Friday, September 15, 2017

5 tahun Perkahwinan Kami

Assalamualaikum.... 19 Julai setiap tahun.... Ulang tahun perkahwinan saya dan suami...
Alhamdulillah... Tahun 2017 ni dah 5 tahun usia perjalanan hidup kami bersama... Dan masa ni jugak saya mengandung 7 bulan anak ke-2 kami... Semoga kami terus tabah dan dikuatkan hati untuk mengharung cabaran-cabaran alam rumah tangga yang masih panjang perjalanannya..

Pagi tu... Addin buat surprise kecik kat pejabat... Dia hantarkan bunga untuk saya melalui student-student yang berkeliaran sekitar sekolah masa tu... Hehe... Malu sebab budak-budak baca apa yang ditulis pada kad... ^_^
Saya syukur sebab dikurniakan seorang suami yang cukup sabar dan baik... Sabar dengan segala sikap buruk saya dan segala kekurangan saya... Semoga sifat sabar itu berkekalan hingga ke akhir hayat... InsyaAllah...

19 Julai 2017... Jatuh pada tengah bulan... Kalau tengah bulan, faham je lah keadaan dompet... Ketandusan lerrrr jawabnya... Hehe...
Saya tak merancang untuk buat apa-apa sebab nak jimat sikit kalau masa-masa macam ni... Sayu rasa hati ni bila tak dapat nak buat apa-apa sambutan untuk suami... Tapi, tak tunjuk dan rilek je sebab tak nak la sedih-sedih..

Seharian ingatkan seperti hari-hari biasa... Tiba-tiba petang Addin suruh berkemas ajak jalan-jalan... Ok la, normal la nak jalan-jalan... Hari Anniversary kan... =) rupanya hari tu Addin dh tempah untuk makan malam di >>> SingKong Resraurant <<<, kedai makan western yang baru bukak rasanya...

Walaupun simple dan bukanlah sambutan yang besar dan wow, tapi hati saya tetap gembira... Gembira sebab Addin berusaha untuk buat sesuatu untuk menghargai saya sebagai isterinya... Tak henti-henti mulut Addin kata sorry, sebab tak dapat buat yang special seperti apa yang saya pernah buat untuk dia sebelum ni...
Besar atau kecik sambutan bukanlah ukuran... Apa yang penting adalah ikhlas dan niat dia bersungguh-sungguh untuk buat sesuatu tu... Alhamdulillah... Saya tetap akan ingat kenangan hari ini...

Semoga Allah panjangkan usia jodoh kami dan berkekalan hingga akhir hayat... InsyaAllah... 😊😊😊


No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~