Friday, September 15, 2017

Almost There 38weeks

Assalamualaikum... Hampir 9 bulan saya tak jenguk blog gara-gara line internet dh di block untuk buka blog... Hari ni baru terfikir nak install apps blogger kat henpon... Aduhaiiii... Banyaknya kenangan sepanjang 9 bulan yang saya tak simpan kat sini... Lebih-lebih lagi tentang perkembangan Areej yang bakal menjadi abang tak lama lagi...

Proses Areej nak jadi abang, saya tengok banyak perubahan dari segi sikap. Sampai cikgu kat sekolah pun perasan tentang perubahan tu...
Pada mulanya saya fikir Areej kurang kasih sayang dan perhatian di rumah, menyebabkan dia jadi macam tu... Tapi bila tanya kat rakan-rakan lain, semua mengatakan itu adalah perubahan biasa untuk anak sulung menerima adik...
Areej sekarang jadi terlebih sensitif dan manja. Untuk saya, perubahan tu pelik, sebab Areej jenis budak yang tak ada masalah tantrum. Bila berubah macam ni, saya jadi agak rimas dan cepat marah...
Lebih-lebih lagi dalam keadaan mengandung yang penat dan emosi kurang stabil... Walaubagaimana pun, saya cuba untuk bersabar dan serahkan Areej kat ayah dia untuk cool down dan kawal emosi sendiri.. Saya pun kena faham perasaan Areej. Budak-budak ni firasat dia kuat, dia dapat rasakan yang tak lama lagi dia bakal berkongsi kasih sayang... Sebab tu perangai dia mula berubah seiring dengan pembesaran adik dia... InsyaAllah Areej akan faham...

Tentang Adik Areej... Doakan segalanya dipermudahkan... Tak lama lagi dh nak keluar... Menghitung hari, detik demi detik... Semoga sihat dilahirkan... Amin...

Bila dah ada application blog ni kat henpon, rasanya lebih kerap saya akan update kot... Sayang pulak rasanya bila kenangan dibiarkan berlalu macam tu je...

Assalamualaikum sahabat...

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~