Thursday, January 26, 2017

Dia Dalam Rahimku!!!

Alhamdulillah... 

Tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata apa perasaan masa ni... Penantian hampir 3 tahun untuk anak ke-2 akhirnya Allah makbulkan... Saya sendiri tak pasti apa masalah sampai susah sangat nak lekat, saya pun tak pernah cek... Cuma sentiasa mengharap satu hari saya akan mengandung lagi... Akhirnya... Allah bagi saya peluang lagi sekali... Kawan dan adik kepada Areej... Semoga dipermudahkan dan bakal anak ni membesar dengan sempurna di dalam rahim saya... Amin...


Tarikh haid saya yang lepas, 28 Disember 2016. Semalam lambat sehari sy terus cek, dapat 2 line. Takut nak terlalu yakin, hari ni saya cek lagi sekali... Masih 2 line... Syukur... 

Sebelum ni, hampir setiap bulan saya cek, semua nya berakhir dengan 1 line dan hampa... Memandangkan dah confirm 2 line, rasanya dah boleh daftar buku pink... baru 4 minggu... Risau sangat sebab trimester pertama sangat perlu berjaga-jaga...

TOLONG doakan semuanya dipermudahkan dan bakal anak ini membesar dengan sihat kat dalam rahim saya... 


SYUKUR... ya Allah.....

Wednesday, January 25, 2017

Classic Premium Beauty Corset DONE!!!

Alhamdulillah... Akhirnya cita-cita nak beli PB Corset tercapai (19 Januari 2017)... Dah lama impian nak memiliki PB ni, tapi disebabkan harganya yang terlalu mahal membuatkan keinginan tu tertangguh... huhu... PB ni bukan sekadar corset, tapi banyak kepentingan lain untuk dalaman wanita...


No.1..... Pastilah sebab nak body nampak cantik...
No.2..... PB banyak kebaikan dalaman wanita... 😘😘😘


Kelebihan Long Brassiere

1. Mengelakkan bengkak susu
2. Mengelakkan payudara berdarah
3. Menyokong payudara besar
4. Menggalakkan pertumbuhan payudara yang kecil
5. Meransang pengeluaran susu ibu
6. Mengelakkan gastrik


Kelebihan Long Girdle

1. Menyokong rahim selepas melahirkan anak
2. Menstabilkan hormon
3. Mengurangkan senggugut
4. Membantu perlekatan janin
5. Mencantikkan punggung
6. Mengurangkan keputihan

Kelebihan Waist Nipper

1. Menyokong tulang belakang
2. Memecahkan batu karang kecil
3. Mengempiskan perut
4. Menghilangkan 'stretch mark'
5. Membentuk pinggang
6. Elok untuk mencegah demam kuning
7. Mengubat lenguh kaki

------------------------
Kalau ada yang berminat nak beli boleh contact : 
0109709118 (Noorazalina Othman) Kuching, Sarawak.



Friday, January 6, 2017

Areej Masuk Sekolah

Tahun 2017 ni... Umur Areej 3 tahun 2 bulan... 3 Januari 2017, Areej dah daftar masuk sekolah... 😃😃


Nampak comel je kan bila guna uniform... Lucu pulak tengok... Tapi, dalam lucu tu sebenarnya hati saya sebak... Rasa macam tak boleh nak terima hakikat yang anak semakin membasar. Rasa macam baru semalam lahirkan dia dan terkejut tiba-tiba dah sekolah. 😢😢😢

Hari pertama, ibu bapa boleh ikut anak-anak masuk ke kelas sehingga 8.30 pagi. Saya memang bersama dengan Areej sebab nampak dia masih takut-takut dengan persekitaran yang baru. Bila Areej dah ok dan mula bermain dengan kawan-kawan, barulah saya dan Addin balik.
Sepanjang temankan Areej sesuaikan diri, air mata saya tak henti-henti nak keluar, rasa sayu bila fikir... "Anak aku dah besar"... Mungkin inilah yang dirasa oleh semua ibu bapa kat anak pertama... 😔😔


3 tahun 2 bulan... Kalau ikut bulan, memang Areej ni masih kecik. Tapi kalau ikut tahun, Areej dah masuk kelas kanak-kanak 4 tahun... Banyak yang bagi komen terlalu awal sekolahkan Areej di usia 3 tahun...dan sebaik-baiknya hantar ke PlaySchool dulu... Entah, saya cuma tak nak Areej buang masa bermain 24 jam... Sekarang walaupun dah sekolah...dalam belajar pun masih lagi ada bermain untuk budak-budak Taska.. Sebab tu saya rasa tak ada masalah untuk hantar Areej sekolah awal... Cuma nampak Areej penat bila balik rumah. Balik je sekolah terus mandi, menyusu dan tidur...

Kenapa saya pilih Little Caliph? Sebab saya sedar tahap ilmu agama saya dan Addin macam mana... Sedih bila kenangkan diri sendiri... Dalam kehidupan, didikan agama tu sangat penting...
Addin mualaf, saya pulak entah berapa % je ilmu yang ada. Saya risau didikan agama untuk Areej tak cukup dari kami... Jadi sebab itulah kami hantar Areej Ke Little Caliph yang semua orang tahu mereka menekankan didikan agama untuk kanak-kanak... Sekurang-kurangnya ilmu tu Areej boleh dapatkan dari sekolah.

Bukan kami saja-saja je nak SHOW OFF hantar anak ke sekolah macam ni... Tapi ada sebabnya... Cerminkan diri kita sendiri... Tengok apa jadi kat kita bila ilmu dan iman kita tak sempurna... Kita mudah terpesong dan lalai... Itu yang saya takutkan...

Zaman semakin moden, minda anak-anak pun semakin moden... BANYAK sangat dugaan yang menunggu mereka membesar kat luar sana... SERAM kalau difikirkan... Jadi, untuk persediaan menghadapi dunia luar, saya nak siapkan hati dan minda mereka dengan ilmu yang baik... InsyaAllah...
Bukan nak salahkan parent kita tak sekolahkan kita baik-baik. Diorang dah buat yang terbaik untuk kita, cuma kita sendiri yang tak pandai menilai perkara baik dan buruk...

Kehidupan anak nanti kita tak boleh nak kawal macam CCTV 24jam, apa yang kita mampu buat cuma berikan mereka asas yang sempurna. Itulah yang saya cuba buat untuk Areej dan adik-adik dia nanti... Dalam otak cuma fikir, apa jadi kat dia bila dah besar???

Semoga Areej membesar menjadi anak yang soleh dan taat pada orang tua... InsyaAllah



My 29th Birthday Celebration

Assalamualaikum... 5 Januari 2017... Genab 29 tahun umur saya... Syukur Allah masih bagi peluang untuk bernafas dan meneruskan hidup untuk terus bersama-sama orang tersayang serta menambah segala amalan yang perlu...


Seperti tahun-tahun sebelum ni. Addin memang suka buat surprise... Mungkin sebab terikut-ikut dengan cara saya sendiri yang suka surprisekan dia... ^_^


Portico Patisserie... Portico Restaurant & Bar... Terletak kat pusat bandar Kuching dan agak mudah dijumpai. WAZE je memang dah ada kat dalam peta Malaysia... 😆 Portico ni menyediakan makanan barat dan ada KEK jugak tau... Ala-ala secret resipi gitu... 😆

Saya tak jangka Addin nak bawa ke sini. Biasanya Addin mesti bawa ke tempat yang kami pernah makan. Sebab Addin tahu saya ni agak cerewet tentang rasa makanan. Kalau tak pernah pergi, maksudnya tak pasti lagi tempat tu sedap atau tidak. Tapi kali ni Addin agak pasti, sebab kami sama-sama pernah tengok orang post pasal tempat ni kat FB sebelum ni dan semua komen sangat sedap... =)

Surprise dia nak bawa sampai ke sini sangatlah STRESS... 😭 Dalam keadaan saya yang memang kelaparan, belum makan apa-apa sejak tengah hari, pening kepala dah masuk angin. Di ajak pulak berpusing-pusing dalam kesesakan jalan raya. Dah tu dia singgah masuk kat kedai Steam Boat, duduk dengan harapan saya nak makan. Rupanya dia acah-acah je dan masuk dan balik semula kereta... Hurmmm...memang marahlah sebab kepala saya berdenyut-denyut penuh angin lapar... 😒
Rasa hati nak marah, tapi kenangkan hari lahir sendiri dan dah pasti Addin memang nak kenakan saya, jadi bersabar je lah dan tutup mata tidur untuk hilangkan pening...

Dalam selesa pejamkan mata dan rehat, kereta pun berhenti. Rupanya lokasi tak jauh dari tempat steamboat yang kami singgah tadi...  Portico Restaurant & Bar... Sukanya kat dalam hati, pusing muka tempat lain senyum... hahahaha...


Siapa sangka Addin pandai buat surprise baloon bagai... 😜 Sampai saya tanya, dia suruh kawan saya >> Sweet Surprise << team ke yang buat? Rupanya tak, petang tu dia bawa Areej keluar beli baloon dan sediakan semua kat Portico... Terharunya... 😭😭😭



MAKANAN DAN KEK kat sini semua SEDAPPPPP!!!!! 
Addin tempah Chicken Moscow untuk saya, Lamb Shank untuk dia dan Musroom Soup untuk Areej... Tak tau nak describe sedap tu macam mana, datang dan cubalah sendiri... Yang pasti saya SUKA mushroom sup... 😃😃 Cuba ye kalau tak pernah lagi ke sini... 😃


Terima Kasih buat Addin, ahli keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa ada bersama saya... Semoga tahun ni dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat... Diberikan kesihatan yang baik dan dikelilingi dengan orang yang baik-baik... 
Terima kasih jugak buat hadiah ni, KASUT SKECHERS idaman hati dari Abang Najib dan JAM TANGAN dari Addin... Sekurang-kurang nya WISHLIST saya dh tercapai 2 dengan FREE... hihihi...


Bukan main lagi surprise untuk hadiah-hadiah ni... Sabar je lah... Yang penting saya dah dapat... hihihi...
Assalamualaikum.... Take Care People... 😃

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~