Owner Blog

Nama diberi Nurhayati Binti Morshidi... Sudah pun berkahwin dengan Eldrine Addin Bin Ajus @ Eldrine Anak Ajus pada 19 Julai 2012...

Akad 19 Julai 2012... Bersanding 28 Oktober 2012... =)
Umur??? Masih pertengahan 20-an, begitu jugak dengan suami...

Home Town?? Bangga saya katakan yang saya ni anak Bumi Kenyalang...

Blog ni ditulis untuk saya atau kami kongsi apa sahaja cerita dan info menarik yang boleh dikongsi dan dimanfaatkan bersama... Adakalanya berkisar kisah hidup, kenangan manis dan pahit yang kadang kala boleh dijadikan panduan untuk pembaca lain... Kadang-kadang ada jugak copy paste info menarik yang di baca daripada blogger lain kalau benda tu bermanfaat untuk dikongsikan... Heheheh~~~

Kalau dahulu masih bujang dan dara, badan pun masih ramping dan Slim macam niiii~~~

Dinner Jabatan, 2012
Tapi, selepas berkahwin dan mengandung... Segalanya berubah...dan saya dah mengelembung macam Niiiiii~~~

Bunting 8-9 bulan, 2013... =)
Hehehheh~~~ Kembang macam belon dah sekarang... Tapi takpe, tu adalah rezeki daripada Allah...yang penting, bayi dalam kandungan tu sihat walafiat seperti Ibunya yang betul-betul nampak sihat sekarang... (^^,)

InsyaAllah... Lepas bersalin nanti saya akan jaga balik bentuk badan dan kembali seperti asal... Nanti korang bolehlah tengok wajah comel anak saya yee... =) Saya disahkan hamil pada 19 Januari 2013, jadi tarikh bersalin yang doktor agak-agak dalam 26 Oktober 2013... Doakan semua baik-baik dan selamat yaaa... Amin.... (^^,)

Wajah-wajah ahli keluarga saya kat bawah ni... Gambar ni dah lama dan agak lama jugak kami dah tak bergambar keluarga... Rasanya ada 2 anak saudara saya belum dilahirkan sewaktu gambar ni diambil... =)

Gambar 1 family... =)

Kami 8 beradik.... =)
Selain daripada berkahwin... Ada satu lagi kenangan terindah dalam hidup saya... Tapi saya takde tulis kat dalam ni, sebab rasanya masa tu saya belum ada blog lagi... hehheheh~~~

Konvokesyen 2010...Fakulti Kejuruteraan Kumia UiTM Sarawak... =)
Ok... Cukup pasal saya... Ada satu perkara yang membuatkan saya jatuh hati kat En.Suami... Masa berkawan dulu, saya tak minat langsung dengan muzik. Tapi sejak kenal dengan En.Suami dan selalu tengok dan dengar, akhirnya hati ni terbuka untuk terima muzik dan En.Suami sekali... Hehheheh~~ Harap-harap nanti kebolehan ni akan diturunkan kepada anak kami jugak... Aminnnn... (^_^) Kebolehan mak dia??? Tak payah cakaplah, semua benda pun nak buat... Hihihihi~~~~

En.Suami suka perform kat tempat Karaoke dan untuk wedding kami jugak... =)
Nak dengar salah satu muzik yang saya suka dengar En.Suami mainkan??? Video ni dah agak lama, kami rakam sewaktu kami baru-baru berkawan dan saya ikut En.Suami pergi Jamming... Mungkin sakit telinga bagi korang, tapi sedap kat saya... Bunyi mungkin ada lari sikit dari yang asal untuk sesiapa yang dah pro... hihihi~~~ Canon Rock... =D Selamat mencuci telinga... (^^,)


Rasanya itu je pasal owner blog ni... Nanti kalau baby saya dah dilahirkan, saya akan update lagi pasal si kecik pulak... Assalamualaikum... =)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~