Tuesday, September 19, 2017

My Love Birthday... 30th & 65th...

Assalamualaikum...

Bulan Ogos antara bulan yang penting dalam kalendar setiap tahun... Kenapa?? Sebabbbb... ^_^
Birthday Arwah bapa (1/8)
Birthday abang sulung, Zamri (4/8)
Birthday Emak (12/8)
Birthday suami tersayang, Addin (20/8)

Macam kebetulan je kan? Tapi best sebab boleh buat sambutan sekali jalan & pilih mana-mana satu tarikh yang sesuai untuk diadakan sekali... Hihi...


Tahun ni yang tinggal bersama hanya mak & Addin... Jadi saya pilih tarikh mak pada 12/8/2017 untuk buat sambutan dan surprise hari lahir Mak dan Addin..



Seperti biasa, dekorasi dan surprise dibuat oleh >>>> Sweet Surprise Kuching <<<< . Saya pelanggan setia mereka sebab harga yang berpatutan dan dekorasi yang menarik...
Lokasi makan malam, saya pilih >>> Kueh Pedia <<< sebab tu tempat kegemaran Addin dan western food kat situ sedapppppp sangat... Sedap dan hidangannya dalam kuantiti yang banyak, berbaloi dengan apa yang kita bayar... ^_^

Lamb Chop blackpapper, Chicken chop mashroom, Beef Lasagna
Apa yang saya rancang malam ni, xda siapa yang tahu... Surprise memang menjadi, dan Alhamdulillah mak dan Addin gembira sangat-sangat...


Umur mak tahun ni genab 65tahun. Saya doakan mak dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik... Mak je tinggal sebagai tempat kami bermanja selepas ketiadaan bapa... =(


Buat Addin, tahun ni dah 30 tahun... Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat, dan bahagia di samping keluarga kecil kami... Ayat-ayat sweet lain, saya tak payah tulis kat sini sebab dah karang semuanya dalam surat buat Addin... Hihi... Love you till jannah sayang...


Sweet Surprise Kuching & Kueh Pedia

Friday, September 15, 2017

5 tahun Perkahwinan Kami

Assalamualaikum.... 19 Julai setiap tahun.... Ulang tahun perkahwinan saya dan suami...
Alhamdulillah... Tahun 2017 ni dah 5 tahun usia perjalanan hidup kami bersama... Dan masa ni jugak saya mengandung 7 bulan anak ke-2 kami... Semoga kami terus tabah dan dikuatkan hati untuk mengharung cabaran-cabaran alam rumah tangga yang masih panjang perjalanannya..

Pagi tu... Addin buat surprise kecik kat pejabat... Dia hantarkan bunga untuk saya melalui student-student yang berkeliaran sekitar sekolah masa tu... Hehe... Malu sebab budak-budak baca apa yang ditulis pada kad... ^_^
Saya syukur sebab dikurniakan seorang suami yang cukup sabar dan baik... Sabar dengan segala sikap buruk saya dan segala kekurangan saya... Semoga sifat sabar itu berkekalan hingga ke akhir hayat... InsyaAllah...

19 Julai 2017... Jatuh pada tengah bulan... Kalau tengah bulan, faham je lah keadaan dompet... Ketandusan lerrrr jawabnya... Hehe...
Saya tak merancang untuk buat apa-apa sebab nak jimat sikit kalau masa-masa macam ni... Sayu rasa hati ni bila tak dapat nak buat apa-apa sambutan untuk suami... Tapi, tak tunjuk dan rilek je sebab tak nak la sedih-sedih..

Seharian ingatkan seperti hari-hari biasa... Tiba-tiba petang Addin suruh berkemas ajak jalan-jalan... Ok la, normal la nak jalan-jalan... Hari Anniversary kan... =) rupanya hari tu Addin dh tempah untuk makan malam di >>> SingKong Resraurant <<<, kedai makan western yang baru bukak rasanya...

Walaupun simple dan bukanlah sambutan yang besar dan wow, tapi hati saya tetap gembira... Gembira sebab Addin berusaha untuk buat sesuatu untuk menghargai saya sebagai isterinya... Tak henti-henti mulut Addin kata sorry, sebab tak dapat buat yang special seperti apa yang saya pernah buat untuk dia sebelum ni...
Besar atau kecik sambutan bukanlah ukuran... Apa yang penting adalah ikhlas dan niat dia bersungguh-sungguh untuk buat sesuatu tu... Alhamdulillah... Saya tetap akan ingat kenangan hari ini...

Semoga Allah panjangkan usia jodoh kami dan berkekalan hingga akhir hayat... InsyaAllah... 😊😊😊


Hari Ibu untuk Mak


14 May 2017.... Hari ibu sedunia...

Tahun ni rasanya hari ibu paling sunyi... Sebab adik beradik lain semua kerja jauh dan tak ada bersama-sama... Cuma kami anak beranak, kakak dan mak je kat Kuching.

Mak & her faveret... Coklat... :)
Walaupun macam tu... Saya tetap buat sesuatu untuk gembirakan mak... Payah nak ajak mak pergi keluar makan, sebab selera mak lain sikit dan tak banyak benda yang mak suka makan... Yang penting ada sayur, mak ok dah... Hehe...
Jadi, untuk tak memeningkan kepala, kami bawa mak ke Anuar Steamboat... Kat tempat macam tu je mak bebas pilih apa yang dia nak makan... Yang penting semua kenyang... ^_^

Di Annuar Steamboat Jalan Ban Hock
Benda palingggggggg mak gemar makan adalah coklat. Selera mak agak macam budak kecik kan? Hihi... Tapi selera itulah yang turun kepada saya... Saya pun gilakan coklat, sekali duduk sy blh habiskan 1 papan cadbury king size tau... Macam tu lah mak makan coklat kalau dia tak kawal diri... Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi... Ngeeeee....
Jadi, untuk dijadikan hadiah, saya tempah sejambak bunga coklat cadbury untuk mak yang di buat khas oleh KLIK>>> Sweet Surprise Kuching <<<

Bouquet coklat, rose & kiwi... =)
Semoga mak gembira dengan apa yang kami buat hari ini... Dipanjangkan umur dan sihat selalu... I love u so much mak... ❤❤❤❤

Areej pun ada hadiah jugak... Hihi

Almost There 38weeks

Assalamualaikum... Hampir 9 bulan saya tak jenguk blog gara-gara line internet dh di block untuk buka blog... Hari ni baru terfikir nak install apps blogger kat henpon... Aduhaiiii... Banyaknya kenangan sepanjang 9 bulan yang saya tak simpan kat sini... Lebih-lebih lagi tentang perkembangan Areej yang bakal menjadi abang tak lama lagi...

Proses Areej nak jadi abang, saya tengok banyak perubahan dari segi sikap. Sampai cikgu kat sekolah pun perasan tentang perubahan tu...
Pada mulanya saya fikir Areej kurang kasih sayang dan perhatian di rumah, menyebabkan dia jadi macam tu... Tapi bila tanya kat rakan-rakan lain, semua mengatakan itu adalah perubahan biasa untuk anak sulung menerima adik...
Areej sekarang jadi terlebih sensitif dan manja. Untuk saya, perubahan tu pelik, sebab Areej jenis budak yang tak ada masalah tantrum. Bila berubah macam ni, saya jadi agak rimas dan cepat marah...
Lebih-lebih lagi dalam keadaan mengandung yang penat dan emosi kurang stabil... Walaubagaimana pun, saya cuba untuk bersabar dan serahkan Areej kat ayah dia untuk cool down dan kawal emosi sendiri.. Saya pun kena faham perasaan Areej. Budak-budak ni firasat dia kuat, dia dapat rasakan yang tak lama lagi dia bakal berkongsi kasih sayang... Sebab tu perangai dia mula berubah seiring dengan pembesaran adik dia... InsyaAllah Areej akan faham...

Tentang Adik Areej... Doakan segalanya dipermudahkan... Tak lama lagi dh nak keluar... Menghitung hari, detik demi detik... Semoga sihat dilahirkan... Amin...

Bila dah ada application blog ni kat henpon, rasanya lebih kerap saya akan update kot... Sayang pulak rasanya bila kenangan dibiarkan berlalu macam tu je...

Assalamualaikum sahabat...

Thursday, January 26, 2017

Dia Dalam Rahimku!!!

Alhamdulillah... 

Tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata apa perasaan masa ni... Penantian hampir 3 tahun untuk anak ke-2 akhirnya Allah makbulkan... Saya sendiri tak pasti apa masalah sampai susah sangat nak lekat, saya pun tak pernah cek... Cuma sentiasa mengharap satu hari saya akan mengandung lagi... Akhirnya... Allah bagi saya peluang lagi sekali... Kawan dan adik kepada Areej... Semoga dipermudahkan dan bakal anak ni membesar dengan sempurna di dalam rahim saya... Amin...


Tarikh haid saya yang lepas, 28 Disember 2016. Semalam lambat sehari sy terus cek, dapat 2 line. Takut nak terlalu yakin, hari ni saya cek lagi sekali... Masih 2 line... Syukur... 

Sebelum ni, hampir setiap bulan saya cek, semua nya berakhir dengan 1 line dan hampa... Memandangkan dah confirm 2 line, rasanya dah boleh daftar buku pink... baru 4 minggu... Risau sangat sebab trimester pertama sangat perlu berjaga-jaga...

TOLONG doakan semuanya dipermudahkan dan bakal anak ini membesar dengan sihat kat dalam rahim saya... 


SYUKUR... ya Allah.....

Wednesday, January 25, 2017

Classic Premium Beauty Corset DONE!!!

Alhamdulillah... Akhirnya cita-cita nak beli PB Corset tercapai (19 Januari 2017)... Dah lama impian nak memiliki PB ni, tapi disebabkan harganya yang terlalu mahal membuatkan keinginan tu tertangguh... huhu... PB ni bukan sekadar corset, tapi banyak kepentingan lain untuk dalaman wanita...


No.1..... Pastilah sebab nak body nampak cantik...
No.2..... PB banyak kebaikan dalaman wanita... 😘😘😘


Kelebihan Long Brassiere

1. Mengelakkan bengkak susu
2. Mengelakkan payudara berdarah
3. Menyokong payudara besar
4. Menggalakkan pertumbuhan payudara yang kecil
5. Meransang pengeluaran susu ibu
6. Mengelakkan gastrik


Kelebihan Long Girdle

1. Menyokong rahim selepas melahirkan anak
2. Menstabilkan hormon
3. Mengurangkan senggugut
4. Membantu perlekatan janin
5. Mencantikkan punggung
6. Mengurangkan keputihan

Kelebihan Waist Nipper

1. Menyokong tulang belakang
2. Memecahkan batu karang kecil
3. Mengempiskan perut
4. Menghilangkan 'stretch mark'
5. Membentuk pinggang
6. Elok untuk mencegah demam kuning
7. Mengubat lenguh kaki

------------------------
Kalau ada yang berminat nak beli boleh contact : 
0109709118 (Noorazalina Othman) Kuching, Sarawak.



Friday, January 6, 2017

Areej Masuk Sekolah

Tahun 2017 ni... Umur Areej 3 tahun 2 bulan... 3 Januari 2017, Areej dah daftar masuk sekolah... 😃😃


Nampak comel je kan bila guna uniform... Lucu pulak tengok... Tapi, dalam lucu tu sebenarnya hati saya sebak... Rasa macam tak boleh nak terima hakikat yang anak semakin membasar. Rasa macam baru semalam lahirkan dia dan terkejut tiba-tiba dah sekolah. 😢😢😢

Hari pertama, ibu bapa boleh ikut anak-anak masuk ke kelas sehingga 8.30 pagi. Saya memang bersama dengan Areej sebab nampak dia masih takut-takut dengan persekitaran yang baru. Bila Areej dah ok dan mula bermain dengan kawan-kawan, barulah saya dan Addin balik.
Sepanjang temankan Areej sesuaikan diri, air mata saya tak henti-henti nak keluar, rasa sayu bila fikir... "Anak aku dah besar"... Mungkin inilah yang dirasa oleh semua ibu bapa kat anak pertama... 😔😔


3 tahun 2 bulan... Kalau ikut bulan, memang Areej ni masih kecik. Tapi kalau ikut tahun, Areej dah masuk kelas kanak-kanak 4 tahun... Banyak yang bagi komen terlalu awal sekolahkan Areej di usia 3 tahun...dan sebaik-baiknya hantar ke PlaySchool dulu... Entah, saya cuma tak nak Areej buang masa bermain 24 jam... Sekarang walaupun dah sekolah...dalam belajar pun masih lagi ada bermain untuk budak-budak Taska.. Sebab tu saya rasa tak ada masalah untuk hantar Areej sekolah awal... Cuma nampak Areej penat bila balik rumah. Balik je sekolah terus mandi, menyusu dan tidur...

Kenapa saya pilih Little Caliph? Sebab saya sedar tahap ilmu agama saya dan Addin macam mana... Sedih bila kenangkan diri sendiri... Dalam kehidupan, didikan agama tu sangat penting...
Addin mualaf, saya pulak entah berapa % je ilmu yang ada. Saya risau didikan agama untuk Areej tak cukup dari kami... Jadi sebab itulah kami hantar Areej Ke Little Caliph yang semua orang tahu mereka menekankan didikan agama untuk kanak-kanak... Sekurang-kurangnya ilmu tu Areej boleh dapatkan dari sekolah.

Bukan kami saja-saja je nak SHOW OFF hantar anak ke sekolah macam ni... Tapi ada sebabnya... Cerminkan diri kita sendiri... Tengok apa jadi kat kita bila ilmu dan iman kita tak sempurna... Kita mudah terpesong dan lalai... Itu yang saya takutkan...

Zaman semakin moden, minda anak-anak pun semakin moden... BANYAK sangat dugaan yang menunggu mereka membesar kat luar sana... SERAM kalau difikirkan... Jadi, untuk persediaan menghadapi dunia luar, saya nak siapkan hati dan minda mereka dengan ilmu yang baik... InsyaAllah...
Bukan nak salahkan parent kita tak sekolahkan kita baik-baik. Diorang dah buat yang terbaik untuk kita, cuma kita sendiri yang tak pandai menilai perkara baik dan buruk...

Kehidupan anak nanti kita tak boleh nak kawal macam CCTV 24jam, apa yang kita mampu buat cuma berikan mereka asas yang sempurna. Itulah yang saya cuba buat untuk Areej dan adik-adik dia nanti... Dalam otak cuma fikir, apa jadi kat dia bila dah besar???

Semoga Areej membesar menjadi anak yang soleh dan taat pada orang tua... InsyaAllah



My 29th Birthday Celebration

Assalamualaikum... 5 Januari 2017... Genab 29 tahun umur saya... Syukur Allah masih bagi peluang untuk bernafas dan meneruskan hidup untuk terus bersama-sama orang tersayang serta menambah segala amalan yang perlu...


Seperti tahun-tahun sebelum ni. Addin memang suka buat surprise... Mungkin sebab terikut-ikut dengan cara saya sendiri yang suka surprisekan dia... ^_^


Portico Patisserie... Portico Restaurant & Bar... Terletak kat pusat bandar Kuching dan agak mudah dijumpai. WAZE je memang dah ada kat dalam peta Malaysia... 😆 Portico ni menyediakan makanan barat dan ada KEK jugak tau... Ala-ala secret resipi gitu... 😆

Saya tak jangka Addin nak bawa ke sini. Biasanya Addin mesti bawa ke tempat yang kami pernah makan. Sebab Addin tahu saya ni agak cerewet tentang rasa makanan. Kalau tak pernah pergi, maksudnya tak pasti lagi tempat tu sedap atau tidak. Tapi kali ni Addin agak pasti, sebab kami sama-sama pernah tengok orang post pasal tempat ni kat FB sebelum ni dan semua komen sangat sedap... =)

Surprise dia nak bawa sampai ke sini sangatlah STRESS... 😭 Dalam keadaan saya yang memang kelaparan, belum makan apa-apa sejak tengah hari, pening kepala dah masuk angin. Di ajak pulak berpusing-pusing dalam kesesakan jalan raya. Dah tu dia singgah masuk kat kedai Steam Boat, duduk dengan harapan saya nak makan. Rupanya dia acah-acah je dan masuk dan balik semula kereta... Hurmmm...memang marahlah sebab kepala saya berdenyut-denyut penuh angin lapar... 😒
Rasa hati nak marah, tapi kenangkan hari lahir sendiri dan dah pasti Addin memang nak kenakan saya, jadi bersabar je lah dan tutup mata tidur untuk hilangkan pening...

Dalam selesa pejamkan mata dan rehat, kereta pun berhenti. Rupanya lokasi tak jauh dari tempat steamboat yang kami singgah tadi...  Portico Restaurant & Bar... Sukanya kat dalam hati, pusing muka tempat lain senyum... hahahaha...


Siapa sangka Addin pandai buat surprise baloon bagai... 😜 Sampai saya tanya, dia suruh kawan saya >> Sweet Surprise << team ke yang buat? Rupanya tak, petang tu dia bawa Areej keluar beli baloon dan sediakan semua kat Portico... Terharunya... 😭😭😭



MAKANAN DAN KEK kat sini semua SEDAPPPPP!!!!! 
Addin tempah Chicken Moscow untuk saya, Lamb Shank untuk dia dan Musroom Soup untuk Areej... Tak tau nak describe sedap tu macam mana, datang dan cubalah sendiri... Yang pasti saya SUKA mushroom sup... 😃😃 Cuba ye kalau tak pernah lagi ke sini... 😃


Terima Kasih buat Addin, ahli keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa ada bersama saya... Semoga tahun ni dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat... Diberikan kesihatan yang baik dan dikelilingi dengan orang yang baik-baik... 
Terima kasih jugak buat hadiah ni, KASUT SKECHERS idaman hati dari Abang Najib dan JAM TANGAN dari Addin... Sekurang-kurang nya WISHLIST saya dh tercapai 2 dengan FREE... hihihi...


Bukan main lagi surprise untuk hadiah-hadiah ni... Sabar je lah... Yang penting saya dah dapat... hihihi...
Assalamualaikum.... Take Care People... 😃

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~