Wednesday, September 28, 2016

Grooming... Mandikan dan Bersihkan HedgeHog


Seperti haiwan peliharaan lain... HedgeHog (HH) pun perlu dibersihkan dan dimanjakan... =) Cuma bila jenis macam ni, kita tak pasti macam mana cara nak buat walaupun sebenarnya lebih kurang je..
HH jenis haiwan yang KURANG pandai merapi diri, jadi kita perlu bantu HH untuk dibersihkan merapi diri. Hati-hati ketika mandikan HH, sebab mandian yang berlebihan boleh menambah lagi masalah kulit kering HH... Masalah kulit kering yang teruk boleh mengakibatkan duri kecil HH luruh dan botak.



BILA NAK MANDIKAN HH?

1. Badan HH bau busuk

2. Kulit kering dan mula mengelupas yang jelas nampak di sekitar kaki HH
     **Seperti ular bersalin kulit


3. Kuku HH kotor, terdapat gumpalan hitam kat kuku dan tapak kaki.
**Jika kuku nampak terlalu panjang, potong dan trim mengunakan pemotong kuku kecil dengan berhati-hati. Kuku yang panjang dan bergolong kedalam akan menyimpan kotoran dan boleh mengakibatkan jangkitan pada kuku serta kaki HH.
**Proses memotong kuku paling senang dilakukan selepas mandi kerana kuku lembut selepas terkena air. Letak HH dalam apa keadaan yang paling tenang dan pegang hujung kakinya untuk memotong kuku. JANGAN potong sehingga HABIS, perhatikan isi pada hujung kuku HH, cukup trim hujung kuku sahaja.


MANDIAN HH?

Seperti haiwan peliharaan lain, mandikan HH dengan air suam untuk mengelakkan deman atau selsema. Memandangkan kulit HH sensitif dengan masalah kekeringan, jadi kita perlu gunakan jenis mandian yang lembut untuk kulit dan harus dibilas bersih. Jenis yang paling selamat dan mudah didapati adalah semua jenis mandian bayi.
Selain menggunakan mandian bayi, jika HH alamai masalah kulit kering yang teruk, gunakan mandian OAT tanpa sabun untuk melembutkan dan merawat kulit HH.
**Masukkan segenggam Oat kat dalam kain dan rendam dalam air sehingga air bertukar keruh keputihan.

HH suka berenang ketika mandi, jadi boleh sediakan air SUAM cetek di dalam besen atau sumbat lubang sinki supaya senang nak buang air tu selepas mandikan HH.
Biarkan HH berenang-renang seketika dan tenangkan diri, sambil gosok kaki HH perlahan-lahan untuk buang segala kulit mati kering kat sekitar kaki HH.
Bilas sampai bersih dan pastikan tak ada sisa sabun yang melekat pada HH, lap sampai kering... =)

SELEPAS mandi dan wangi tu, bersihkan lah kandang HH suapaya badan yang dah bersih tu tak terkena lagi kotoran di kandang... (^_^)

Haapy Pet Day People... =)

Thursday, September 22, 2016

Gamble Holiday November

Assalamualaikum... Tadi baru lepas booking tiket AA, booking hotel dan booking sewa kereta untuk ke Kota Kinabalu, Sabah... Okay BOOKING!!!! Duit tu ada ke tak?? Tak tau lagi... Tapi entah... saya ni jenis hidup suka gamble. Kalau kita tak cabar diri, kita tak akan mampu dan kita tak akan capai apa yang kita nak dalam hidup ni... =)


Mungkin sebab tu Allah baru bagi saya seorang zuriat, supaya saya boleh buat apa yang saya nak buat sekarang ni... Kalau anak dah banyak, rasanya mungkin KURANG MAMPU kot sebab komitmen akan bertambah... Jadi peluang yang ada, digunakan sebaik-baiknya... Saya bukan merancang kandungan, tapi Allah belum merancang untuk bagi yang kedua... =)

Settle tiket tadi untuk Saya, Addin, Areej dan kakak (Marlini)... Untuk 4 orang tu RM620... RM69/way tu dah kira murah la.. Kalau nak tunggu tiket RM10 bila lagi... Melainkan rajin sangat nak skodeng website AA... huhu...

Hotel mcm biasa, tinggal Hotel KK untuk aktiviti di KK dan Hotel di Kundasang untuk aktiviti di Kundasang... Total Hotel 4 hari yang dah siap booking tadi dalam RM400..
**Hutang, bayar masa check in nanti. Jadi sempat lagi nak kumpul duit hotel..

Kereta sewa, WAJIB kalau nak senang bergerak dan enjoy jalan-jalan... Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin (Half day)... Total ada dalam 4 hari kalau dia bagi diskaun half day tu...
RM120*4 hari, jadi perlukan RM480 untuk bayar kereta sewa... Kereta tak booking lagi, sebab duit dah guna untuk beli tiket AA kejab tadi... Tunggu ye, saya dan Addin kumpul duit dulu... Hihi...

SEKARANG perlukan RM880 untuk bayaran WAJIB... Hotel dan kereta... Belum duit untuk joli lagi... Kalau belanja bajet, ATLEAST RM2000 dan tak boleh kurang... Chaiyok-chaiyok...
**Duit saving adalah sikit-sikit. Tapi tak boleh kacau sebab tu untuk emergency... Yang holiday saja-saja dan mengada-ngada ni kena kumpul sendiri...
Saya dan Addin sama-sama ada bisnes kecik-kecik... InsyaAllah sumber tu untuk kami sama-sama kumpul duit untuk holiday hujung tahun bersama family... InsyaAllah... KAMI BOLEH!!!!

Doakan segala urusan mengumpul duit belanja Oktober dan November ni berjalan lancar ye... Amin...
.

Friday, September 9, 2016

Info Basic HedgeHog (Ariana)

HedgeHog (HH)... Haiwan berduri halus dan comel... Hati-hati walaupun comel, duri tu tetap agak menyakitkan kalau tercucuk, lebih kurang macam duri kaktus... HH ada 1 ekor kecil yang tak kelihatan sebab ada kat celah-celah duri, belek-belek duri tu kalau nak cari ekor comel HH... 😉

JANGKA HAYAT HH lebih kurang 4-6 tahun bergantung kepada cara penjagaan. Belajar cara penjagaan yang betul untuk jangka hayat yang lama dan kalau beranak pinak boleh dijual sebab harga pasaran HH ni tinggi dan boleh mencecah RM250-300 seekor. 😉


SAIZ HH jangan disangka kecik ye, banyak yang beranggapan saiz HH sama seperti hamster, comel dan kecik, SILAP... HH boleh membesar sama seperti saiz Guinea Pig atau  tapak tangan dewasa. Berat 1kg untuk yang obesiti, dan 500-600g untuk yang sihat dan besar. Makin besar, makin tajam la duri tu, hati-hati ye... 😉

HH BERKOMUNIKASI melalui bunyi. Fahami bunyi yang HH keluarkan untuk fahami mood dan kehendak HH. Contoh : - Berdengung atau Wisel : Tanda kepuasan 😉, - Berdengus atau bersin : Tanda kurang, senang 😞, - Berdecit atau bersuit : Tanda takut 😭
HH peramah dan bersifat ingin tahu sangat tinggi, HH suka menghidu dan menjilat untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan pemilik nya... Lakukan interaksi hampir setiap hari atau bila terluang untuk mewujudkan bonding, supaya HH lebih mudah jinak dan selesa pada tuannya.

HH bukan Hamster, kalau hamster tak pandai tidur malam dan hyper di malam hari, tapi HH jenis tidur malam. tu pun kalau dia penat disiang hari dan cukup bermain, kalau siang dia sibuk tidur, malam HH berjaga dan bermain laa. Sama la macam manusia jugak... Hihi...

HH bukan Hamster, makanan hamster BUKAN untuk HH,... HH Omnivor (pemakan serangga, insectivores)... 
Makanan HH kombinasi daging (Lebih) dan sayur (Sikit)... Protein (~30%), Lemak (<10%), Fiber (~5%)
Cukupkan protein supaya HH sihat, kurangkan lemak dan jangan sesekali bagi SUSU dan ROTI, sebab HH alahan susu (lactose intolerant) dan boleh menyebabkan Diarrhea ... Kesian kalau HH sakit, jaga betul-betul ye..


HH NAK MAKAN APA?

1. MAKANAN HARIAN kucing atau anjing, perisa ayam atau daging terbaik (Jenama : Royal Canin, Burns, Hills, iams, premium diet). JANGAN bagi perisa ikan.
Rasional bagi jenama premium sebab khasiatnya jauh lebih baik, biasanya jenama murah mengandungi lebih bijirin dan kurang berkhasiat untuk HH yang perlukan protein yang tinggi dalam diet harian.

2. Sisa makanan harian, ayam atau daging. DICUCI, tiada bahan perisa melekat untuk mengelakkan masalah pada perut HH. DAN mesti dicincang sampai halus kerana HH mempunyai gigi yang kecil dan tak mampu mengunyah kepingan besar.

3. Tidak semua buah-buahan dan sayur selamat untuk HH. Sayur perlu direbus lembut terlebih dahulu sebelum diberikan kepada HH. Buah lebih mudah kerana teksturnya lembut daripada sayur. KENAPA? Kerana perut HH lambat menghadam fiber, untuk mengelakkan masalah dan penyakit kepada HH, berikan makanan lembut dan elakkan kekacang.

 MAKANAN HUJUNG MINGGU



TEMPAT TINGGAL HH ??

HH jenis suka bersembunyi, tak kira kandang besi, kayu, plastik atau apa saja, sediakan rumah untuk HH berehat, menyorok dan tidur. Kandang HH boleh disediakan sama seperti kandang hamster... Haaa, satu tu je yang sama cara diorang ni... Cuma bezanya kandang HH mesti lebih besar dan roda berlari HH pun agak besar sebab HH boleh membesar sebesar tapak tangan. Tak muat kalau sediakan roda kecik...  ☺

Selamat memelihara Hedge Hog kawan-kawan... =)

Tuesday, September 6, 2016

Safiey Illias... Semoga ada peluang KEDUA




Assalamualaikum... pagi ni post pertama yang melintas ruang Fb saya adalah cerita tentang Safiey Illias yang dh GIVE UP... Mula-mula fikir cuma viral sebab cerita kat FB dan media social ni tak boleh nak harap sangat. Terus saya bukak akaun FB Safiey sendiri, ya Allah... Memang betul... Sebelum ni Uqasha, sekarang Safiey pulang... Dah jadi trend artis ke? Semoga jangan... Sedih bila dapat tahu berita ni... Saya bangga dengan Safiey sebelum ni sebab dia kuat untuk berhijrah, tapi sekarang... Dia tewas...

💐Siapa dia... Jangan sesekali kita keji... Kita sendiri masih belum cukup mulia untuk mengeji perbuatan orang lain...

💐Bersama-sama kita doakan supaya Allah bagi Hidayah lagi sekali kat Safiey... Doakan semoga hatinya kuat dengan godaan dunia...

💐Proses nak berubah bukan senang... SUSAH sangat... Kita yang nak berhijrah untuk bertudung dan berpakaian dengan sempurna pun payah, apatah lagi hijrahnya seorang pondan... 

💐Bukan senang nak bertarung dengan jiwa sendiri. Keinginan dan kebiasaan yang sekian lama kita turuti, tiba-tiba perlu dibuang dan diubah... SUSAH... Cuma jiwa kental je yang mampu buat semua ni secara mengejut... >>Hadapi Iman Naik dan Turun<<

💐Ditambah lagi dengan tomahan dan pujuk rayu sekeliling supaya kita JANGAN jadi baik... Inilah lumrah Dunia, yang baik dikeji, yang buruk disanjungi... 

💐Mungkin peluang pertama, Safiey tewas... Tewas dengan ujian pertama dari Allah... Siapa tahu ada peluang kedua untuk Safiey dan Safiey lebih kuat... InsyaAllah... Hidayah itu milik Allah, Allah pilih siapa Dia nak bagi... Kita yang melihat, doakan untuk kebaikan...

💐Sama-sama kita doakan supaya hatinya, Allah SWT balikkan kepada hidayah... Syurga itu mahal untuk di duduki oleh hambanya. Setiap kebaikan yang kita buat sememangnya ada ujian dan dugaan. Tetapi yang dapat menghalang adalah iman yang kita usahakan, adalah semata-mata untuk Allah SWT. Setiap yang kita usahakan dalam hati, semuanya atas pengetahuan Allah SWT. Ada perkara yang kita buat, kita tak boleh menyalahkan keadaan.. Tetapi kita mesti belajar menyalahkan diri sendiri atas setiap langkah yang berlaku di sekeliling kita..
"Kita buat jahat bukan kerana kita berkawan dengan orang jahat...Tapi kita buat jahat kerana kita sendiri yang berkeinginan untuk menjadi jahat"
Apapun, jangan sesekali mempermainkan Hukum Allah SWT, kerana berat untuk kita tanggung di akhirat kelak... (Norhasniza Bte Sah Sheila, Sept 2016)

Yang baik dijadikan iktibar, yang buruk dijadikan sempadan... Wallahualam...

Thursday, September 1, 2016

Buatmu anak...



Assalamualaikum... Buat Areej... Mungkin sekarang Areej tak baca lagi, Areej masih kecik, baru 2 tahun 10 bulan. Tak reti lagi nak membaca apatah lagi nak faham... Hari ni, Areej demam dan muntah. Kesian ibu tengok Areej terbaring lemah tak bermaya.

Tadi, ibu jalan-jalan ke pasar untuk membeli bahan buat kek, ibu ternampak telur besar ni kat kedai mainan, terus teringat kat Areej. Kalau Areej sihat, mesti Areej pandang dan tunjuk, tapi Areej tak mintak beli. Sebab Areej tahu ibu tak akan beli apa yang Areej mintak. Bukan ibu tak nak beli, tapi ibu tak nak Areej jadi biasa terminta-minta... Biar Areej rasa susah nak dapat, nanti Areej boleh usaha beli sendiri..

Sekarang pun Areej dah mula faham, kalau ibu bagi RM1, Areej akan simpan sebab Areej tahu semua benda kena bayar guna duit. Sampai ke kaunter kedai, Areej akan bayar dengan duit RM1 tu, padahal tak cukup pun... Tak apa, nanti ibu tambah....yang penting Areej tahu semua benda yang Areej nak tu ada nilai perlu dibayar dan bukan terminta-minta...

Hari ni Areej sakit, Areej tak ikut ibu jalan-jalan... Ibu nampak telur ni, ibu beli untuk hadiahkan kat Areej.. Mesti Areej gembirakan?? Sebab ibu tahu Areej suka sangat dengan "Surprise Egg".

Semoga cepat sembuh sayang... Ibu sayang Areej..

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~