Jadi kami plan buat surprise dan tempah kek dari baker KL je... Kek comel tu saya tempah dari baker ni --->>> CakeliciousMY



Sekarang ni Mulia semester terakhir Ijazah kat UiTM Shah Alam... Ezi pulak memang dah kerja (Kontrak), sekarang menunggu keputusan temuduga akhir "Inspektor Polis" pada bulan April ni... Semoga semuanya berjaya dan apa saja doa mereka dimakbulkan... Amin...


Monday, February 1, 2016

Tukar DOMAIN Blogspot

Try...try...try... Pening jugak nak buat sebab saya memang bebal sikit part-part nk ikut tutorial ni... Bebal pun jadi jugak.. Kalaulah tak jadi, memang nangis blog tak dapat nak bukak dah... Hihi...

Apa-apa pun... sebelum nak buat atau tukar apa-apa.. SILA SAVE TEMPLATE & Url Dashboard kat mana-mana... Kalau link lost, boleh refer balik... Huhu... Pagi tadi dah saspen sikit sbb link lama "Page Not Found"... Nasib balik link Dashboard Blog masih ada kat history... jadi boleh betulkan semula... dan wujudlah WWW.NURHAYATIMORSHIDI.COM... ^_^ 


Sila ikut step kat bawah kalau nk tukar BLOGSPOT ---> WWW... Sebelum tu, Domain kena BELI okayy... Saya beli kat sini... ---> www.sempoihosting.com/


Ok dah beli?? Tunggu dalam 1jam untuk proses aktivation domain tu, barulah dapat tukar ikut step-step kat bawah ni...


___________________



Bahagian 1 : Setting Pada DNS Nama Domain Anda di Sempoihosting.

1. Login ke client area / client area di 
http://www.sempoihosting.com/clientarea.php 
2. Kemudian, klik pada link "Domains > My Domains" yang ada dibahagian navigation bar di sebelah atas.

3. Selepas itu, klik pada icon "Manage Domain" yang terdapat di sebelah nama domain yang anda mahu setkan pada blogspot.

4. Selepas itu, lihat pada tab "Management Tools" dan klik pada menu "Manage DNS" 

5. Disini, masukkan konfigurasi seperti berikut.
www - CNAME - ghs.google.com
sdpjgfn7vz43 - CNAME - gv-xxxxxxxxxxxxxxx.google.com 

(Kod khas ini boleh diperolehi dari akaun blogspot anda, setiap blog akan mempunyai kod yang berbeza)




6. Untuk mendapatkan kod khas tersebut, anda perlu buka satu tab lagi di browser anda dan login ke akaun blogspot anda..

_________________

Bahagian 2 : Mendapatkan KOD KHAS & Cara Setting Pada Dashboard Akaun Blogspot Anda

1. Login ke akaun blogspot anda.
2. Di bahagian Dashboard blogspot anda, klik pada ikon "arrow" kecil yang terdapat pada blog anda. Kemudian pilih setting.


3. Lihat pada bahagian "Publishing".  Klik pada "Add  a custom domain" .

4. Kemudian, masukkan url atau nama baru utk blog anda dan klik save. Contoh : www.namabloganda.com


 5. Kemudian, anda akan mendapat error seperti dibawah.

6. Dibawah error tersebut juga akan diberikan kod khas bagi CNAME setting untuk blog anda.

7. Copy & paste kod tersebut di DNS Management di client area sempoihosting tadi..
Kemudian, tekan butang "Save Changes"




8. Kembali semula ke tab blogspot anda.  Kemudian, masukkan nama domain yang anda telah beli dan set tadi.



9. Tekan butang "Save"
10. Siap! sekarang tunggu 24jam... Kalau bertuah, cepatlah nama tu bertukar... Kalau belum, akan keluar "page not found" bila search kat google... Tunggulah 24jam ye... =)


Cantiklah sikit nama blog tu...Selain anda boleh mengaksesnya menggunakan URL http://tamankemboja.blogspot.com , nak bukak direct ke www.nurhayatimorshidi.com pun boleh... Selepas tukar domain... semua LIKE dan SHARE detail kat setiap ENTRY BLOG akan reset dari 0 semula... (^_^) Alaaa...baru nk happy tengok ada follower like, tup-tup semua dah 0... =P

Take Care People... =)

ISLAM bukan MELAYU

Dah penat saya dengar orang sebut "MASUK MELAYU"... Islam bukan bangsa... Islam adalah pegangan hidup a.k.a kepercayaan a.k.a AGAMA... Jangan cakap seseorang yang mengucap 2 kalimah syahadah itu MASUK MELAYU... Tak pernah sesekali dia masuk melayu... Dia tetap Cina, India, Iban, Bidayuh atau apa-apa bangsa asalnya... Adatnya tetap sama... Keluarganya tetap sama... CUMA agamanya ISLAM... Hanya kebetulan di Malaysia, bangsa MELAYU beragama Islam. Perbetulkan perspektif tersebut... Jangan salahkan AGAMA jika manusia atau bangsa itu teruk...

Pandangan umum masyarakat dan kebiasaannya akan menyebut "Jangan MASUK MELAYU"... Melayu banyak pencuri, pembunuh, perompak... Kalau seseorang tu pencuri, perompak, perogol, penyamun, penipu dan segala jenis PE, itu adalah manusianya... Bukan agamanya... Cuma kebetulan apa yang kita nampak pelakunya majoriti berbangsa MELAYU...

KALAUpun ada yang terikut Adab Melayu setelah memeluk islam. Rasanya tak salah kalau yang diikutkan tu ke arah perkara yang lebih baik. Kerana ada jugak perkara yang baik untuk dicontohi dari bangsa melayu kerana mengamalkan cara hidup Islam..Sebab kebiasaannya adab melayu lama atau adab kampung memang lebih bersopan santun dan berbudi bahasa. Cuma dibandar ni je yang terlebih Up-to-date... "Western" katanya...

Lain bangsa, lain amalannya, lain gaya hidupnya... Contoh bangsa cina pun kadang-kadang lebih baik dari bangsa Melayu. Sifat rajin dan bersungguh-sungguh mereka dalam melakukan sesuatu pun selari dengan ajaran Islam dan boleh diamalkan oleh semua lapisan masyarakat. Sebaik-baiknya, janganlah memberi alasan untuk tidak memeluk agama Islam kerana bangsa dan sifat Rasis dalam diri...

Itu baru ISLAM DI MALAYSIA... dah banyak pertikaian... KALAU ISLAM DUNIA???
Majoriti dituduh PENGEBOM BERANI MATI... Nak jawab apa?? saya pun tak tahu...
Apa yang penting, cuma SATU... TAK ADA AGAMA YANG MENGAJAR UMATNYA UNTUK JADI JAHAT... SEMUA AGAMA MENGAJAR MANUSIA UNTUK JADI BAIK...
Yang JAHAT adalah manusia tu sendiri... BUKAN AGAMANYA... =)

Islam is a way of life, a complete way
Agama Islam adalah agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad  . Dengan agama inilah Allah menutup agama-agama sebelumnya. Allah telah menyempurnakan agama ini bagi hamba-hambaNya. Dengan agama Islam ini pula Allah menyempurnakan nikmat atas mereka...

مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيماً
“Muhammad itu bukanlah seorang ayah dari salah seorang lelaki diantara kalian, akan tetapi dia adalah utusan Allah dan penutup para Nabi.” (QS. Al Ahzab: 40)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~