Wednesday, March 30, 2016

SSM-ONE ( Online Networking Entreprenuers)


Minggu lepas... 25 hingga 27 Mac 2016, di CityOne Megamall, Tingkat 1 (Exhibition Centre) diadakan karnival SSM-ONE (Online Network Entrepreneurs) yang bertujuan  untuk memberi galakan kepada pengusaha dan bakal pengusaha online dalam usaha mereka bergelar usahawan berjaya. 

Objektif utama program SSM-ONE  ini ialah untuk :

a)  Untuk memberi penerangan kepada golongan usahawan tentang kepentingan mendaftarkan perniagaan dan menubuhkan syarikat
b) Meningkatkan pendaftaran perniagaan dan penubuhan syarikat
c) Menggalakkan orang ramai menceburi bidang perniagaan/keusahawanan, dan
d) Meningkat pertumbuhan ekonomi Negara.

Ok, cukup kepada pengenalan program... =)

Kami, YANEZ tak lepaskan peluang untuk join sekali... Walaupun saya dah berhenti buat kek, tapi gian dan keinginan untuk buat kek masih membuak-buak... Jadi untuk lepaskan gian, saya join aktiviti ni supaya dapat buat kek banyak-banyak dan jual bagi pelanggan kek saya makan... Alhamdulillah sambutan sangattttttt menggalakkan. Tak sangka masih ramai yang sudi nak makan kek saya. Kadang-kadang ada yang masih ada inbox supaya saya buatkan kek untuk mereka. Tapi saya memang dah tak dapat. Bukan nak tolak rezeki, tapi ada komitmen lain yang lebih penting... 


Loading kek dr kereta =)
Setiap hari saya bekalkan lebih kurang 14 loyang kek yang dah siap di paking slice dalam bekas... jadi ada lebih kurang 160 pack slice kek yang dijual setiap hari... Buka gerai mula jam 10 pagi, tepat jam 5 petang tutup, dah habis dan saya pun boleh tutup kedai... =) Alhamdulillah... Bersyukur dan terima kasih buat semua kawan-kawan di FACEBOOK yang sentiasa support jualan saya... Kalau takde diorang, takde siapa lah yang nak datang beli kan???


Suami bersama-sama tolong... =)
Kalau dulu ada adik (ezi) yang sama-sama tolong saya setiap kali ada jualan macam ni. Tapi sekarang adik dah kerja kat KL, saya tinggal sorang-sorang... Nak buat sorang-sorang memang tak mampu, silap-silap boleh pengsan kat dapur sebab kepenatan. 

Nasib baiklah kami ada orang kepercayaan dan pembantu yang memang saya upah setiap kali ada aktiviti berat macam ni... Terima Kasih ye dik, sampai tak tidur malam dia tolong saya bercuci dan berkemas... Sementara tunggu kek masak, saya terlelap sebab penat, terbukak jugak mata tengok dia sediakan packing, cuci dan kemas dapur jam 1 pagi... huhu...
Rupa macam senang, tapi bukan senang nak baking kalau kita berkerja. Tenaga kena betul-betul extra power, lebih-lebih lagi nak sediakan 14 loyang sehari... Bolehhhhhhh nak sediakan banyak-banyak, dan awal-awal sebelum hari jualan. Tapiiii, mana nak simpan? chiller saya kecik je, muat-muat nak simpan untuk sehari. Lagipun saya tak nak jual kek yang berhari-hari. Kalau boleh memang nak fresh baru buat... 
Boleh je nak biarkan pembantu jaga jualan, saya sendiri buat kek kat rumah siap-siap. TAPI saya tak nak, saya nak jaga kedai tu bersama-sama. Saya nak tengok wajah pelanggan.. kepuasan tu ada bila kita pandang sendiri wajah-wajah diorang senyum dan kita berikan layanan... Tu cara saya, saya happy dan gembira macam tu... =)


wajah pelanggan tersayang... =)
Apa pun, bersyukur.... InsyaAllah kalau ada rezeki nak bukak booth setiap hujung bulan... Semoga pelanggan tak jemu makan kek yang saya buat... TERIMA KASIH lagi sekali.. =)





Thursday, March 17, 2016

SAEKOM... SAMEKOM... Aduhhh....

Saya nak tulis status ni malam tadi... Tapi tak dapat sebab rumah takde internet... Terpaksa tunggu masuk ofis pagi ni baru dapat menulis...


Asal tgk TV3... Cerita pkl 7... Tundukkan Playboy Itu... Mesti ada benda yang tak sedap nak dengar kat telinga... Agak Annoying laaa.. Tapi apa boleh buat disebabkan minat, ku layan jugak tengok sampai habis... 
Susah ke nak sebut sampai habis ASSALAMUALAIKUM.... Satu perkara yang tukang buat cerita tak titik beratkan... 

Sepanjang cerita perempuan tu dok sebut SAEKOM... SAMEKOM... SAEKOM... SAMEKOM... Macam tu ke dia bagi salam tiap hari sampai terbawa-bawa ke perwatakan dia kat dalam lakonan? ASSALAMUALAIKUM... Sebutan ringkas tapi maksudnya dalam... Banyak pahala kalau sebut betul-betul, kenapa nak sebut macam orang tak cukup makan? Aduuuuuiiii....

SAMEKOM bermaksud CELAKA KAMU

____________________________

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: “Salam (selamat)”. Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (Surah Az-Zukhruf :89)
Firman Allah SWT: Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.. (Surah ar-Ra’d : 24).
Lafaz  سَلاَمٌ عَلَيْكُم = “salamun alaikum” dalam ayat al-Quran tersebut tiada alif lam (ال) - (as-salam). Maka diharuskan mengambil “as salam” sebagai lafaz singkatan dan meninggalkan “alaikum”.

ASSALAMUALAIKUM bermaksud SELAMAT SEJAHTERA KEATAS KAMU

____________________________________________

Kalau orang dah bagi salam... Kita pun kena jawab dengan betul... Suami saya pernah tanya kenapa ada banyak jenis jawab salam... Hihi... Biasalah mualaf, semua benda diorang nak tahu... Ni jawapan dia...

Hukum MEMBERI salam ialah SUNAT MUAKKAD.. dan hukum MENJAWAB salam ialah WAJIB..

1. WAALAI KUM SALAM - Maksudnya SEJAHTERA KEATAS KAMU.. 
2. WAALAI KUMUS SALAM - Maksudnya SEGALA SEJAHTERA KEATAS KAMU (banyak)
3. WAALAI KUMMUS SALAM - yang ni memang tak ade makna..

Senang je kan??? Praktikkan lah sebut dengan cara yang betul... Dengan mudah kita dapat pahala... Dengan mudah jugak kita tak dapat pahala... Sekian... =)

**Perhatian: Kalau anda terasa, anda perlu ubah, bukannya meroyan di ruangan komen kerana ia akan menjatuhkan maruah anda sendiri. 
Assalamualaikum... =)

Wednesday, March 2, 2016

Sabah Day 3... "The Parent Trip"

Sambungan dari ENTRY --->>> Sabah Day 1 <<<
Sambungan dari ENTRY --->>> Sabah Day 2 <<<

Hari Ke-3 pun mak bangun awal jugak... Mungkin sebab mak tak selesa tidur, bila mak bangun awal, saya pun terbangun sekali sebab banyak sangat bunyi... (^_^)
Seperti biasa, Areej paling bersemangattttt!!!! Jum ikut macam Areej... =)


Jadual hari ni memang dah buat... perjalanan seperti kat bawah... =) Seperti biasa yang bertanda MERAH tu terpaksa dibatalkan disebabkan sedikit masalah. 



Jam 7 pagi kami ke pasar Gaia dulu untuk jalan-jalan carik buah tangan... Pasar gaia ni banyak jual perhiasan mutiara... =) Silalah membeli ye... (^_^) Saya tak beli sebab saya tak minat perhiasan, beli set pin tudung mutiara je untuk guna Hari Raya nanti... Hihi... Pasar minggu ni panjang, lapar jugak perut jalan-jalan sebelum sarapan... Menyesal tak sarapan dulu... =/ lepas selesai pasar ni, kami gerak ke Mari Mari Cultural Village...




Dari Pusat KK menuju ke Mari Mari Cultural Village (MMCV) dalam 20KM, 30 minit dah boleh sampai. Sebelum buat jadual perjalanan, saya dah google jarak, harga dan keadaan tempat tu... Sewaktu google dulu, tak pasti kat mana saya baca cuma RM25 seorang. TAPI bila sampai kat MMCV, terkejut beruk bila diorang kata bayaran masuk RM85 seorang... Ya Allah!!! Macam mana saya boleh silap? Kesian mak bapak penat dalam kereta dengan harapan bila sampai sini dah boleh jalan-jalan... Atas nasihat mak saya, mak suruh cancel je... Walaupun duit cukup, tapi membazir bayar RM85x5orang (RM425) untuk MMCV, tak berbaloi sebab Sarawak pun ada Cultural Village jugak, budaya pun lebih kurang sama... Baiklah kalau macam, tu lega sikit hati ni sebab saya risau diorang kecewa sebab dah jalan jauh sampai sini...

Memandangkan MMCV dah cancel, saya kena cari aktiviti lain untuk tampung masa yang kosong tu. Saya tak nak masa dibazirkan tanpa buat apa-apa... Dari waze, saya terbaca ULU KIONSOM WATERFALL (UKW), tempatnya cuma 350M selepas simpang MMCV, 5 minit je... Alhamdulillah... Syukur sebab ada jugak perkara yang boleh dibuat... Kami semua tak bekal pakaian, jadi kami semua temankan Areej mandi air terjun dulu... =)


Comelkan Areej? Rasa macam tengok anak tarzan... Hihi... Dekat nak 1 jam kami lepak sini sambil makan-makan kuih yang kami beli di pasar minggu.. =) Air terjun sini cantik, cuma tak berapa best sebab Sabah sedang kemarau menurut pemandu teksi yang kami tumpang semalam. Jadi sungai-sungai dan air terjun memang kekurangan air dan kering. Air terjun yang kami pergi ni pun tak berapa deras, jernih dan cetek airnya. Sebab tu dapat biarkan Areej mandi sendirian... =)

Dari Ulu Kionsom Waterfall (UKW), kami gerak ke Lok Kawi Wildlife Park (LKWP), menggunakan jalan yang sama, jadi tak menyimpang di kawasan lain...
Boleh rujuk kat waze,  kalau gerak dari UKW ke LKWP dalam 28 KM, lebih kurang 40 minit...
Tapi kalau gerak dari Pusat Bandar ke LKWP sama dalam 28KM jugak... =) Bayaran Masuk LKWP RM10 seorang, sediakan wang ye... =)

Kalau datang ke Sabah dengan anak-anak, bawalah diorang ke LKWP, seronok diorang tengok haiwan liar banyak kat sana... Tak tau anak orang lain, tapi Areej memang seronok. Areej ni kan pencinta haiwan... Semua haiwan diberinya makan... Tak cukup dengan buah, diberinya popcorn... (^_^)


Sewaktu kunjungan kami di LKWP, ada beberapa kawasan ditutup untuk penambahbaikan.. Kandang ular, Kandang Burung dan Persembahan Gajah... Takde rezeki Areej lah nak tengok 3 jenis tu... =) Keluasan tempat ni agak besar dan perlu berjalan jauh. Tapi sepanjang kami berjalan kat dalam tu, Areej langsung tak minta untuk didukung. Dia berjalan sendiri dari awal sampai habis. Dari situ kami faham yang Areej betul-betul gembira sehinggakan dia boleh lupa pasal penat... Tapi, bila dah balik, masuk je dalam kereta Areej minta susu dan terus tidur tak sampai 5 minit... Penat yee... Kesian Areej... (^_^)


Lepas ke LKWP, kami singgah makan tengah hari dan terus balik ke hotel untuk berehat sekejab.. mak dan bapa dah kepenatan... Kesian diorang... Malam tu pulak, seperti biasa...makan seafood kat sekitar waterfront berdekatan hotel... =)


Tak dinafikan, makanan laut sabah memang MURAH!!! Tapi untuk makan setiap malam memang saya tak lalu. Malam ke-3 mak bapa masih lagi nak makan seafood, saya dah tak lalu cuma dapat makan mee goreng dan air sejuk je.. Huuuu...

Malam ni, malam terakhir kami kat Sabah... Esok petang dah berangkat balik ke Kuching... Semoga ibu bapa kami gembira sepanjang 3 malam kat sini... InsyaAllah... =)

Esok sebelum ke KKIA, kami singgah kat Imago Shopping Mall... Jalan-jalan cuci mata dan beli pakaian untuk kami semua... Syukur Allah murahkan rezeki kami dan permudahkan segala urusan kami kat sini... Alhamdulillah... =)


Sabah Day 2... "The Parent Trip"

Sambungan dari ENTRY --->>> Sabah Day 1 <<<

Hari ke-2 kat KK, mak paling awal bangun untuk siapkan bekal... BEKAL??? Ni lah cara mak saya, mak boleh hidup dengan bekal walau kat mana pun dia pergi... Sebab mak pentingkan berjimat cermat dan nak anak-anak dia kenyang sentiasa... Sebab tu kami ni gemuk-gemuk... hihi... kasih sayang mak tiada tandingannya... =)


Jadual aktiviti untuk hari ni adalah seperti kat bawah... Macam yang saya cakap... Kita hanya merancang, tapi Allah yang mengatur segalanya.. yang bertanda MERAH tu terpaksa dibatalkan disebabkan sedikit masalah.


Jam 7 pagi kami dah berangkat untuk ke Kundasang. Anggaran masa KK - Kundasang dalam 2jam 30 minit... Untuk perjalanan ke Kundansang, BANYAK AKTIVITI yang boleh dibuat. Seperti yang saya SENARAIKAN kat itinerary atas tu..

Perhentian pertama... Rumah Terbalik... Jarak dalam 34KM dari hotel... Singgah lerr kejab walaupun tempat tu macam dah biasa kan? Boleh jugak ambil gambar untuk kenang-kenangan kat Sabah... =) Sediakan bayaran masuk RM10 Seorang...OK...


Singgah dalam kejab kat rumah terbalik, teruskan perjalanan menuju ke Desa Dairy Farm 65 KM dari rumah terbalik. Perjalanan hampir 1jam 30minit sebab perjalanan kereta mendaki bukit tak boleh nak laju. Sepanjang jalan menuju ke Ladang, permandangan sangattttt cantik dan mengkagumkan... Udara sejuk segar dari kawasan gunung tu buatkan kita tak perlu lagi guna aircond. Tutup je aircond tu, guna udara segar dari gunung... =) Nampak tak puncak gunung tu? JELAS sepanjang perjalanan... Kami berada kat kawasan ni dalam jam 9.30 pagi, belum ada kabus lagi, boleh nampak puncak dengan jelas... Mula jam 11 pagi, kabus dan awan dah melitupi gunung... Kalau nak ambil gambar, jangan berhentikan kenderaan sesuka hati kat lereng bukit. Nanti ada satu kawasan yang diorang sediakan untuk kereta berhenti dan kawasan tu tepat berlatar belakangkan seluruh gunung ni... Cantik je point dia... =)


HAMPIR sampai ke simpang kundasang... lebih kurang 7km je lagi... KERETA KAMI ROSAK, Belting stereng putus tepat kat depan Kinabalu Park (KP)... Syukur Allah permudahkan... Kami bukan rosak ditengah jalan, tapi di kawasan yang selamat dan ramai pengunjung...


Kereta rosak letak pokok untuk tanda... hihi
Elok je dia parking kat tengah-tengah jalan... Hihi... KP bukan dalam Itinerary perjalanan, tapi memang dah tak boleh nak jalan lagi, sebab stereng terus jem dan tak boleh pusing... Memandangkan kami ni keluarga yang COOL... kereta rosak dengan jarak hampir 2jam dari hotel pun kami boleh relaks, call owner kereta dan buat jungle trekking sikit kat KP sementara menunggu kereta lain... Hehe... Chill Lahhh!!! kita nak seronok-seronok, buat apa stresskan otak... (^_^)

Jungle Trekking kat KP
KP ni rasanya starting point untuk panjat ke puncak Gunung Kinabalu. Sebab kami tengok ramai pendaki-pendaki bersedia dan berkumpul kat sini... Seronok jugak kat sini, nafas kami sampai berasap sebab cuaca memang sejuk. Nasib baik saya dah ready guna Baju Tebal Muslimah... (^_^) walaupun lapar, kami tak risau sebab mak saya dah buat bekal siap-siap incase ada kecemasan... DAN betul-betul terjadi kecemasan bila kereta rosak... Licin bekal yang mak sediakan sebab lapar dan sejuk... =)

Hampir 2jam di KP, selesai jungle trekking dan makan-makan, kami dijemput oleh teksi untuk meneruskan perjalanan ke Ladang... Kami di cas RM200 untuk naik ke ladang dan balik semula ke hotel... Syukur...sebab dapat meneruskan perjalanan yang tertunda... RM200 tu tak risau, sebab bila balik nanti owner kereta sewa akan bayar balik gantu rugi... (^_^) dan DISEBABKAN kerosakkan keretalah, kami membatalkan perjalanan yang bertanda MERAH dalam itinerary tu... Faham ye.. =)


Akhirnya... berkat sabar... Kami sampai jugak kat Desa Dairy Farm, Kundasang.... Excited saya tak payah cakap... Saya excited sebab tengok Areej gembira sangat dengan sapi-sapi kat situ... New Zealand versi Malaysia...


Dah sampai kat ladang, jangan lepaskan kesempatan untuk minum susu segar dan makan ice cream dari susu segar dari ladang... Sedap... =)
Sapi memang dah biasa kita tengok, tapi yang luar biasa adalah melihat kegembiraan yang terpancar di wajah anak bila kita bawa mereka buat apa yang mereka suka... Ye...Areej... Areej sangat sukakan haiwan... Areej boleh bermain tak ingat dunia kalau dengan haiwan... =)

Selesai kat Ladang, kami patah balik ke hotel... Dalam perjalanan ke hotel, pemandu teksi singgahkan kami kat beberapa pasar di pekan-pekan sepanjang perjalanan. Dapat tengok jambatan tamparuli yang selalu kita dengar dalam lagu... Ada sejarahnya jambatan ni... Pasal selipar terjatuh... hihi... Nahh...KLIK sana kalau nak dengar macam mana lagu >>>JAMBATAN TAMPARULI<<<


Apa yang berlaku hari ni memang dugaan... Apa yang penting positifkan diri kita supaya tenang menghadapi dugaan... Chill dan Relaks... =) InsyaAllah peristiwa hari ni mengajar kami erti sabar, saling membantu sesama keluarga dan menghargai masa bersama... Alhamdulillah...

Sampai kat hotel, kami hubungi owner kereta sewa, dan mereka berikan kami kenderaan baru. SAGA FLX seperti yang kami tempah pada awalnya... =) Hari ni penat, tapi seronokkkkk... (^_^)


Sabah Day 1... "The Parent Trip"

Alhamdulillah... Selesai dah trip bawa parent jalan-jalan... Ni pertama kali kami bawa mak bapak bercuti dengan duit kami sendiri. Cuma terkilan sedikit sebab Arwah bapa saya tak sempat merasa bercuti bersama kami.
Syukur segalanya dipermudahkan walaupun banyak dugaan dan banyak aktiviti yang dicancel... Sebab cancel??? Lepas ni saya ceritakan... =) Walaupun jalan-jalan dalam Malaysia je, tapi bersyukur sebab kami masih mampu bawa orang tua melancong dan berehat. Entah bila dapat nak buat macam ni lagi... InsyaAllah kalau dimurahkan rezeki, kami akan bawa mak bapak bercuti lagi.


Sebelum mula bercerita... Saya bagi total cost dan itinerary lengkap dulu... KERETA SEWA...019-8525560 (ABDUL LATIF).. Kami hanya merancang, yang menentukan segala perjalanan adalah Allah... Yang MERAH tu maksudnya aktiviti dibatalkan... Mungkin aktiviti KURANG MENARIK untuk orang lain yang dah pernah datang ke KK... Kami terpaksa minimumkan aktiviti sebab yang ikut ni Warga Emas (Atas 60tahun). Tenaga mereka dah kurang dan tak berapa sihat. Kebanyakannya cuma aktiviti santai untuk mereka rehat-rehat dan jalan-jalan... Untuk aktiviti yang lebih menarik, saya dan suami akan kembali lagi ke KK... =)



Kami tiba di KKIA jam 8.30pagi... Ambil flight paling awal supaya masa tak dibazirkan dan boleh terus mulakan aktiviti pada hari pertama kat sana,,, Kereta sewa dah siap di tempah, asalnya kami menyewa SAGA FLX, tapi yang diberikan adalah PERSONA... Kat sinilah bermulanya masalah bila kereta yang diberikan bukan yang kami nak... =)

Hidup kat sini guna Waze je... Sebab bandar KK kecik jadi senang nak gerak kemana-mana... Dari KKIA sampai Promenade Service Apartment cuma 15minit je, 8KM.. Dekat kan? =)

Aktiviti hari pertama takde apa sangat, cuma meronda-ronda tengok bandar dan jalan ke pasar. cuma RIMAS sikit sebab bandar KK ni jem, jelan sesak memanjang. Kalau dari Waze kata boleh sampai 10 minit, perjalanan sebenar adalah 1 Jam dalam keadaan jalan sesak... Huhu...

Sehari sebelum ke Sabah, saya terbaca kat FB pasal ADZIE Cafe and Bakery. Memandangkan dari dulu dah teringin nak makan Shell Out tapi tak kesampaian, jadi inilah peluangnya... Kami pergi ke sini untuk makan malam... Kami berangkat dari hotel jam 4 petang, ingatkan nak jalan-jalan dulu sebelum sampai Adzie, sebab jarak cuma 20KM++ je... dalam 30 minit dah boleh sampai sepatutnya... TAPI, disebabkan jalan sesak. Perjalanan ambil masa sampai 2 jam lebih... Penat tau ditambah lagi dengan perut kelaparan... SEDEYYYY...
Harga makanan kami 4-5 pax RM168, unlimited nasi dan air ice lemon tea... Bila tengok hidangan yang menimbun dan sedap, terus lupa pasal penat perjalanan tadi... (^_^) Berbaloi sebab memang banyak dan puas hati makan...  =)


Lepas makan... Apa lagi... Balik laaa... hihi... Perjalanan balik kami sangatttt terkejut sebab tak sampai 15 minit dah sampai hotel... Makkk aiii... Masa nak pergi bukan main lagi 2 jam... balik cuma 15 minit je... Huuuu... Yela, sebab jalan sesak cuma sehala... =/ Singgah kat pasar filipina dulu, sebab dekat je dengan hotel... SAYANGNYA sebab perut dah kenyang, jadi cuci mata je lah tengok seafood dan makanan panggang... Aduiii... Sedapppp.....



Permandangan disabah memang menarik sebab sepanjang perjalanan adalah persisiran laut/pantai... Tenang je permandangan nya... =)

Aktiviti esok... nextttt ----->>>>>

Sambungan dari ENTRY --->>> Sabah Day 2 <<<
Sambungan dari ENTRY --->>> Sabah Day 3 <<<



Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~